Friday, August 17, 2012

Tanah Kubur KL Makin Sempit

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! :) hari ni tiada kerja yang nak dibuat. hehe. report dan system pun in progress, so tidak bimbang sangat. alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya. :) okay, tadi cx baca surat khabar BH tau. then cx baca bahagian SUARA KOMUNITI. so disitu terdapat satu soalan yang amat menarik perhatian cx. 

bayangkan bilangan keseluruhan umat Islam di negara kita Malaysia. dekat mana kita nak kebumi jenazah apabila adanya kematian? dikatakan harga tanah semakin meningkat tinggi nilainya. korunk bayangkan kalau tanah perkuburan dekat KL tak cukup.. dahlah penduduk sana sangat ramai. nak kebumi dekat mana nanti?


JAWI turut menyatakan kebanyakan jenazah merupakan penduduk tempatan yang datang dari negeri berasingan dan dikebumikan di tanah perkuburan KL. so, target cukup atau tidak itu amat membimbangkan. tapi.. JAWI turut menyatakan sebenarnya tanah perkuburan masih mencukupi sehingga 2016. fuh~ sampai 2016 ya kawan-kawan, ntah ada lagi ke tidak agaknya kita didunia ni. 

JAWI juga telah membincangkan inisiatif lain yang merupakan konsep baru untuk menguruskan hal pengebumian di ibu negara tetapi kata mereka, ianya terlalu awal untuk didedahkan kepada rakyat. so, kita tunggu sahaja :) InsyaAllah.

amalan baik, amalan mulia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

No comments: