Friday, October 5, 2012

Apa Terjadi Di Dalam Kubur?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

cx sering tertanya-tanya, bagaimanalah agaknya keadaan kita dalam kubur kelak. adakah keadaannya sama sepertimana kita hidup sekarang? adakah keadaan ini juga akan kita rasai dalam kubur kelak? seorang manusia yang bernyawa dan berjasad yang ditimbus kedalam liang yang sempit dan gelap? Ya Allah. 


Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Allahuakhbar.

ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ

Ertinya : 
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur.

Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : 
"Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"

Nabi saw menjawab: 
Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Doaku:
Ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosaku selama kehidupanku.  Allahuakhbar. Sesungguhnya, aku hanya insan yang lemah dan aku takut akan azabMu Ya Allah. ampunkanlah dosaku. *sumber

berilahku peluang
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

No comments: