Sunday, September 30, 2012

Mak, Ampunkanlah Aku

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to Mr.Google for this doodle :)

Mak,
Ampunilah anakmu ini
Sesungguhnya anakmu ini telah berdosa kepadamu
Dalam tidak ku sedari, telah kusakiti hatimu
Telah ku lukakan hatimu yang suci itu

Mak,
Sesungguhnya aku amat menyayangimu
Tidak ku terniat untuk mengecilkan hatimu
Ku tahu tindakan itu adalah demi kebaikanku
Ampunilah segala dosa-dosa anakmu

Mak,
Sesungguhnya kaulah yang mengendongku
Selama sembilan bulan aku dirahimmu
Telah kau tatangku bagai minyak yang penuh
Telah kau susukanku secukupnya

Mak,
Benar Mak,
Aku malu untuk berdepan denganmu
Aku tahu aku bukan anak yang baik buatmu
Ampunilah dosaku yang mampu mengheret aku ke neraka itu

Mak,
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku

Aku Merinduimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

3 comments:

dieyla said...

nice entry :)

MAY said...

doodle same.hihi

MAY said...

eh..x la cx..;) yg my punye tu pun bkn bt sendiri...org yg bt header tu carikan..rase die pun google kot..;)