Wednesday, February 29, 2012

29 februari 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hye peeps!! wow! 29 Februari 2012 lah. jarang-jarang kita bertemu dengan tarikh ni. 4 tahun sekali kan? :) kepada sesiapa yang lahir pada tarikh ini, sangatlah beruntung. heheh. sedihlah mereka dengar bila cx cakap beruntung. :p .btw happy birthday kepada mereka yang lahir atau pun menyambut hari lahir pada hari ini. korunk memang special :) 

cx saja jerk buat entry untuk tarikh ni, bukan selalu kan? :p so nothing to share lah, saja mengarut dekat blog yang dah bersawang ni. heee. hari ni pun cx banyak benda perlu dibuat, yelah kan, cuti semester untuk pelajar UiTM degree kan dah nak habis. so, hari ni, cx nak pergi kemas rumah sewa. :) seronok sangat sebab dapat rumah lama. hehee. okaylah kawan-kawan. bye! :)

quotes:
‎:: one of the hardest things in life is watching the person you love, love someone else - MNH ::

love you as you wish
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, February 26, 2012

Untukmu Isteri Tersayang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

izinkan aku menjadi hawa kepada adamku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Carilah Untukmu Seorang Imam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.  Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. 

Apa peranan imam dalam solat? Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud. Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya. Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.


Allah Maha Bijaksana
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, February 25, 2012

HANYA DIHATI

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
TAK SEMUA YANG KITA INGINI, DAPAT KITA MILIKI. 
DAN
TAK SEMUA YANG KITA MILIKI ADALAH APA YANG KITA INGINI
ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP YANG TERSEMBUNYI

naluri hati manusia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, February 23, 2012

Tentang Kiamat 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Masih ingat andaian kiamat 2012 ? Tahun ini kan?? JANGAN percaya lagi !!!!! Sebab Kiamat menurut Agama Islam  adalah :


- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

sekadar menyampaikan 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, February 22, 2012

Design Sabun Yang Unik?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

tadi cx jalan-jalan ataupun blogwalking, tiba-tiba terjumpa satu benda yang agak lucu. heehe. pelik-pelik jerk dunia sekarang ni kan. hehhe. korunk percaya tak benda kat bawah ni adalah sabun? :p

sabun berbentuk gigi palsu. korunk nak? huhu. jangan ada yang tersilap sangka menyatakan ini giginya sudahlah kan? huhu

yeah. ini sabun sangat kreatif. tapi kalau cx ada sabun camni, cx tak guna kot. cx simpan buat koleksi. cool~

haa. lagi senang. pakai jerk. nak makan nanti, cuci jerk tangan korunk terus. terbaik!

ini pula? jaga-jaga ya kawan-kawan, sila simpan dikawasan yang jauh daripada kanak-kanak. ahakz~

dunia tersembunyi
"lahirkanlah keihlasan dihatimu"

Tuesday, February 21, 2012

P bertanya, L menjawab (III)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” 


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Allah itu Maha Adil
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

masa itu akan tiba

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua rakan-rakan :) cx tak sempat nak update blog sangat. minggu ni sangat sibuk. semakin banyak urusan, semakin sibuk cx dibuatnya. hehehe. korunk apa cer? sihat? :) jaga kesihatan okay? cx kali ni nak berceloteh sedikit. kelmarin cx pergi hospital bawa makcik cx tak sihat.  then after that, my mom dapat call, ada sedara kitorunk admit kat hospital yang sama. so, kitorunk pun pergilah ziarah.

after ziarah, kitorunk turut dapat tahu bahawa ada lagi sedara mara kitorunk admit kat hospital yang sama. berita tu kami dapat dah dua minggu tapi baru on that day kami berkesempatan. kami ingatkan nak ziarah tapi kami dapat tahu yang saudara kami tu, dalam bilik bedah. masuk kali ni, dah empat pembedahan telah dilakukan. akibat proses pemulihan yang sedang diharungi, saudara kami kini lumpuh sebab kuman dah merebak ke tulang belakang. Allahuakhbar! 


apabila tibanya bahagian masing-masing, maka harungilah dengan tabah dan sentiasa ingat akan Allah. tapi kawan-kawan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Allahuakhbar! kita sebagai manusia yang sihat, haruslah beringat bahawa masa kita akan tiba juga. apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah. 

ampunilah dosa kami Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, February 18, 2012

Review Cerita Seram Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua. selamat sejahtera! :) hari ni cx nak share pendapat cx tentang cerita seram dekat Malaysia ni.  sebelum ni, cx sangat takut nak tengok cerita seram. cerita hantu walaupun cerita itu komedi seram. hehehe. penakut tol cx ni! kih3. tapi semenjak emak cx asyiklah ajak tengok cerita hantu dekat pawagam, cx jadi semakin okay. takdelah berani sangat tapi bolehlah layan lagi. heheh 


daripada semua cerita seram yang cx dah tengok, semuanya tak lari daripada cerita asal orang-orang kita. apalagi kan kalau bukan pengamal ilmu hitam. semuanya berpunca daripada situ dimana manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan dan mereka sanggup meminta pertolongan jin.  cerita seram pertama yang cx tengok adalah KARAK. huhu. memang the best! takut tu ada tapi sangat best. :) *akhirnya cx tengok gak cerita hantu. heheh

okay. sekarang cx rajin layan semua cerita hantu yang ada dekat Malaysia ni.  antaranya, Hantu Bonceng, Keramat, Khurafat, Alamak Toyol, Jangan Masuk, Rasuk dan yang terbaru adalah Sumpahan Kum Kum. :) semua cerita ada idea tersendiri.  tapi semua cerita, endingnya adalah berkawan dengan syaitan dan jin. betullah semua tu kan. manusia dan jin mana boleh jadi kawan. sudahnya? haa.. macam dalam cerita seram yang ada lah kan. cx pasti korunk juga rajin layan cerita seram.

so, kita sebagai manusia biasa, bersyukurlah dengan apa yang ada. setiap kurniaan Allah adalah yang terbaik buat kita. jika ada yang datang itu kurang baik, itu adalah dugaan Allah buat kita. ingatlah, Allah itu Maha Adil :) tunduk sujudlah kepada pencipta kita Allah s.w.t. InsyaAllah segalanya akan baik :)

bertaubatlah wahai manusia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

‎11 ORANG SENTIASA DI DOA OLEH MALAIKAT

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

amalkanlah perkara yang baik
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, February 17, 2012

Rahsia Tulisan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! kali ni cx nak share tentang rahsia tulisan. rasanya semua orang pernah baca dan mungkin juga tak pernah baca dan tak pernah tahu. so, mari baca dan ketahuinya ;)


tekanan yang kuat
seseorang yang menulis dengan kuat tekanannyan sehingga berbekas di bahagian belakang kertas, orangnya jenis orang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

tulisan yang bulat-bulat
semua yang ditulis dengan bulat, orangya jenis yang emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak disebelah kanan - otak kreatif

tulisan tegak
orangnya jenis yang sistematik, mudah mengawal diri dan suka berkawan tetapi tak mencari kawan, sebaliknya kawan yang mencari dia, tak suka gaduh-gaduh dan suka ambil jalan tengah. 

okaylah kawan-kawan, korunk jenis yang camne? apa? takde kat sini? haaa. nak tahu lebih lanjut, korunk boleh rujuk SINI :) terima kasih sumber :)

hiasilah peribadi yang mulia
"lahirkanlah keihlasan dihatimu"

P bertanya, L menjawab

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Keluhan remaja perempuan A: 
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” 

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Indahnya Islam
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

P bertanya, L menjawab (II)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” 
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalianlah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

penuhilah ilmu dalam diri
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wajah Mayat Dalam Kubur

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa. 

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


bertaubatlah selagi masa itu ada
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, February 13, 2012

Serangga Terbesar di Dunia

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Giant Burrowing Cockroach
Juga dipanggil badak lipas, serangga lipas paling berat di dunia ini. Sesetengah orang mengatakan bahawa mereka adalah binatang kesayangan yang baik.Didapati di Australia, serangga ini boleh hidup selama 10 tahun dan boleh membesar lebih dari 3 inci panjang



Goliath Beetle 
Berdasarkan berat dan saiz, kumbang goliath adalah yang terbesar, termasukserangga. Berasal dari Afrika, lelaki boleh membesar lebih daripada 4 inci dan berat100 gram (3.5 auns) pada peringkat larva mereka. Walaupun mereka adalahvegetarian di hutan, mereka sering makan anjing dan kucing.


Tarantula Hawk 
Penyengat besar adalah sangat besar dan ganas, mereka mampu untuk memburudan makan Tarantula. Terdapat cangkuk pada kaki mereka yang mereka gunakan untuk mendapatkan mangsa mereka, dan penyengat (1/3 inci panjang) telahdianggap sebagai salah satu yang paling menyakitkan di dunia.Untungnya, paling jinak melainkan jika diganggu.


 Titan Beetle 
Hutan hujan Amazon adalah rumah kepada kumbang besar yang banyak, salah satuyang paling besar adalah kumbang Titan, Titanus giganteus. Serangga raksasa inimempunyai rahang yang boleh mematahkan pensil, dan dilaporkan mereka bolehmengoyakkan daging manusia. Banyak seperti kumbang, kumbang Titan bolehmengeluarkan bunyi desiran yang kuat apabila terancam.

Dunia Tersembunyi
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Keunikan Haiwan Ciptaan Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Orchid Mantis (Hymenopus coronatu) 
merupakan belalang bunga yang biasanya ditemukan di Indonesia dan Malaysia. Pada gambar di atas belalang tampak seperti sebuah anggrek. Sebenarnya mereka bersembunyi di dalam bunga dan mereka amat sangat menyerupainya, sambil menunggu mangsa serangga lain yang siap untuk di santap.


Devil's Flower Mantis (Idolomantis diabolica) 
Idolomantis Diabolica yang kadang-kadang dikenal sebagai "Raja dari Segala Belalang Sembah", alasannya adalah karena keindahan, ukuran dan kelangkaan, dan merupakan salah satu spesies terbesar dari belalang sembah yang menyerupai bunga. 


Calleta Silkmoth (Eupackardia calleta)
Calleta Silkmoth (Eupackardia calleta) adalah ngengat sutra dari keluarga Saturniidae. Ditemukan di Meksiko, Guatemala dan bagian selatan Amerika Serikat, ini satu-satunya spesies dalam Genus Eupackardia.


Lymantrid Moth (Dasychira pudibunda) 
Lymantrid Moth (Calliteara pudibunda) adalah ngengat yang banyak hidup di hutan Denmark Beech (Fagus sylvatica). Setiap betinanya dapat meletakkan 300-400 telur. Dan ketika menjadi ulat kecil akan sangat mudah tertiup oleh angin. Dan pada akhir musim gugur ulat sepenuhnya telah menjadi dewasa, hingga sekitar 5 cm panjangnya dan berwarna sangat indah.

Terokai dan Kenalilah Ciptaan Tuhan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wanita + Warna = Rahsia

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan! before this cx ada share tentang Lelaki + Warna = Rahsia kan? takkan rahsia lelaki sahaja yang cx nak share sedangkan cx ni perempuan kan? hehehe. so, kali ni nak share tentang rahsia warna wanita pula. ayuh! ;)
Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.

Hijau
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Biru
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.

Merah
Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

Putih
Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.

Hitam
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta anda.

Kuning
Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

warnailah diri anda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"



Sunday, February 12, 2012

Soal Jawab Lelaki Muslim dan Non Muslim

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Seorang lelaki non muslim bertanya kepada seorang lelaki muslim..

Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?


Lelaki muslim : Tersenyum sambil mngeluarkan dua biji gula-gula dari dalam poketnya, lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya, kemudian dia melemparkan kedua-dua gula-gula itu ke atas lantai.  Lalu dia bertanya kepada lelaki Kristian tadi, " Antara kedua-duanya, mana satu yang akan kamu pilih?
...
Lelaki kristian : Sudah tentulah yang dalam bungkusan.

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..


litupilah diri kamu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

JANGAN TINGGALKAN LAPTOP DI ATAS KATIL @ BANTAL

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

google's
Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

“Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang”


sampaikanlah walau satu ayat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Beruntungnya Seorang Wanita

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat ) 


Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya. InsyaAllah.

Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan sebagainya. MashaAllah


kubersyukur kerna aku wanita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, February 11, 2012

8 Rahsia Isteri Disayangi Suami

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

2. Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

4. Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja 

6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

7. Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

Hargailah Pasangan Anda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Menjadi Suami yang Hebat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk korang wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. 

4. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, korang pasti akan nampak hasilnya nanti!

5. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa korang suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah korang.

6. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang korang berikan.


Ku Memohon Yang Terbaik DariMu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Pergerakan Lelaki

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



menganggukkan kepala
apabila korunk berbual dengan lelaki dan dia menganggukkan kepala diorunk, itu maknanya dia seorang lelaki yang sangat ambil berat dan sentiasa ingat tentang diri korunk. dia juga seorang yang suka membantu bila kita memerlukan pertolongan.

mendekatkan badan
lelaki yang suka mendekatkan badan dia dengan kita bila berbual, dia merupakan lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tapi awas, kadang-kadang diorunk ni bersikap keterlaluan. hehe

merenung
lelaki jenis yang macam ni, diorunk merupakan seorang yang peminta sebab diorunk nak sangat tahu apa yang kita sebagai pasangan dia boleh tawarkan kat dia samada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

memandang mata
sifat lelaki yang ni jenis yang yakin dan berterus terang. huntonglah kan? huhu. dia juga sentiasa bagi perhatian, berusaha jaga hati semua pihak tak kiralah macam mana akrabnya sesuatu hubungan tu

menggerakkan tangan dan badan
kalau korunk nak tahu, lelaki jenis yang camni sangat memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. diorunk beranggapan dengan kata-kata tak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, so dengan pergerakanlah dapat menunjukkan kesungguhan. lelaki yang jenis ni juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Terima Kasih Ya Allah atas KurniaanMu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, February 10, 2012

Penyebab Buta Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. tidak mengenali Allah dan Rasul sebaiknya
Jalan mengenal Allah dan Rasul adalah dengan mempelajari dan merujuk Al-Quran serta Hadis. Hati yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan ilmuNya, semakin lama menjadi kotor, sakit dan tenat kerana tabiat hati diciptakan Allah swt memerlukan makanan dan makanan itu adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

2. berlebihan dalam perkara mubah
banyak makan, tidur, sibuk dengan hiburan, permainan, shopping mengalahkan kewajipan sembahayang.  agama tidak melarang manusia bersenang-senang tetapi jika sudah lalai, hati menjadi keras dan kotor, tidak mampu membezakan yang baik dan buruk dalam perbuatannya.

3. menjadikan syaitan sebagai teman akrab
jangan biarkan syaitan masuk ke pintu hati kita dan menebarkan racun-racunya.  berlindunglah kepada Allah swt daripada gangguannya.  hati yang sakit melahirkan perangai yang gila, menyusahkan diri dan orang lain.

Peliharalah Hati Kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kuasa Wanita

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


DOA
doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang perempuan lebih kuat. Hadis Rasulullah saw : "doa ibu itu lebih cepat makbut". orang bertanya: "kenapa ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "ibu lebih penyayang dari bapa dan doa daripada orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


TAQWA
"kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada diluar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

"sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan (kecuali Nabi Adam a.s) yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara daripada kecil hingga dewasa"

KEJELITAAN
hal ini diketahui oleh semua orang. kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki sehingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.  sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah dimana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

LAYANAN
kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi daripada perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

cx:
kumengharapkan yang terbaik dariMu Ya Allah. 

kirimkan aku Adam yang melindungi
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Petanda Lelaki Jatuh CInta

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ




1. dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa.

2. dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

5. dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

6. dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

7. dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

8. dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa tunggu kekasihnya dengan sabar.

Kusyukuri akan kehadiranmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Jenis Wanita yang Lelaki Tak Berkenan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu, mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak.....

hiasilah peribadimu secantiknya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, February 9, 2012

Lekuk di Bumi

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ





cx:
Subhanallah.

Kuasa Allah Tiada Tandingan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

A Man In Love Is No Simple Thing

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


We would love you in a million ways. And once we start loving you there is no going back for us. No matter how hard we try we will always love a girl hat has touched us. Us boys when in love will think of that girl first thing in the morning, and think of that girl last before we sleep at night. 

Whenever we see a couple, our thoughts immediately jump to that girl, and imagine that the couple was us. Every single detail about her is loved, the way she walks, talks, speaks. The sound of her voice. Her laughter. The sparkle in her eyes. Her shy smile. The way she dresses. That cute face she makes when she's asleep. And the way she says our name that our hearts just explode with mirth, a simple act that no-one else can replicate.

A boy in love with a girl is no simple thing, though ladies stereotype us guys as simple. A man in love is not simple. No. He will be unpredictable. He will be persistent, stubborn, and given the circumstances, if it means carrying you from one side of the world to the other to win your heart, a man in love would. He will be a martyr, giving his all and asking for almist none. He will show you how to appreciate the beauty of the world in a thousand ways, and then he will tell you how much he apprecieates your beauty in a million ways.


Love Between Us
"Lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Petanda Anda Jatuh Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



1. Patuh Kata-Kata Si Dia
korunk bila dah jatuh cinta, korunk tak sedar bila korunk sentiasa kata 'ya' dengan kata-kata sidia. tapi, korunk janganlah fikir negatif. patuh disini bukan pekara yang tidak elok tapi perkara yang elok. contohnya, jangan lupa makan ikut waktu walaupun korunk sebelumnya korunk akan makan ikut suka jerk. :)

2. Seringkali Merindui Tanpa Sedar
haaa. benda ni normal. korunk tak akan cakap yang korunk rindu tapi korunk sentiasa mencari alasan agar korunk dapat berjumpa. contohnya, korunk nak hantar sidia balik, korunk nak jumpa lagi tapi takut parents kata apa pula kan, so korunk bagilah something supaya alasannya, nak ambil barang yang tertinggal atau terlupa nak ambil daripada sidia. licik! ;p

3. Selalu Tersenyum
ini juga perkara biasa yang terjadi bila korunk jatuh cinta. korunk jangan nak menipu eh. pantang jerk bila ada orang call and nama yang tertera adalah sidia.. pasti korunk tersenyum kambing tak ingat dunia. kan kan kan?

haa kawan-kawan, bila kita jatuh cinta, kita tidak menyedarinya tapi apa yang kita rasa adalah nikmatnya dimana kita bahagia dengan anugerah Allah terhadap kita. ingatlah kawan-kawan, usahlah kau runsing akan pasangan hidupmu kerna bagi wanita, tak perlu mencari si adam kerna si Adam akan terus mencarimu agar rusuk yang diambil itu ketemu. dan si Adam pula, usahlah berputus asa kerna telah Allah janjikan tiap yang dijadikan itu berpasang-pasangan :) InsyaAllah.

aku temui cintaku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Cinta Sebelum Kahwin

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain. 

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka. 

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta. 

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu. 

Cinta Kau dan Aku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, February 8, 2012

Fakta Tentang Lelaki

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

cx:
aku mencintaimu kerna agamamu

Adam itu pemimpin Hawa
"Lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

#3'12 Wordless Wednesday : Attitude

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


I Miss My 'Attitude'
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Inilah Orang Seni

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hye korunk. kali ni cx nak share pasal orang-orang yang dianugerahkan seni semulajadi. cx sangat suka orang yang pandai melukis, berseni bagai ni. mereka sangat kreatif. dekat mana-mana pun depa boleh hasilkan seni diorunk tanpa dipinta. :) look at this picture below :




haa. camne? kreatif kan? kat debu kereta yang berlapuk ni pun diorunk boleh hasilkan idea seni diorunk. huntonglah kann. :) 

Syukurilah Nikmat Tuhanmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Nombor dan Anda!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. cara kiraan:

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Ciri-Cirinya Adalah: 

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.  Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.  Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.  Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona, Judd, Nancy, Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.  Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.  Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.  Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.  Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.  Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.  Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.  Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.   Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.  Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).  Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.  Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni muzik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.  Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia.  Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley


warnailah peribadimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, February 7, 2012

Ciri-ciri Suami Pilihan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. Sedia mendengar
Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya.

2. Sentiasa menambah ilmu rumahtangga
Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin, suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

3. Menghargai
Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang sememangnya sedap.

4. Tidak sentiasa menyalahkan
Sewaktu ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut, marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan. Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa tetap memberikan senyuman.

5. Mampu menahan marah
Orang yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sekiranya suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan rasa tidak puas hati di pihak isteri.

6. Sayang diri sendiri
Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.

7. Boleh menerima pendapat isteri
Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri.

8. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah pejabat di pejabat sahaja. 

9. Romantis
Memang agak sukar mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada hari-hari istimewa sang isteri

10. Membantu urusan rumahtangga dan anak
Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya. 

11. Tidak cerewet
Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya. Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.

12. Soleh
Taat pada agama dan mampu membimbing isteri dan anak-anak ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

semoga rusuk itu terbaik buatku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

CX suka blog CIK ATIN!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hye peeps! kali ni cx tiba-tiba nak share dengan korunk.  nampak header blog kat atas ni? yeah! itulah dia blogger yang menarik perhatian cx. antara yang menariknya blog ni adalah header dia sangat cantik! kalau korunk terjah blog beliau, memang sedap mata memandang. simple tapi suka tengok. :)

blogger ni menggelarkan dirinya CIK ATIN. nak tahu lebih lanjut? silalah terjah blog beliau ya DISINI.

nota ringkas buat cik Atin:
 I LOVE YOUR BLOG! :)

keindahan lahirnya dari hati yang suci
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kedudukan Wanita Dalam Islam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


Kusyukuri KurniaanMu
"Lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Jenis Wanita Dalam Neraka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

cx :
Ya Allah, Kau peliharalah kami hambaMu yang lemah. Amin

hiaslah dirimu buat sisuami 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"