Sunday, September 23, 2012

RM20 baru vs RM10 lama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kalian happy bila dapat duit baru? seronok bila nak kumpul daripada RM1 sehingga RM100? yeah! cx pun sama tapi kejadian hari ini sangat tak best. gara-gara duit baru ni jugalah. huhu. mungkin cx cuai tapi sila ambil pengajaran ya kawan-kawan :)

tadi pergi kedai runcit dekat depan taman, nak beli taugeh, colgate, kiub tomyam dan cili padi. okay, dah siap-siap memilih. dengan sopannya bertanya, 'aunt, berapa ya?' aunt tu pun cakap RM11.00 .. okay, cx pun buka beg duit, keluarkan sekeping duit bewarna oren kekuningan dan sehelai duit biru *tanpa tengok pun duit tu. bagi aunt dan cakap terima kasih sambil melangkah pergi. 


hantar barang balik rumah dan keluar semula sebab terlupa nak beli ayam. naik kereta sambil tanya mak, 'berapa ringgit eh mak seekor ayam? RM12 kan?' mak cakap, 'camtuler harganya' .. then buka beg duit. dalam hati rasa duit cukup sebab tadi ada RM32. dah beli tadi guna RM11. so tinggal lagi RM21. tapi bila tengok duit.. terus terkedu. tengok dalam purse ada RM12 sahaja. mana pergi hilangnya RM20 cx tadi? *dengan pantasnya otak ligat berpusing kejadian sebelum ni. fuh~ memang rezeki aunty tu ler nampaknya. 

so, terkilan ya disitu sebab apa tau.. before nak pergi beli colgate bagai tu, cx tanya mak, nak tukar tak RM20 ni sebab cx dah ada. tapi mak cakap.. mak dah ada. so cx masukkan balik dalam purse. ternyata apabila sesuatu nak berlaku, mesti ada petanda sebelumnya. kalaulah cx tukar duit RM20 tu dengan mak, takdelah cx terkilan . haish. bukan rezeki. apa nak dikatakan. berhati-hati ya kawan-kawan.

terkilanlah hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

Sue PeLik said...

saya pun pernah tersilap jugak. duit rm20 macam duit rm10 dah laaa warnanya lebih kurang jugak huhuhu

Aida Omar said...

Hanya disebabkan warna dia hilang RM20.. free2 je aunty tu dapat eh.. rezeki dia barangkali. huhu.. lepas nie kena lebih berhati2 la kan.