Sunday, November 4, 2012

Sayangku

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sayangku,

Hadirmu Tanpa Ku Duga
Tidak Ku Tahu Akan RencanaNya
Tidak Ku Sangka Pertemuan Kita Besar Ertinya

Saat Pertama Kali Bertentangan Mata
Hatiku Mula Berbisik Bercerita
Bukan Tentang Mereka Atau Sesiapa
Tetapi Dirimu Yang Mula Hatiku Puja


Sayangku,

Walau Jauh Cuba Ku Berlari
Tetap Jua Engkau Kembali
Walau Dekad Silih Berganti
Allah Satukan Jua Empunya Hati

Tanpa Aku Menyedari
Hadirmu, Perlahan Menyinari
Di Setiap Hening Dan Pagi Dinihari

Sayangku,

Kini Aku Sedar Daripada Mimpi
Allah Kirim Engkau Menjejaki
Setiap Langkah Kaki Aku Meniti
Kini Dirimu Bertakhta Dihati

Sayangku,

Usah Kau Ragu Akan Rasa Ini
Kerna Allah Izinkan Ianya Terjadi
Antara Kita Berdua Bersatu Hati
Menyemai Cinta Ilahi Nan Abadi

InsyaAllah

Cintaku Hanya Untukmu Ns
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"