Monday, November 12, 2012

3 Ahli Sembahyang Yang Masuk Neraka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

3 golongan orang yang solat yang masuk neraka.

Lalai 
Orang yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita untuk mendapat kekusyukan dalam solat, tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba berusaha untuk mendapat kusyuk dalam solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. Ibn kathir mengemukakan pandangan yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas, Masruq dan Abud Dhuha bahawa lalai yang ditekankan ini melibatkan tiga bentuk :-

i) Melaksanakan solat lewat daripada waktu yang sebenarnya, atau menundakannya hingga ke akhir waktu
ii) Lalai daripada melaksanakannya mengikut ketetapan rukun dan syarat.
iii) Lalai daripada menghayati kandungan solat. Dalam penggunaan lain ia merujuk kepada ketiadaan khusyuk.
Riak
Orang yang solat bukan kerana Allah tetapi kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila orang melihatnya dia merasa senang tetapi bila dia keseorangan dia merasa malas.

Bakhil
Orang yang solat tetapi dalam masa yang sama dia tidak mengeluarkan zakat. Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut untuk bersedekah kepada yang memerlukan.

-sumber-

segerakanlah solatmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

maszull said...

assalamualaikum cx...Nauzubillah..

dairi muslimah said...

assalammualaikum..best sangat,terima kasih sebab share perkara-II seperti ini..