Sunday, November 11, 2012

Umur TINGGI . Akal PENDEK

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

public diary:
cuba muhasabah diri dan tanya kepada diri sendiri, mengapa orang cuba menjauhkan diri daripada dirimu. duduklah seorang diri dan fikir. nilai mana baik buruknya diri sendiri sebelum nak tuduh orang lain buat itu dan ini terhadap diri sendiri. nak tahu kenapa kami menjauhkan diri?


sebab, kami tahu perangai awak tu, cakap tak serupa bikin. dimulut cakap lain tapi dalam hati lain. awak cakap awak dah redha atas semua yang terjadi tapi dalam masa yang sama awak masih lagi stalk dan mencari perkara yang boleh awak jadikan modal untuk membahan, menyalahkan dan letakkan beban kesalahan itu terhadap kami. sedangkan awak sedar tak bahawa awak yang membusukkan hati sendiri? awak sebarkan cerita dan aib orang lain. awak buka pekung orang lain dan hebahkan sehingga awak berpuas hati. awak tahu tak itu semua dosa? dosa yang mana bukan Allah yang boleh memaafkan awak tetapi manusia yang awak aniaya itu. awak faham tak? 

cuba fikir kenapa orang cuba menjauhkan diri. kami buat semua ini sebab kami tahu perangai awak tu. kami taknak awak hidup lebih jauh dengan dosa yang sengaja awak cipta. sudah-sudahlah tu, umur pun dah menjangkau kepada tahap kedewasaan yang matang tapi? janganlah jadi anak kecil yang perlu ditegur sentiasa dan bagi sebab kenapa dan mengapa. sedarlah wahai saudara seislamku.

p/s:
suatu hari nanti jika awak dah sedar kesalahan yang awak lakukan dan awak nak minta maaf dengan kami, datanglah .. kami tunggu tapi jika salah seorang daripada kami telah kembali kepada Allah.. pandai-pandailah awak.

belajarlah terima kenyataan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

WaneyRedza said...

Hye hye.. Jomlah join Segmen : 1000 Kasih Bertaut 2013

http://waneyredzastories.blogspot.com/2012/11/segmen-1000-kasih-bertaut-2013.html

nyra said...

macam faham dan tau je.