Monday, August 6, 2012

TIPs Fulfil Job Application Form II

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! sebelum ni, cx ada buat entry pasal TIPs juga . boleh rujuk SINI .. kali ni adalah episod dua. huhu. yelah, cx ada cakap, if cx rajin nak share lagi, cx akan buat entry. so inilah hasilnya :) mari baca~

1.formal passport photo
ini turut menjadi satu hal yang tidak berapa nak elok. fyi, if nak apply any job or application, please use formal passport photo sebab ianya menunjukkan siapa diri anda.  adakah anda tahu ciri-ciri gambar formal yang dimaksudkan? baiklah, biar cx kongsikan bersama kalian. bagi perempuan, ianya sangat senang.  berbaju kurung dan bertudung bagi yang muslim. jika freehair, sila pakai baju kemeja berkolar dan sila ikat rambut kemas-kemas. bagi lelaki, pastikan baju berkolar dan rambut rapi. jangan pakai jersey or sebarang baju berkolar bulat atau V.

2. tulisan
cx tahu tulisan kita berbeza.. bentuk tulisan jika boleh, sila perkemaskan, jika tidak.. nasib badanlah if pembantu tadbir tersilap tafsir huruf yang ada. bukan apa, kalau kalian fikir, bukan satu borang yang PT nak hadapi tapi beribu. bayangkan nak tengok satu-satu. boleh berpinau anak biji mata. 

3. sijil
hal ini pun juga terjadi. dah tahu yang kalian nak apply job, so. attach la sekali sijil-sijil kalian. ini tidak, hantar jer borang yang di print tadi. rugi jer kawan-kawan oi.  buang masa pon ya.  rejected directly sebab tiada sijil sokongan yang boleh dinilai pencapaiannya.

4.email
ini paling penting ya kawan-kawan, email ini adalah satu jalinan yang digunakan untuk menyampaikan sebarang maklumat yang berkaitan. maka, silalah buat email formal. janganlah bagi email yang zaman-zaman kalian muda-mudi . pelik-pelik je. bila dibaca, melucukan. contoh? ya ini dia - chanploo_930 la.. xeliapae.com la. aish. tak formal langsung. then ada juga yang tiada email. kalian tahu tak kepentingan email ni? tapi yang peliknya, kenapa facebook boleh ada tapi email tiada? pelik tak? hurm~

MAKAnya kawan-kawan, sila pastikan anda mematuhi peraturan.  jika tidak, rugi jer kalian hantar borang permohonan. :) buang masa sebab awal-awal dah kena tolak tepi. good luck!

hiasi duniamu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

1 comment: