Thursday, September 13, 2012

Sheikh dan Seorang Kristian

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

jawapan seorang Sheikh apabila seorang pemuda bertanya apa yang perlu dijawab apabila seorang Kristian mempersoalkan tentang mengapa solat subuh dua rakaat, zohor empat rakaat dan seterusnya ..


tanyakan kembali kepada Kristian tersebut, mengapa mulut kamu hanya satu? hidung juga satu? mata kamu dua? telinga juga begitu? kaki dan tangan juga begitu? mengapa perlu bertanya kenapakah solat subuh dua rakaat dan seterusnya sedangkan apa yang ada pada diri kamu sendiri tidak mampu kamu berikan jawapannya?

Tuhan yang sama yang menjadikan tangan, kaki, telinga dan mata kamu sepasang, Tuhan yang sama jugalah memberikan kepadamu hidung dan mulut yang satu, dan Tuhan itu jugalah yang telah menjadikan solat subuh dua rakaat, zohor empat rakaat, asar empat rakaat, maghrib tiga rakaat dan isya' empat rakaat.

jadi, jangan bertanya sesuatu perkara yang kamu sendiri tidak dapat menjawabnya sedangkan perkara itu juga ada pada dirimu sendiri.

"sekiranya engkau tahu apa yang Aku tahu, engkau akan sentiasa menangis dan menderita"

ilmu Allah itu luas
"lahirkanlah keihlasan dihatimu"

No comments: