Saturday, June 30, 2012

Segmen : bloglist blog rilek-rilek julai 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here to join
due : 
10 Julai 2012

selingan study
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen : Saya Ada Blog

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here
top 5 earliest entries:

eratkan silaturrahim
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

aku suka dia - jadian

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

aku suka dia
tapi ku tak tau untuk 
bilang kepadanya 
jika aku suka
jatuh cinta kepadanya

dia cinta yang pertama
dia yang bisa membuat aku
merasa deg-degan
berdebar di dada
diam saat mengingatnya


bulan tolong katakan
bintang bantu bisikkan
kepada dirinya
kalau aku mau 
jadi kekasihnya

aku yakin diriku
nanti pasti membuatnya
suka kepadaku
cinta kepadaku
dan kita akan jadian

bulan tolong katakan
bintang bantu bisikkan
kepada dirinya
kalau aku mau 
jadi kekasihnya

terima kasih cinta 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, June 28, 2012

hukum karma

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! :) today sangat sibuk ya! banyak amanah yang perlu diselesaikan. tapi hari ni en.boyfee nak balik *eh! hahaha. ok bukan. salah topik. daripada siang sampai ke malam, alhamdulillah. benda yang nak diuruskan itu, semakin mudah. terima kasih Ya Allah. cuma..

ada banyak benda yang cx tempuh hari ini. :) ragam manusia. terlalu besar polar kehidupan yang tidak dapat kita jangka. semoga cx tidak tergolong dalam golongan sedemikian.  okaylah, cx nak cerita macam terlalu panjang , so cx ringkaskan secara point ya :) antaranya adalah :

gapy
1. parking
tadi cx pergi bawa mak ke family store, mak nak beli makanan untuk adik-adik kecil yang beekor dirumah. hehe. cx parking terpi jalan, depan kereta ada sebuah kereta yang besar dan parking betul-betul disimpang corner. so, disitu.. ianya telah menyusahkan pemandu lain untuk keluar daripada selekoh tersebut. terpaksa melebihkan muncung kereta untuk melihat kiri kanan jalan sebelum melintas. hurm.. motif? sila consider keadaan orang lain. jangan selfish :)

2. jangan tamak harta orang lain
ini satu hal. hidup dah senang, Allah bagi lengkap .. masih sibuk dengan kekayaan dunia. urm. janganlah tamak harta orang lain. itu bukan hak anda. berdosa jika makan harta anak yatim. bertaubatlah. jangan disebabkan mulut dan ketamakkan anda, keturunan menjadi porak peranda.

3. hobi baru
okay. ini hobi baru cx. heheh. cx sekarang ada 18 ekor ikan gapi. hahah! seronok bila tengok diorunk berenang riang dalam akuarium diorunk. sangat happy! :) nanti cepat-cepat perkembang keturunan ya gapi2 ku! hehe

okay kawan-kawan. entry tiada motif. sejak bila ntah suka bercerita hal peribadi dekat blog *garukepala #kbai semua!

I am happy with you
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

kiriman buatmu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

bukan tatkala aku mempunyai masalah, ketika itu baru aku menghubungimu.  tanggapanmu salah. sungguh aku tidak dapat menerima pertanyaanmu itu tatkala aku menekan butang berdigit 10.   mungkin engkau tidak mengerti dan mungkin engkau sengaja tidak mahu mengerti.

jika benar aku sekadar mencarimu tatkala aku mempunyai masalah, mengapa tidak engkau persoalkan tatkala aku menyembunyikan hal keluargaku? apa sahaja yang engkau ketahui tentang itu? pernahkah aku membuka cerita dan meraih simpatimu? tiada bukan? selama tempoh itu, sedikit pun tidak aku kongsikan bersamamu.  adakah engkau masih mahu tetap dengan tanggapanmu? adakah aku mencarimu dikala adanya masalah dalam hidupku?


pernahkah engkau menghitung tempoh perkenalan kita? adakah selama tempoh itu belum cukup untuk engkau membuat tanggapan yang benar tentangku? adakah perlu engkau persoal tanggapan itu kepadaku acapkali aku menghubungimu? sungguh besar kesalahanmu. benar! aku berkecil hati akan tanggapanmu itu.

seabad yang dulu, benar engkaulah pujaanku. benar engkaulah tempat aku mengadu. namun tatkala keputusan itu yang engkau putuskan untuk aku.. aku mula mencari kekuatan dalam diri agar dapat aku penuhi permintaanmu itu.  namun tidak ku duga, sesekali engkau menjelma dalam ingatanku.

tidak mampu aku membencimu. tidak mampu aku membuangmu dari hidupku. sungguhpun saat engkau berpaling dariku dulu, hidupku tidak setenang air dilaut. hidupku dipukul ombak .. ditambah pula dengan dugaan yang sengaja engkau cipta buatku. kini, aku berjanji kepada diriku tentang dirimu. sedikit demi sedikit, janjiku itu aku kotakan.

terima kasih cinta..

jangan berumah ditepi pantai
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

nota kecilku

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

setiap hari, kehidupan semakin pantas mengekori putaran masa yang tidak pernah lupa akan tugasnya.  hidup  berliku terkadang diatas, terkadang dibawah.  semakin dikejar, semakin ditinggalkan.  dunia adalah hanya persinggahan yang kita sendiri tidak pernah ketahui tempoh buat kita.

tatkala leka dengan aneka ragam dunia, kita alpa kepada pencipta.  acapkali ditimpa sesuatu, tatkala itu teringat akanNya. namun pabila kesenangan yang menjelma, kita alpa semula. manusia.. makhluk yang dicipta Tuhan dengan cukup sempurna.  punyai keistimewaan bagi setiap corak hidup dan tabiatnya. indah sungguh ciptaan Tuhan.

nota kecil buat diriku
sendirian tanpa teman, tiada siapa mampu memberi bantuan tatkala dugaan itu harus kita tempuh sendirian. sungguh telah mereka cuba menghulur namun kepadaNya jua tempat kita kembali memohon ketentuan.  ruginya kita apabila acapkali tidak sedar akan keistimewaan yang Tuhan beri kepada kita.

sahabat, belajarlah menghargai setiap sesuatu yang telah Tuhan tentukan.  jangan pernah sekali kau keluhkan.  kawallah dirimu, atasi perasaan dan pemikiran yang negatif terhadap Tuhan.  ingatlah, semakin banyak kita mengingatiNya, semakin menebal kasih dan sayangNya kepada kita. percayalah.

nukilanku: Cx

aku mencintaiMu Tuhan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, June 27, 2012

Dear Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dear Allah,


Sometimes, it's hard for me to understand what you really want to happen.  but i trust YOU. i know YOU will give me what's best.

thank you Allah

lindungilah aku Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

#WW

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


i love you mak
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, June 26, 2012

Sahabat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sahabat yang baik, 
apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH.
mendengarkan katanya menambahkan ilmu, 
terlihatgerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada ALLAH.
berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH.


sebaik-baik sahabat yang dapat membantu kita ke SYURGA . bukan sahabat yang membawa kita ke NERAKA. 

cx :
aku ingin menjadi seorang sahabat yang baik buatmu sahabat . InsyaAllah

sahabatku, aku menyayangimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

ALHAMDULILLAH. thank you ALLAH

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

aku bersyukur kepadaMu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
click here
bilangan follower : 963
asal negeri : Maliujia (Melaka)

tag:

due:
26 Jun 2012, jam 10 pagi

:) have a nice day!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, June 25, 2012

Apabila Allah ..

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

bila Allah CEPAT makbulkan doamu, 
maka DIA menyayangimu

bila Allah LAMBAT makbulkan doamu,
maka DIA ingin mengujimu

bila Allah TIDAK makbulkan doamu,
maka DIA merancang sesutu yang lebih baik untukmu


Oleh itu, sentiasalah BERSANGKA BAIK kepada ALLAH
dalam apa jua keadaan pun

kerana
KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA

terima kasih Ya Allah :)
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Psikologi Islam


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Menagapa seorang ibu sangat dimuliakan oleh Allah? 

Kerana


kandungan IBU itu adalah SYURGA KASIH SAYANG dan disebabkan itu juga ia disebut sebagai RAHIM.

dan RAHIM adalah nama bagi ALLAH yang juga bermaksud PENYAYANG

BALASAN kepada orang-orang yang MENZALIMI IBUnya adalah API NERAKA JAHANAM

SAYANG IBU bermakna SAYANG ALLAH dan RASULNYA

cx:
mak, kini engkaulah emak dan engkau jualah abah kepada kami. i love you mak 

hormatilah ibumu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

panggilan terakhir

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


kubiar berlalu akan apa yang engkau pinta
kubiar tidak ku peduli kisah yang lalu
biar terkadang terkenang tanpa dipinta
andai itu mampu memberi bahagia buatmu
aku rela. aku redha. 

pergilah kasih. pergilah sayang. pergilah jangan dibiar kenangan mengusik kalbu
kirimkan salamku buat dirimu yang dulu kupuja

*dramaqueen

take care yourself 
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, June 24, 2012

Segmen : Bloglist Julai - Ogos 2012 by Miera Atiera

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here 
dah lama tak join bloglist blogger lain :) so today cx join. hehe.  boleh tambah kenalan. korunk digalakkan join ya kawan-kawan. banyak benefit :) tak susah malah mudah pula :) okaylah. click header Mieya di atas if nak join sekali ya :) 

thank you Allah. I'm happy
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, June 23, 2012

Ucapkanlah Alhamdulillah Selepas Bersin

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam. Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda.  Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .


Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti. 

Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik ♥ 

sentiasalah didik diri
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, June 21, 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peepst! kali ni cx nak share panduan mendidik anak. semoga suatu hari nanti, cx mampu menjadi seorang ibu yang baik buat bakal anak-anak cx :) InsyaAllah.

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.  (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, June 20, 2012

#WW : miss the moment

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

cc: Hot Gegurl vs Hot Guy
they are too special for me
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, June 19, 2012

terima kasih SAHABAT

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

terkadang terfikir, kenapa cx jarang bercerita hal peribadi dekat blog kan? hmm itu bukan motif utama kenapa cx buat blog ni. :) tapi alhamdulillah sampai sekarang, masih ada yang sudi follow cx. terima kasih. tapi kali ni, sekali-sekala cx selit juga hal peribadi cuma bukan secara terang-terangan tetapi secara tersembunyi. eh! camne tu? hahah


 

mereka semua diatas adalah antara rakan-rakan yang tak pernah jemu membantu dan memberi semangat kepada cx tatkala cx didalam kesusahan. segala pengorbanan kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya. apa yang cx dapat katakan disini adalah TERIMA KASIH kerana sudi hadir dalam hidup cx. 

cx sayang kalian
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

catur kehidupan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye! (: entry ni sengaja cx buat . semalam cx terasa nak main game tapi taknak game yang download bagai tu. dah bosan. cewah! huhu. tiba-tiba cx rasa nak main chess. dekat dalam lappy ni je pun. semua orang pun ada. heheh. dah lama tak main. sekali main, terus pandai checkmate! hahah *jakun




actually, selama ni, cx reti main kalah mati tapi tak reti nak checkmate orang. hahah! *blushing. tapi for the first time cx dah reti. hehehe. macam budak-budak je kan. orang baru reti, so eksaited terlebih. padahal orang lain gila pro main benda alah ni. heheh but at least cx dah tahu ! (: sangat suka. hehe #kbai

checkmate your heart! (;
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, June 16, 2012

surat untukmu : terima kasih ABAH.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

16 Jun 2012

Abah,

aku tidak tahu mengapa kebelakangan ini, aku amat merindui abah. ketika pemergiannya, aku kuatkan hati untuk menerima ketentuan Ilahi. namun kini sebulan telah berlalu. dan aku mula merasakan kehilangan abah. amat memberi kesan kepadaku.  kehidupan semakin hari semakin membuka mataku betapa besarnya pengorbanan seorang bapa. terima kasih abah. tidak pernah aku terlintas untuk mengkaji pengorbanan seorang bapa ketika hayatnya ada. namun kini.. baru ku sedar dan baru ku tahu betapa besar pengorbananmu abah. setiap hari, Allah tunjukkan kepadaku setiap satu pengorbananmu selama ini. maafkan anakmu abah.

Anakmu.

hargailah bapamu tika hayatnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, June 12, 2012

I am better than you

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



SAAT ORANG LAIN BICARA BURUK MENGENAI KITA,
PADAHAL KITA TIDAK PERNAH MENGUSIK KEHIDUPAN MEREKA.
ITU ADALAH TANDA BAHAWA 
KEHIDUPAN KITA SEBENARNYA LEBIH INDAH DARI MEREKA.

CX:
aku tak pernah berdendam. cuma satu aku harapkan, sedarlah. mohonlah kemaafan. belajarlah terima qada' dan qadar Allah. jangan iri hati dengan orang lain. tak memberi manfaat pun. berbuat baiklah.

mohonlah keampunan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

jangan cabar kesabaran orang lain

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! (: cx saja nak share apa yang cx rasa. korunk kalau dah clash dengan ex korunk, adakah korunk akan follow ex korunk and jugak new gf/bf korunk? mungkin ada antara kita semua akan berbuat begitu. it's okay if niat baik sekadar nak berkawan dan ketahui dengan siapa ex kita tapi kita tiada hak untuk memperkotak katikkan kehidupan mereka.

hal ini berlaku kepada cx sendiri. cx approve fB bf cx punya ex dan kami berkawan, tapi dalam masa yang sama, dia stalk cx dan cuba mencari masalah dengan cx.  korunk nak tahu apa yang dia buat? dia ni suka sangat menyanyi dan buat video. it's ok cx tak pernah kisah. tapi cx mula kisah bila dia buat video tu dengan berlatar belakangkan gambar dia dan ex-bf dia. ex-bf dia tu bf cx lah sekarang. aish. cx okay lagi tau. cx just think positif, yelah maybe dia still tak dapat melupakan ex dia tu.


tapi bila setiap status yang cx update dekat fB dia perkotak-katikkan.. itu sudah melampau. bukan satu dua tapi banyak kali. cx tak tahu apa motif dia. cx malas nak layan. so cx ignore it. cx sabar lagi dengan perangai dia. maybe dia meroyan. so cx cool lagi. yelah kan, kalau dilayan, sama je perangai kita dengan dia. sehinggalah suatu hari, dia canang dan kutuk cx dengan kawan-kawan dia yang lain. fuh! panas hati time tu.

cx tak kisah if dia nak buat apa sekalipun, tapi bila dia mula mencanang yang bukan-bukan pasal cx pada orang lain. itu tak boleh diterima. cx tak pernah pecahkan rahsia dia selama ni sampai sekarang. termasuk dia buruk-burukkan ex dia pada cx. cx hormat dia tapi bila dia buat taik dengan cx. hurm. disebabkan cx jenis yang tak suka nak gaduh-gaduh. cx terus remove dia daripada fB. dulu pernah sekali cx remove sebab dia hina cx gak. katanya dia minta maaf dan tak tahu apa sebab cx remove dia. dia kata dia tak tahu apa salah dia. aish. duniawi kan? cx pon tak terkata dah.

cx remove bukan sebab cx benci dia . tapi cx remove demi kebaikkan dia. daripada dia menjadikan cx ni punca untuk dia menambah dosa kering dia tu, better cx remove. if after this dia add lagi, cx ignore jer. itulah, before this member-member cx semua dah nasihat, tak payah buat baik dengan bf punya ex tuh. ha sekarang? rasakan kau cx! heheh. (:  okaylah kawan-kawan. dah panjang sangat entry ni. #kbai


Mak Temah's says:
yang baik ambil, yang tak baik.. gunakan akal fikiran untuk fikir. (: satu lagi, orang buat baik kita balas baik tapi if orang buat jahat pada kita. janganlah balas dengan kejahatan, sebaliknya berbuat baik lagi kepadanya. insyaAllah satu hari nanti, akan terbuka hatinya dan sedar akan perbuatannya. (: insyaAllah.

related:

anda yang menentukan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here  if you want to join
nama blog:
cxopportunities

link blog:

mula blogging:
8 Jun 2011
(alhamdulillah dah setahun)

kenapa berblogging:
matlamat utama buat blog sebab nak kongsi sebarang maklumat dan pengalaman yang ada. tak kira cx dapat melalui pengalaman sendiri atau daripada orang lain. memang blog ni cx begin dengan entry petua dan pahala . cx nak orang kenali cx dengan penulisan dan bukan melalui diri cx sendiri . alhamdulillah ada penerimaan dikalangan blogger. 

idola dan ikutan:
pada mulanya cx tak tahu siapa yang cx suka dan menjadi ikutan. blogger pertama yang ajar cx tentang blog adalah musicbrilliant.com . so ikutan cx ketika itu adalah beliau sendiri. idola? hurm. tiada kot. :) just suka terjah blogger yang suka tentang photography. blog diorunk banyak gambar cantik-cantik. huhu.

due segment :
5 petang, 13 Jun 2012.

eratkan silaturrahim antara kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, June 11, 2012

Cara Melamar Perempuan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


"pergi kata kepada sidia
--Assalammualaikum saudari.  saya tengok saudari tiga hari dah.  saya minat nak buat isteri.. kalau tak ada berpunya lagi.. saya akan bawa rombongan meminang, kalau saudari setuju.--
Assalammualaikum."


cx tertarik dengan perkongsian daripada ustaz azhar idrus tentang cara melamar perempuan. even ada yang boleh menerima atau tidak, jadikan ianya satu cabaran atau satu permulaan. kepada perempuan, mungkin ada yang tidak berapa suka dengan cara ini. mungkin ada yang kata kurang sopan. dan mungkin ada juga yang kata gentle sungguh! so, terpulang kepada penerimaan masing-masing :)

buang yang keruh ambil yang jernih
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Ubat Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan. :) cara nak ubat hati ada lima. antaranya adalah seperti yang akan cx listkan dibawah. tapi kadang-kadang kita ni kan, yelah.. manusia kan. lekas sangat alpanya. urm. hope so kita semua dapat membendung semua perkara-perkara ni. insyaAllah


pertama:
membaca al-quran dan maknanya

kedua:
dirikan solat di malam hari

ketiga:
berkumpul dengan orang-orang soleh solehah

keempat:
memperbanyakkan puasa

kelima:
berzikir dimalam hari sebanyak mungkin

okay kawan-kawan, yang baik diambil dan yang buruk itu renung-renungkan kembali. take care! :)

love yourself
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, June 9, 2012

Bertemu Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Mila Jirin

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

(korus 1)
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati


Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

(ulang korus 1)
Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

(korus 2)
Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya
CX:
terima kasih Ya Allah diatas cinta yang Kau kurniakan kepadaku. 

syukur kehadrat Ilahi
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, June 8, 2012

selamat ulangtahun CX! :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! simple entry for tonight. nak update daripada semalam tapi tidak berkesempatan. terlalu banyak hal duniawi yang perlu diselesaikan. alhamdulillah i'm ok now. ok kawan-kawan, cx nak update ni pun just nak cakap syukur alhamdulillah sebab hari ini 8 Jun 2012 merupakan tarikh lahir blog cx . heee

Zhù nǐ shēngrì kuàilè!
Zhù nǐ shēngrì kuàilè!
shēngrì kuàilè CX!
Zhù nǐ shēngrì kuàilè!

hehe alhamdulillah blog cx telah berusia 1 tahun. :) tak sangka dah setahun anak mama ni. *eh! ahahahha. ok2. terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah follow cx. terima kasih banyak2! okaylah, cx berbesar hati untuk bagi gift kepada follower kita yang latest ni yang telah menambah bilangan followers cx menjadi 956 *bilalah nak capai 1k an? huhu. hadiahnya adalah cx nak bagi TOPUP FREE .. heheh itu sahaja yang cx mampu.

siapakah yang bertuah itu? mari kita lihat siapa yang kena~~ :)
sila tekan header ni if korunk nak tahu siapakah gerangan yang bertuah. heee
okaylah. selamat ulang tahun cx!! :) wish diri sendiri memandangkan diri sendiri jerk yang tahu birthday si CX ni bila di alam maya. huhuhu! #okbai

syukur kehadratMu Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, June 7, 2012

Usahlah Berdendam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! sihat? alhamdulillah.  dalam sedar tak sedar, dah setengah tahun kita menghadapi tahun 2012 ni. alhamdulillah. pelbagai dugaan, rintangan dan kenangan cx terima pada tahun ini. apa-apa pun terjadi, terima kasih Ya Allah kerna ujianMu kepadaku menandakan aku masih tergolong dalam golongan yang ingin Kau pandang. terima kasih Ya Allah.


kita hidup tak selalunya diatas sebab Allah hantar dugaan dalam pelbagai cara. namun kita sebagai hambaNya yang masih waras dan beriman, perlulah kita tahu cara untuk mengatasinya.  kalian perlu ingat, jangan sesekali kalian buat beberapa perkara :

1. Merungut akan dugaan yang menimpa. 
sebab apa? sebab, jika Allah memberi kesenangan kepada kalian tanpa sebarang ujian dan dugaan, tandanya Allah ingin membuatkan kalian terus alpa kepadaNya. tanyalah diri kalian, adakah kalian bersujud kepadaNya diatas kurniaanNya dibumi ini?

2. Dugaan melalui orang sekeliling.  
Allah uji dengan pelbagai cara. ujian melalui orang sekeliling adalah apabila adanya hasad dengki, fitnah memfitnah dan saling membenci. apa pun yang mereka buat kepada kalian, itu adalah ujian daripada Allah. Allah nak lihat kekuatan kalian, keimanan kalian. janganlah kalian berdendam dan janganlah kejahatan itu dibalas dengan kejahatan. 

3. Berputus Asa.
perkara yang paling tidak perlu kalian lakukan. cubalah menghindarkan diri kalian daripada sikap ini.  dugaan Allah sangat besar, jangan sesekali berputus asa.  angkatlah menadah tangan dan memohon keampuanan serta bantuan daripada Allah. ingatlah kawan-kawan, Allah menciptakan sesuatu dan Allah jua yang memadamkan sesuatu. 

CX:
belajarlah melalui kesilapan orang lain.. USAHLAH KEJAHATAN MEREKA ITU, ENGKAU BALAS DENGAN KEJAHATAN. sucikanlah hati. belajarlah agar sentiasa ingat kepada Allah. ampunkanlah segala dosa dan mohonlah keampunan daripada orang sekeliling. InsyaAllah hidup kita akan diredhai Allah.

ampunilah segala dosaku Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, June 5, 2012

Petua : Elakkan Tidur Berdengkur

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan. before this cx ada share Fakta Tentang Berdengkur . hari ni cx nak share petua atau tips elakkan tidur berdengkur.  nak tahu ke? heee. jom baca lagi ~


Petua untuk mengurangkan dengkuran :
  1. Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  2. Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  3. Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  4. Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  5. Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  6. Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  7. Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
okay, itu sahaja. yang mana berkaitan, sila ambil tahu. yang tidak berkaitan.. sila pejamkan mata. hehe #goodluck! :)

sebarkan ilmu yang baik
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, June 4, 2012

Petua : Hilangkan Angin Dalam Badan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
Kacang
Sayuran seperti brokoli
Kobis
Taugeh
Bawang
Asparagus
Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
Bijirin seperti roti gandum
Minuman ringan dan jus buah
Susu dan produk daripada susu dan keju
Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?
1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut. *haha kelakar!
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

jagalah kesihatan anda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Info Mas Kahwin Terkini

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

cx dapat sumber ni daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) . tak tahulah sumber ni boleh dipercayai atau tidak tapi cx suka nak share. kelakarlah. hee .. nilai wang hantaran perkahwinan mengikut taraf akademik yang dibincangkan di laman sosial Facebook. habislah lelaki-lelaki diluar sana. lucu pun ada dengan info ni. huhu

\

Mak Temah's:
jangan sembarangan nak anak dara orang ya. heeheh. 
*sekadar menghibur hati.

Islam itu Bersederhana
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, June 3, 2012

paku dulang paku serpih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

dalam kehidupan ni, jangan suka sangat kotorkan HATI tu dengan DENGKI pada orang lain. cermin diri, bersihkan hati, sucikan rohani. InsyaAllah segala perbuatan yang tidak sepatutnya itu dapat dikawal dengan iman dan akal yang waras. :)

jadi diri sendiri itu lebih baik daripada cuba menjadi seperti orang lain untuk puaskan hati orang lain. haaa. faham ke tidak? urm. dah besar kan? ubah-ubahlah perangai tu. ini tidak, asyik cari kesalahan orang lain. padahal orang tu tak pernah sentuh pun kehidupan kau tu. aish! dahlah setiap saat kau nak update status dekat fB tu. konon nak menegur orang lainlah kan dengan update status camtu?

status beliau  ni merujuk kepada orang yang selalu update status fBnya guna bahasa omputih, then beliau ni niat baiklah kononnya nak menegur then update lah beliau status sebegini.
bila kita tak tahu berbahasa omputih, dikatanya kita ni kolot, tak nak belajar tapi bila kita mula praktis cakap omputih sikit.. lain pula cakapnya.  dikatanya kita ni lorat sangat nak cakap omputih padahal salah. aish.. tak fahamlah cx dengan orang yang macam ni, bila kita tak tahu, dihina.. bila kita belajar pun dihina. Allahukhbar! dalam hidup ni, semua benda kita belajar, jika salah.. tegurlah secara baik. tak perlu menganjeng bagai. harasso? :)

tak sampai beberapa minit. beliau update status beliau sebegini rupa. anda ada rasa seperti 'paku  dulang paku serpih' tak? urm. itulah, jangan suka sangat cakap orang, sendiri jugak yang buat. 

tak perlu nak menunjuk sesuatu kebaikan kepada orang lain jika diri sendiri tidak mengamalkannya. tiada faedah pun. apa yang perlu adalah, muhasabah diri. InsyaAllah diri menjadi yang terbaik disamping pencipta nan satu. one more thing, tak perlulah buka aib sendiri. Allahuakhbar!

Mak Temah's says:
kita ni kalau nak cakap orang, nak kutuk orang, nak cari kesalahan orang, cermin diri sendiri dulu. tidaklah malu sekapal kemudian hari nanti kan. makan hati ajerk lah.

dekatkanlah diri dengan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Waktu Tepat Minum Air

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! dalam kehidupan kita, badan kita memerlukan sumber air yang banyak bagi membantu pemprosesan yang baik dan memberikan kita kesihatan yang berkekalan. InsyaAllah. jadi, untuk hari ini, cx nak share waktu yang paling tepat kita minum air.  apabila kita minum air pada waktu yang tepat, actually ianya memberi kesan yang sangat baik tehadap tubuh badan kita. bilakah? :)


1. Minum dua gelas air selepas bangun tidur
mesti korunk yang tak biasa tu akan cakap yuks! .. tapi kebaikannya? haaa.. ini juga sebenarnya amalan Nabi s.a.w kita. cx amalkan minum selepas bangun tidur, alhamdulillah.  sebenarnya, bila kita minum ketika ini, ianya membantu mengaktifkan organ-organ didalam badan kita :) kira macam kita mandi pagilah. hee

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan.
ini merupakan petua bagi mereka yang nak kurus. betul, tak tipu. cx pon pernah guna cara ni, sebenarnya ramai tak tahu bila kita rasa lapar selepas makan, actually badan kita tidak memerlukan makanan untuk kekenyangan seterusnya tetapi memerlukan air. hehehe. so minumlah air sebelum makan. nanti korunk akan makan sedikit jerk.  tapi dari segi saintifiknya, ia membantu penghadaman didalam perut. sama jugalah dengan memakan buah sebelum makan nasi :)

3. Minum segelas air sebelum mandi
secara saintifiknya ia membantu merendahkan tekanan darah.  maka itu, minumlah air ya sebelum mandi. baik untuk kesihatan.

4. Minum segelas air sebelum tidur
haa. ini sangat bagus untuk dibuat amalan, ianya mengelakkan daripada terkena stroke dan serangan jantung.

jadi kawan-kawan, amalkan sesuatu yang sihat untuk mendapat badan yang sihat dan kehidupan yang sihat. heee. berapa banyak sihat daaaa~ #kbai

amalan yang baik datang dari diri kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, June 2, 2012

miss you DAD

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


al-Fatihah untuk arwah abah *really miss you dad :'(

always love and miss you
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

*aku ceraikan kau dengan talak TIGA!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


usah kau kembali meratapi apa yang telah engkau tinggalkan.
jangan kau persoal janji lama tatkala engkau keseorangan.

Mak Temah's leave a message :
kau tak payah nak selfish sangat. memang niat kau baik. tapi bila kau sunyi, kau datang terhegeh-hegeh cari aku. bila kau senang, kau lupakan aku then kau cakap kita dah janji kan untuk kebaikan bersama? #sampah!

usah berjanji jika tidak ditepati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

ada masalah baru boleh call

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

update lagi. entry-entry yang mendatang ni adalah entry yang tiada motif. sengaja bagi blog berhabuk dengan entry yang tidak bermanfaat. sekali-sekala maybe. yelah kan, orang kata.. blog ni as unprivate diary an. :) okaylah. cx tak ingat dah nak cerita apa. hahah. tadi nak cerita tapi sibuk dengan facebook. eh! tetibe teringat bila tengok tajuk. *nasib baik dah tulis tajuk. heee


kita bila call someone, itu tandanya kita ingat kat dia lah kan? tak semestinya ada problem baru nak call. itu namanya selfish! yelah, bila senang.. semua bertempiaran tak ingat dunia. bila susah, baru nak merangkak mencari orang minta bantuan. i'm not like that okay! cett~ asal macam nada marah ni? heee.

bila orang call kita, kita ucap terima kasih sebab dia sudi call untuk bertanya khabar kita. untuk dengar suara kita. senang sikit hati bila kawan-kawan kita happy. janganlah bila orang call kita then terus cakap.. "kenapa call? ada masalah ke?" aish... patut atau tidak? bila kau ada masalah, datang pula mencari. then dok cakap and ingatkan kembali janji-janji time dulu kala. motif lah kan? aish.

janganlah berperangai begitu ya kawan-kawan. umpama tidak menghargai. umpama kacang lupakan kulit. umpama habis madu sepah dibuang. hah! hamek kau! macam-macam dah keluar. okaylah. itu jerk nak cakap. tak taulah motif entry ni sampai kefahamannya terhadap pembaca atau tidak. haha. kbai#

Mak Temah's says:
janganlah kau melayan plak ex-bf/gf kau yang asyik sangat call and message kau kan.. itu takde akal namanya. dah besar kan? fikir matang sikit ya kalau nak bertindak.


berterima kasihlah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

bertikam lidah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

xiawu hao pengyou! :) okaylah, cx actually tengah tak berapa nak okay. apa yang cx nak cakap kat sini, kita dalam famili adik beradik, mesti akan berlaku pertelingkahan yang kadang-kadang sengaja direka dan kadangkala terjadi tanpa sebarang niat. cuma diusia yang muda, darah pun muda. masing-masing keras kepala. maka berlakulah pertelingkahan yang tidak diduga.


pada cx, setiap kali bertelingkah atau pun senang cerita, bertikam lidah.. tak kira dengan sesiapa pun, first things yang uncontrolled pada diri cx adalah MENANGIS. hahaha! yes menangis. tak payah nak gelak sangat okay! tak kira dalam pergaduhan tu, even cx sendiri yang menjadi penyebab atau pun orang lain, cx akan kalah. cx akan menangis dulu. urm actually cx tak suka bila adanya pergaduhan, cx tak kuat nak menghadapinya. hati ni kecil sangat untuk hadapi benda-benda ni. bergaduh je kerjanya. tiada kerja lain agaknya. urm.

tapi kadang-kadang bergaduh itu dapat membuatkan kita sedar akan kesilapan kita terhadap orang lain atau mungkin kesilapan orang lain yang boleh menjadi contoh kepada kita. so ambillah contoh dan teladan yang baik. okaylah, cx dah habis menangis. hehe bagi ketenangan kepada jiwa sendiri actually. heehe. okaylah pengyou! zaijian!

hargailah sebaiknya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kisah Copot dan Ciput

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.  Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot.


copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu...cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap...ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot.

ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

CECIAN, CIMA CACIH
cx :
 sangat comel cerita ni. terima kasih kepada sumber :) fB

hargailah dirimu. sayangilah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Your Word is My Inspiration

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye! apa khabar para sahabat? :) alhamdulillah. semoga semuanya sihat-sihat sentiasa. baiklah, cx kali ni taknak pun berceloteh, just nak share satu kata-kata semangat yang boleh menjadi inspirasi baru buat kita. tadi cx update status dekat fB.


then cx just leave it there and sign out fB. after a few hours, cx online fB .. apa yang cx dapat? ada orang komen status cx tu. :) cx suka 3 orang pengomen yang sudi tinggalkan pendapat . dan satu daripada komen tersebut, sangat membuka minda dan hati cx . sebab apa? sebab kata-kata itu umpama satu inspirasi. kata-kata tersebut sangat lembut disusun ayatnya dan mendalam maksudnya. moga dapat sama-sama kita fahami ertinya.


cx suka kata-kata yang kedua tu. 

AIR YANG KERUH ITU, SIMPAN DALAM TEMPAT YANG SELAMAT.  SUATU MASA APABILA MENDAP, YANG JERNIH AKAN KELIHATAN.  AIR YANG SEDIA ADA JERNIH ITU PULA, GUNALAH SEBAIKNYA :)

sangat memberi kesan positif yang mendalam kepada cx. terima kasih! :)

belajar menerima, InsyaAllah selamat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"