Tuesday, September 25, 2012

Dosa-Dosa di Facebook

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! cx malas nak mukadimah bagai. jom baca apa yang menjadi penyebab dosa-dosa di facebook tanpa kita sedari yang kini menjadi trend. bak kata mereka.. normallah tu, rilekslah. :) huhu

Terlebih gambar
memang lumrah wanita suka akan kecantikan dan pujian. disebabkan itu, ramai dikalangan kita yang upload gambar, sama ada secara zoom in atau zoom out. lagi update dengan style muncung itik, mata besar bagai kan ;p .. so ramailah lelaki yang tengok dan secara tak sengajanya mereka terlibat dalam aktiviti puji memuji, bergurau senda even suami/isteri orang dan mungkin juga adanya 'lamaran nafsu' ajak dating dan kahwin.

Penyamaran
ni satu lagi kes. memang dah menjadi trend kan? dan statistik juga dah keluar, percent untuk fake profile sangat tinggi sebab diorunk ni nak siasat bf/gf diorunk. or maybe stalk ex diorunk. normal. tapi semua ni bahaya sebab ada jenis orang yang approve sejantina sahaja even tak kenal. tapi korunk tahu tak jantina diorunk tu betul atau tipu? berhati-hati approve foreigner ni. silap hari bulan, gambar korunk sume foreigner ni upload dekat laman sosial yang tak elok. haaa.. hati-hati tau!


Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat
biasanya kita tagging gambar yang dulu kala zaman-zaman muda kan. mengimbau masa silam katanya. tapi kita sebenarnya tak sedar yang kita membuka aib orang lain. yelah, dulu tak pakai tudung, or dulu maybe seksi meksi, tapi sekarang dah bertudung labuh purdah. so, dalam tak kita sedari, kita dah buat dosa.  

Mengutuk diri sendiri & kebaikan 
ini satu hal, ada juga cx baca dekat fb somebody update, 'bodohlah kau (merujuk diri sendiri) ni, itu pun lampi'  . haaa. bahaya ya disitu. ada pulak yang update 'aku dah single sekarang, ada tak yang sudi nak jadi pakwe aku?' .. alahai diq.. jangan memalukan diri sendiri maaa. 

okay kawan-kawan, itu sahaja. sumber diperolehi daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman melalui laman sesawangnya www.zaharuddin.net :) renung-renungkan dan selamat beramal :)

hindarilah perbuatan yang mungkar
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

1 comment:

Sue PeLik said...

betul tuh kadang2 kita tak persan pun