Tuesday, May 29, 2012

Bauan Kasturi Itu Adalah Najisnya

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa khabar semua? :) hari ni cx sangat sibuk menguruskan perihal peninggalan arwah abah. (Al-Fatihah) . kehulu-kehilir cx bawa mak. even today kesihatan badan kurang memuaskan, cx gagahkan diri semata-mata untuk emak. Alhamdulillah 50% done. esok sambung lagi :) .btw, tadi cx blogwalking. sungguh indah cerita yang dikongsikan bersama. 

ianya berkenaan seorang pemuda yang tampan dan segak yang cuba diperdaya @ digoda oleh seoarang wanita yang telah lama menaruh hati kepadanya. wanita tersebut telah menjerat pemuda itu dengan mengugut jika pemuda terbabit tidak mengikut perintahnya (berbuat zina) .. wanita itu akan menjerit meminta tolong agar semua penduduk tahu bahawa pemuda itu berniat tidak baik terhadapnya. 


namun kawan-kawan, pemuda tersebut yang tulus hatinya telah mendapat satu idea dimana pemuda itu meminta izin untuk pergi kebilik air dan dalam masa yang sama, pemuda itu menyuruh wanita itu bersiap-siap. pemuda itu menbuang air besar dan melumurkan najisnya keseluruh badannya. alangkah terkejutnya wanita itu dan dengan rasa jijik, pemuda tersebut dihalau. 

setelah terlepas daripada keadaan itu, pemuda tersebut ingin pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan dalam masa yang sama, azan juga berkumandang. dengan bauan yang tidak enak ditubuhnya setelah membersihkan diri tadi, pemuda itu terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu. 

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya. 

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. KUATKANLAH HATIMU DENGAN AYAT-AYAT SUCI DARINYA.

takutlah dengan azab Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, May 28, 2012

From YOU For Me


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


setiap kali Allah beri kita ujian, pasti ada hikmahnya :) maka dengan itu, tak perlu risau jika Allah uji kita. pada diri kita sendiri, kita rasa kita tak sekuat itu untuk lalui ujian yang Allah beri, namun satu perkara sahaja yang perlu kita ingat, Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan hambaNya itu mampu. jadi, setiap ujian yang mendatang itu, adalah merupakan satu ujian yang mampu kita galas. percayalah kepada Allah. InsyaAllah.

heart says :
thank you Allah :) 

Allahuakhbar!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Belajarlah Memaafkan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)


4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)

memaafkan itu amalan mulia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, May 27, 2012

apabila CINTA itu DITARIK ALLAH

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

jika dikau jatuh cinta, usah dikau serah segalanya sehingga alpa akan pencipta.
jika dikau putus cinta, usah dikau pasrah tanpa mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.
jika dikau diberi bahagia, usah dikau menongkah arus dunia tanpa melihat pada yang tiada.
jika dikau diberi kesedihan dan keperitan, usah dikau tunduk melayan perasaan tanpa mencari si Dia.
jika dikau tidak kuat menerima ujian, usah dikau terus melayari hari tanpa bermunajat memohon dariNya.
jika dikau tidak tahu jalan pulang, usah dikau sombong bertanya dan kembali pada Yang Kuasa.



Mak Temah's says: 
usahlah dikau rosakkan dirimu angkara CINTA yang tidak tercapai. ALLAH berikan cinta itu kepada mu dan menariknya kembali agar ENGKAU renung dan ingat kembali, apakah yang telah engkau lalaikan tatkala engkau mendapat cinta yang tidak pasti itu. bermunajatlah kepada Allah. bersyukur tatkala menDAPAT cinta dan usah kau ALPA agar belajar bersyukur tatkala diTARIK pula cinta itu darimu.

usah dipersalah keadaan, usah dipersalah pasangan. usah dipersalah kepada PENGUJI. namun sebaliknya .. belajarlah menerima MENGAPA ALLAH UJI KITA SEDEMIKIAN RUPA. ingatlah.. jika Allah masih ingin mengujimu, itu bermakna ALLAH MASIH SAYANG PADAMU .

apabila cinta itu ditarik ALLAH. usahlah binasakan dirimu gara-gara kecewa. bangkitlah dan kembali kepada ALLAH.

CINTAilah ALLAH
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, May 25, 2012

Research (Cx, May 2012)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Dependent Variable : Age
Independent Variable  : Maturity 
Moderating Variable : Experience

HO : 
age cannot measure the person maturity unless they have an experience

H1 : 
age will influence the maturity even without experience

type of research:
Research Paper (Cx, May 2012)

the attitude meaning yours
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, May 23, 2012

Ayah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ketika berjauhan Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka Tika diriku terlanjur kata 
Tak pernah sekali kau tinggalkan Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Tak dapatku bayangkan Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi Semua kasih sayang
Yang kau curahkan Tersemat di hati

cx:
Al-Fatihah buat arwah abah. semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

kurinduimu Abah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, May 8, 2012

Nukilan Buatmu IBU

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!


Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu


selamat hari ibu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Hajah dan Kucing di Mekah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam - sumber

sayangilah sesama kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Petua Terima Teguran

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

As salamu'alaikum sahabat yang dikasihi. Ramai orang yang mudah menegur orang tetapi melenting bila ditegur. Petua terima teguran ialah:

1.Ingat yang Allah tegur kita melalui teguran orang 
2.Syukur sebab tanpa teguran sukar untuk kita berubah 
3.Lapang dada dan terima dengan tenang 
4.Nilai dan kaji teguran 
5.Tanya jika tak jelas 
6.Minta nasihat tentang punca masalah kita 
7.Minta nasihat tentangg alternatif penyelesaian 
8.Minta tunjuk contoh yang boleh diteladani 
9.Mohon maaf atas kesilapan dan ucap terima kasih 
10.Mohon didoakan agar dapat atasi masalah 
11.Segera bertindak dan tawakkal kepada Allah. 

Moga Allah rahmati kita semua. Kongsikanlah jika sudi. Wassalam.


belajarlah menerima
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, May 7, 2012

Petua Tegur Berhikmah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Assalamu'alaikum sahabat.  izinkan saya berkongsi petua menegur dengna HIKMAH:

1.Istighfar dan doa agar kita mendapat hidayah dan orang dapat menerima teguran

2.Baca doa pedinding diri dan doa pelembut hati ( baca Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir),

3.Belai dengan sebut kebaikan sebelum tegur,


4.Tegur dengan jelas, tenang & elak naikkan suara, 

5.Bimbing untuk kenalpasti punca masalah, 

6.Bimbing cari alternatif solusi dan buat rangka tindakan, 

7.Naikkan semangat agar yakin diri dan segera bertindak, 

8.Pesan untuk sama-sama doa mendoakan, 

9. Bertawakkal kepada Allah. Moga teguran kita penuh hikmah & bawa kebaikan kepada yang ditegur dan yang menegur.

 Amin, wassalam.


teguranku berasaskan keikhlasan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

buatmu sahabat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hidup ni umpama roda. ya! roda. semua orang tahu akannya. namun, tidak semua sedar akan putaran tersebut. ada yang alpa, ada yang leka. sering mendongak tanpa sesekali menjeling kebawah. Allah memberi bukan untuk mmbangga diri tetapi Allah memberi kerana ingin menguji. namun manusia alpa.


persekitaran kita mendidik dan menentukan siapa diri kita.  setiap manusia melakukan kekhilafan namun apabila kekhilafan itu diulang semula, ianya merupakan satu kebodohan. mengapa? kerna akal fikiran yang Allah pinjamkan itu tidak digunakan sebaik mungkin. belajarlah berfikir.

usah acapkali melihat tingkah laku orang lain sehinggakan kain sendiri terlondeh.  sedarlah diri. bawalah dirimu kejalan yang bercahaya agar bisa dilihat akan apa yang terhimpit dan mampu membuka kotak fikiranmu itu.  belajarlah menerima kekhilafan sendiri. berhentilah menuding jari tanpa merasa bersalah. ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil. kita manusia tidak akan pernah terlepas daripada azabNya. Allahuakhbar!.

nukilan cx :
insaflah wahai sahabat. bukalah ruang matamu. sucikanlah hatimu. bersihkanlah jiwamu. belajarlah ikhlaskan hati dan sanubarimu. kelak insan disekelilingmu tidak akan pernah jemu. :)

cc : hot gegurl vs hot guy

maaf kuberi kerna dirimu sahabat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, May 2, 2012

usikan suami buat isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Isteri bertanya pada suaminya


Isteri: Ada lagi ke perempuan yang awak sayang selain daripada saya?

Suami: Mestilah ada.

Isteri: Huh, siapa orang itu?

Suami: Muka dia sebijik macam awak dan dia akan panggil awak "umi"

Isteri:Sayang awak :*

-uai- 

good night people
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Dialog tentang poligami antara Azrus dan ustazahnya

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Ustazah - Saya tak pernah menolak hukum poligami
Azrus - Wah, hebat Ustazah
Ustazah - Saya tidak pernah marah suami yang nak kahwin lagi
Azrus - Wah, betul-betul top Ustazah
Ustazah - Yang penting
Azrus - Yang penting mesti adil kan Ustazah
Ustazah - Bukan. Yang penting bukan suami saya !

cx:
HAHAHAHA!

sumber: UAI

tinggikan ilmu dunia akhirat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Apakah rahsia lelaki berjaya ?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat di belakangnya.

"Lelaki yang berjaya dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya"

-UAI-

wanita tulang belakang lelaki
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, May 1, 2012

‎[PETUA IMAM SYAFIE]

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama 

-ustaz azhar idrus-

jagalah perilakumu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

UBAN cahaya kiamat?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya).

-ustaz azhar idrus-

belajarlah sesuatu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

JENIS-JENIS NERAKA DAN PENGHUNINYA

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Neraka tempat penyiksaan itu kemudian banyak disebut orang dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu, setiap pintu (tingkat), telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan didalam Al Qur'an adalah:

Hawiyah
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah.

Jahiim
Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karana syirik bererti menganggap bahawa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.

Saqar
Neraka untuk orang munafik, iaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Surah Al-Muddassir.

Lazhaa
Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, membayar zakat, atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij.

Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah.

Sa'iir
Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath dan Surah Luqman.

Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur.

Neraka dipegang (ditahan) oleh tujuh puluh ribu tali, dan setiap talinya di pegang oleh tujuh puluh ribu malaikat. - ustaz azhar idrus

takutlah akan azab Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"