Friday, October 12, 2012

Sahabat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hidup ini terlalu sukar untuk kite tempuhi jika kita tiada kekuatan untuk mengharunginya. 
belum cukup sempurna jika kehidupan kita tidak dilengkapi dengan sahabat dan teman. 
sahabat.. hadirmu umpama cahaya yang menerangi malapku.
tiap yang berliku itu, kau pimpin tanganku meniti hari-hari yang mendatang
terlalu lama perkenalan kita. suka duka kita lalui tanpa kita sedari akannya

namun sahabat, langkahku terhenti tatkala hati mengetuai iman dan fikiran
tidak ku mengerti mengapa tindakanku seakan menusuk dan membunuhmu
sahabatku, sehingga kini tidak ku ketahu mengapa aku lakukannya terhadapmu
sungguh aku tidak tahu dan 
sungguh akalku mati tatkala aku mula memikirkan kesilapanku itu
sahabatku, maafkanlah aku


setiap yang berlaku ada hikmahnya
aku kehilangan seorang sahabat yang sangat tinggi budi pekerti
sentiasa ada dalam meniti hari-hari yang tidak pernah ku duga
hanya kau sahabatku. ya.. hanya dirimu yang aku ertikan disini

setiap hari tidak terhenti detik hatiku memohon kemaafanmu
sahabat, sejak detik itu.. diriku mula muhasabah
sedalamnya rasa penyesalan ku terhadapmu
sejak itu.. aku mengerti apa itu maknanya sahabat

aku tidak ingin mengulangi kesilapanku yang dulu
kini aku cuba untuk menjadi seorang sahabat yang berkualiti
tidak ku harap balasan atau pujian
apa yang aku mahu, moga dengan cara ini.. terbuka hatimu memaafkan aku

aku sayang kamu sahabatku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

No comments: