Friday, August 31, 2012

Imam Terlupa Dia Berhadas Besar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Persoalan:
Seseorang mengimamkan sembahyang jemaah, beliau terlupa bahawa dirinya berhadas besar (terlupa mandi wajib), perkara tersebut telahpun disedarinya pada rakaat kedua, tetapi masih meneruskan sembahyang tersebut sehingga akhir. Persoalannya, adakah solat jemaah tersebut dikira, adakah makmum turut terbatal dan apakah hukumnya imam tersebut yang telah menyedari akan kesilapan tetapi masih meneruskan solat. Wallahu'alam. Jazakallah.

sekadar hiasan
Jawapan:
Ulama' khilaf didalam mendatangkan hukum menentukan sah atau tidak solat makmum apabila Imam didalam keadaan janaabah (berjunub). Menurut Dr Wahbah Zuhaily, Pensyarah dari Universiti Damsyik, Syiria :-

"Sesungguhnya ulama' bersetuju bahawa jika Imam secara mengejut berhadath didalam solat, batallah solatnya (Imam), Solat makmum masih sah." (al-Fiqh Al-Islami, 2/199).

Yang jadi perbincangan ialah, jika Imam bersolat dengan makmum, sedangkan ia didalam keadaan berjunub, dan hal diketahui oleh makmum. Apakah sah solat makmum. Maka disini terdapat 3 pandangan :

a. Mazhab Hanafi - Solat mereka rosak secara mutlak.
a. Mazhab Maliki - Batal solat mereka (Imam dan makmum) didalam keadaan sengaja dan bukan lupa.
b. Mazhab Syafie dan Hanbali - Solat mereka sah, melainkan didalam solat Jumaat jika jumlah jemaah bersama Imam cuma 40 orang sahaja, dan pada waktu itu solat menjadi batal.

info lanjut : UstazNaim

carilah ilmu sebanyak mungkin
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

1 comment: