Sunday, March 25, 2012

sebelum mencintai

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


"Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kita memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."

dari hati segalanya bermula
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, March 24, 2012

Petanda Penyakit Rohani

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa khabar semua? pada entry sebelum ni, cx ada share tentang cara merawat sakit rohani kan? :) kali ni cx nak share pula petanda penyakit rohani. :) sumber? seperti biasa adalah Dato' Haji Mohd Fadhilah Khamsah :) search di facebook beliau ya kawan-kawan :) antara petanda penyakit rohani adalah:

1. Malas beribadah, 
2. Malas bekerja 
3. Tumpul daya fikiran 
4. Kurang peka ttg kesusahan org lain 
5. Gelisah n risau 
6. Liar terhadap kebenaran 
7. Sering bersangka buruk 
8. Suka mengadu domba 
9. Suka isteri atau tunang org 
10. Malas atau lupa berdoa 
11. Tak rasa bersalah bila buat dosa 
12. Sukar utk buat kebaikan. 

Semua masalah di dunia bermula dari penyakit rohani.  Mari kita hisab diri kita dan rawat rohani kita agar selamat didunia dan akhirat. Wassalam

hisablah demi kebaikan kita
"Lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

cara merawat SAKIT ROHANI

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps. kali ni cx nak share lagi pesanan daripada Dato' Haji Mohd Fadhilah Khamsah. sumber cx ambil di facebook beliau. Dato' menyatakan bahawa, cara merawat sakit rohani adalah seperti dibawah. ada 17 cara yang Dato' kongsikan bersama kita dan kebanyakkan cara yang ada, mudah bagi kita untuk melaksanakannya. jadi mari sama-sama kita rawat rohani kita :) InsyaAllah.

1. Jaga solat lima waktu. 
2. Solat taubat dan istighfar 70kali sehari 
3.Qada' solat yangg tertinggal 
4.Baca al-Quran 
5.Maafkan orang dan mohon maaf 
6.Cari ilmu berterusan dan cari guru yang mursyid 
7. Berkawan dengan orang-orang positif 
8. Sedekah kepada yang memerlukan 
9.Beri haiwa makan 
10. Beri khidmat kepada yang memerlukan bantuan 
11. Cuci pinggan, tandas, dan sebagainya 
12.Kekalkan wudu' 
13. Puasa sunat 
14. Sentiasa ingat mati 
15. Hidupkan sunnah harian 
16. Seru orang ke arah kebaikan 
17. Tunaikan haji dan umrah. 

Mari kita amalkan agar rohani kita sihat dan kita selamat dunia akhirat. Wassalam

bersihkan hati dan rohani
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Adam Itu Pemimpin Hawa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Lelaki yang macho adalah lelaki yang sentiasa menjaga solatnya walau kemana saja dia pergi. Bila lelaki tersebut mampu menjaga solatnya, dia juga mampu untuk menjaga wanitanya (isterinya), InsyaAllah.

mohonlah kebaikan daripada Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, March 23, 2012

10 Perkara

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.

Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.

Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.

Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.

Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.

Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.

Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.

Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.


Patuhilah Suruhan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Arwah Ibu Melawat Jenazah Anak

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hye kawan-kawan. selamat malam! :) hari ni even ada sangat banyak kerja sekolah, namun disebabakan cx tak rajin nak buat, cx habiskan masa dengan blog. lagipun dah lama tak update blog kan? :) kali ni cx nak share cerita tentang arwah ibu melawat jenazah anaknya. bagi mereka yang dah tahu, Alhamdulillah, bagi yang masih belum . cx share agar sama-sama kita ambil ikhtibar. 



Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.

Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.  Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.  Tapi... *read more

hormatilah ibu bapa 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Tambat Hati Pasangan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Untuk tambat hati pasangan: Cuci hati, syukur ada pasangan, cinta berteraskan iman, sayangi seadanya, jadikan dia kawan paling akrab, puji dan hargai, rawat hati dengan kemaafan, kenangan manis sebagai ubat, sentiasa bersangka baik, pandai berbual dan mendengar, berterusan membaiki diri, jadikan konflik utk berubah lebih positif, hormati pandangannya walau kita tak setuju (selagi tak ingkari Allah), sebut sayang sekerap mungkin, elak lakukan kebenciannya, bentuk sifat yang boleh dibanggakan, sentiasa didik mendidik, berlapang dada bila ditegur, hapuskan EGO, bertolak ansur, patuhi Allah dan selalu tanya diri: apa lagi yang boleh aku beri kepada pasangan ku ini? Wassalam.

by: Dato' Dr. Haji Mohd Fadhilah Khamsah

hargailah mereka yang tersayang
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Bahana Meninggalkan Solat - Subuh

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Bagi sesiapa yang meninggalkan solat subuh, maka Allah swt akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selam 60 tahun.  sahabat sekalian, satu tahun di akhirat tidak sama dengan dunia.  jika satu tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat nanti, satu tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.  MasyaAllah.  tujuh keturunan kita pun belum lepas satu tahun jika kita hidup di akhirat. Allahuakbar! 

usahlah kita alpa. 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua. dah lama tak update blog. sangat sibuk :) apa-apa pun, cx hope korunk semua sihat walafiat. kepada followers cx, tq sudi lagi stay dekat blog ni even sunyi sekejap. btw, kepada follower yang unfollow, terima kasih juga cx ucapkan. at least korunk pernah tahu tentang kehadiran blog cx :) okaylah, cx nak share cerita. dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”


* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya hartamu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu


Indahnya Perjanjian Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, March 12, 2012

tips untuk kesihatan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.  mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)

Mandi pagi sebelum subuh sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik, air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.  kita boleh lihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk

waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).  ia boleh mengelak daripada sakit pening atau migrin.  ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.  ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.  dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan 

sumber : yearly planner 2012 -ws

amalan baik memberi manfaat
"lahirkanlah keihlasan dihatimu"

Sunday, March 11, 2012

Peristiwa Penting Rabiulakhir

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

bulan Rabiul Akhir ini bermaksud bulan di mana berakhirnya musim bunga bagi tanaman.  mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Akhir, pokok buah-buahan mula luruh dan seterusnya reput.  maka nama bulan ini diambil sempena musim luruh tanaman mereka.  antara peristiwa penting dalam bulan ini adalah :

1. peperangan di Najran pada tahun ketiga Hijrah

2. pengusiran Yahudi Bani an-Nadhir dari Madinah pada tahun keempat Hijrah.  Rasulullah s.a.w pergi ke perkampugnan mereka untuk meminta bantuan bagi menebus kematian dua orang dari kabilah Bani 'amir yang telah dibunuh oleh 'Amr bin Umaiyah Ad Dhumariy

3. peperangan al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan nabi s.a.w bagi memburu 'Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madinah.

hayatilah peristiwa penting bulan Islam kita
"lahirkanlah keihlasan dihatimu"

Friday, March 9, 2012

'JANGAN' dalam Islam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Allah knows everything
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, March 4, 2012

kisah bulan tiga

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hye korunk! yeah! dah bulan 3. bermulalah kisah seorang pelajar yang menyambung semester seterusnya. :) cx dengan rasminya telah berjaya menidurkan diri di rumah sewa. heee. huntonglahkan dapat dating sekali. upts! ;p okaylah, cx tak ada apa nak cerita, just tiba-tiba rasa nak buat bloglist untuk march. korunk nak join tak? hahahah. tapi macam malas nak buat entry. korunk nak? haa.. letak jerk link korunk dekat komen box entry ni. huhuhu .. nanti cx masukkan dekat bloglist march. okay? babai~


kembalikanlah kisah itu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"