Sunday, September 30, 2012

Mak, Ampunkanlah Aku

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to Mr.Google for this doodle :)

Mak,
Ampunilah anakmu ini
Sesungguhnya anakmu ini telah berdosa kepadamu
Dalam tidak ku sedari, telah kusakiti hatimu
Telah ku lukakan hatimu yang suci itu

Mak,
Sesungguhnya aku amat menyayangimu
Tidak ku terniat untuk mengecilkan hatimu
Ku tahu tindakan itu adalah demi kebaikanku
Ampunilah segala dosa-dosa anakmu

Mak,
Sesungguhnya kaulah yang mengendongku
Selama sembilan bulan aku dirahimmu
Telah kau tatangku bagai minyak yang penuh
Telah kau susukanku secukupnya

Mak,
Benar Mak,
Aku malu untuk berdepan denganmu
Aku tahu aku bukan anak yang baik buatmu
Ampunilah dosaku yang mampu mengheret aku ke neraka itu

Mak,
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku
Ampunkanlah aku

Aku Merinduimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen E'raz Fadli : Blogwalking

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

klik here
kasih ibu tiada tandingan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

SEGMEN BLOGWALKING TERGEMPAK

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

klik banner
setiap yang berlaku ada hikmahnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click banner jika nak turut serta

due:
30 September 2012
23:00

*1037
tagged:

we all make mistakes
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, September 26, 2012

#WW [Cx;2012]

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


mengetilah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

#WW [Cx;2012]

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hargailah anugerahNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, September 25, 2012

Dosa-Dosa di Facebook

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! cx malas nak mukadimah bagai. jom baca apa yang menjadi penyebab dosa-dosa di facebook tanpa kita sedari yang kini menjadi trend. bak kata mereka.. normallah tu, rilekslah. :) huhu

Terlebih gambar
memang lumrah wanita suka akan kecantikan dan pujian. disebabkan itu, ramai dikalangan kita yang upload gambar, sama ada secara zoom in atau zoom out. lagi update dengan style muncung itik, mata besar bagai kan ;p .. so ramailah lelaki yang tengok dan secara tak sengajanya mereka terlibat dalam aktiviti puji memuji, bergurau senda even suami/isteri orang dan mungkin juga adanya 'lamaran nafsu' ajak dating dan kahwin.

Penyamaran
ni satu lagi kes. memang dah menjadi trend kan? dan statistik juga dah keluar, percent untuk fake profile sangat tinggi sebab diorunk ni nak siasat bf/gf diorunk. or maybe stalk ex diorunk. normal. tapi semua ni bahaya sebab ada jenis orang yang approve sejantina sahaja even tak kenal. tapi korunk tahu tak jantina diorunk tu betul atau tipu? berhati-hati approve foreigner ni. silap hari bulan, gambar korunk sume foreigner ni upload dekat laman sosial yang tak elok. haaa.. hati-hati tau!


Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat
biasanya kita tagging gambar yang dulu kala zaman-zaman muda kan. mengimbau masa silam katanya. tapi kita sebenarnya tak sedar yang kita membuka aib orang lain. yelah, dulu tak pakai tudung, or dulu maybe seksi meksi, tapi sekarang dah bertudung labuh purdah. so, dalam tak kita sedari, kita dah buat dosa.  

Mengutuk diri sendiri & kebaikan 
ini satu hal, ada juga cx baca dekat fb somebody update, 'bodohlah kau (merujuk diri sendiri) ni, itu pun lampi'  . haaa. bahaya ya disitu. ada pulak yang update 'aku dah single sekarang, ada tak yang sudi nak jadi pakwe aku?' .. alahai diq.. jangan memalukan diri sendiri maaa. 

okay kawan-kawan, itu sahaja. sumber diperolehi daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman melalui laman sesawangnya www.zaharuddin.net :) renung-renungkan dan selamat beramal :)

hindarilah perbuatan yang mungkar
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, September 24, 2012

Pilihan Kerjaya Si Pemalu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye awak semua :) happy monday peeps! pemalu? shy? hehe cx pun pemalu juga. hahah perasan. okay sila abaikan. kali ni cx nak berkongsi tentang kerjaya yang boleh mejadi satu option bagi orang yang pemalu. :) 


Programmer Komputer
merujuk kepada bahagian pekerja, programmer ni kebiasaannya kerja sendiri-sendiri sahaja terhadap satu projek. makanya ianya tidak memerlukan untuk kerja luar dan hanya fokus terhadap skill dengan komputer sahaja. kerjaya seperti ini sangat kurang untuk berinteraksi dengan orang lain. tapi, interaksi programmer sebenarnya lagi besar apabila mereka communicate with other computer programmer untuk sesuatu projek yang besar. 

Akauntan
jika korunk rasa korunk ni pemalu tapi sangat gila dengan nombor, makanya bolehlah korunk jadi akauntan. mengikut kajian, akauntan ni sangat sibuk dengan kira-kira yang perlu diberi perhatian. makanya tiada masa untuk bersosial. huhu. namun, akauntan ni juga kadang-kala perlu jumpa dengan klien, maka, ianya bonuslah jika korunk tak kurang malu. hehe

Juruteknik Maklumat Kesihatan
kerjaya ni sangat serius ya kawan-kawan. jika korunk ni suka sangat merekod data dan organized segala fail-fail yang ada,. dan yang penting korunk bersifat pemalu. hehe kerjaya seperti ini sangat sesuai sebab kerjaya ni sangat tiada masa untuk bergurau senda sosial bagai ketika bekerja. yelah, mesti kene komited dengan segala tugas sebab berkaitan maklumat pesakit kan. :) 

okaylah. nak tahu apa lagi kerjaya yang sesuai, korunk boleh klik SINI . :) good luck! :)

usaha tangga kejayaan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, September 23, 2012

RM20 baru vs RM10 lama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kalian happy bila dapat duit baru? seronok bila nak kumpul daripada RM1 sehingga RM100? yeah! cx pun sama tapi kejadian hari ini sangat tak best. gara-gara duit baru ni jugalah. huhu. mungkin cx cuai tapi sila ambil pengajaran ya kawan-kawan :)

tadi pergi kedai runcit dekat depan taman, nak beli taugeh, colgate, kiub tomyam dan cili padi. okay, dah siap-siap memilih. dengan sopannya bertanya, 'aunt, berapa ya?' aunt tu pun cakap RM11.00 .. okay, cx pun buka beg duit, keluarkan sekeping duit bewarna oren kekuningan dan sehelai duit biru *tanpa tengok pun duit tu. bagi aunt dan cakap terima kasih sambil melangkah pergi. 


hantar barang balik rumah dan keluar semula sebab terlupa nak beli ayam. naik kereta sambil tanya mak, 'berapa ringgit eh mak seekor ayam? RM12 kan?' mak cakap, 'camtuler harganya' .. then buka beg duit. dalam hati rasa duit cukup sebab tadi ada RM32. dah beli tadi guna RM11. so tinggal lagi RM21. tapi bila tengok duit.. terus terkedu. tengok dalam purse ada RM12 sahaja. mana pergi hilangnya RM20 cx tadi? *dengan pantasnya otak ligat berpusing kejadian sebelum ni. fuh~ memang rezeki aunty tu ler nampaknya. 

so, terkilan ya disitu sebab apa tau.. before nak pergi beli colgate bagai tu, cx tanya mak, nak tukar tak RM20 ni sebab cx dah ada. tapi mak cakap.. mak dah ada. so cx masukkan balik dalam purse. ternyata apabila sesuatu nak berlaku, mesti ada petanda sebelumnya. kalaulah cx tukar duit RM20 tu dengan mak, takdelah cx terkilan . haish. bukan rezeki. apa nak dikatakan. berhati-hati ya kawan-kawan.

terkilanlah hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, September 21, 2012

Kembar Kate Middleton

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Heidi Agan yang berasal dari Corby, Northamptonshire merupakan bekas seorang waitress sanggup berhenti kerja kerana ingin menjadi seperti Kate Middleton.  apa yang membezakan mereka adalah mata. hehe. mata si kembar ni warna biru. kalau mata Kate Middleton ni warna hazel. :) jom tengok gambar kat bawah :)



 
korunk boleh kenal pasti tak yang mana satu Kate Middleton? huhu.nak tahu lebih lanjut.. sila klik SINI.
 
kembar dunia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, September 16, 2012

Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut ... to be continued

jangan bermain dengan azab Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, September 15, 2012

Berfikirlah!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


semua orang tidak sempurna .. tetapi, jangan dibiarkan ketidaksempurnaan itu menguasai diri. sebab itulah Allah bagi manusia akal fikiran. boleh berfikir sewarasnya.

Mak Temah's
Semua orang mempunyai memori tersendiri. 
Simpan jika tidak mahu diingat.
Buang jika tidak mahu yang lain terlibat

gunakanlah anugerah Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, September 13, 2012

Sheikh dan Seorang Kristian

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

jawapan seorang Sheikh apabila seorang pemuda bertanya apa yang perlu dijawab apabila seorang Kristian mempersoalkan tentang mengapa solat subuh dua rakaat, zohor empat rakaat dan seterusnya ..


tanyakan kembali kepada Kristian tersebut, mengapa mulut kamu hanya satu? hidung juga satu? mata kamu dua? telinga juga begitu? kaki dan tangan juga begitu? mengapa perlu bertanya kenapakah solat subuh dua rakaat dan seterusnya sedangkan apa yang ada pada diri kamu sendiri tidak mampu kamu berikan jawapannya?

Tuhan yang sama yang menjadikan tangan, kaki, telinga dan mata kamu sepasang, Tuhan yang sama jugalah memberikan kepadamu hidung dan mulut yang satu, dan Tuhan itu jugalah yang telah menjadikan solat subuh dua rakaat, zohor empat rakaat, asar empat rakaat, maghrib tiga rakaat dan isya' empat rakaat.

jadi, jangan bertanya sesuatu perkara yang kamu sendiri tidak dapat menjawabnya sedangkan perkara itu juga ada pada dirimu sendiri.

"sekiranya engkau tahu apa yang Aku tahu, engkau akan sentiasa menangis dan menderita"

ilmu Allah itu luas
"lahirkanlah keihlasan dihatimu"

Monday, September 10, 2012

'Entry' Dihitung di Akhirat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps. dah lama tak update blog. sebab? sibuk memanjang. terlalu banyak benda yang lagi penting perlu diselesaikan daripada berblogging. hehe. okay kali ni just nak share pendapat. kita ni blogger.. manusia yang menjadi hamba kepada Allah. tak takut ke dengan apa yang kita tulis dekat blog?

ingatlah kawan-kawan, jangan terlalu berani mencanang salah orang lain dalam blog kita, dalam masa yang sama, korunk telah menjatuhkan maruah saudara seislam kita. biarlah apa pun yang mereka nak buat, itu dosa pahala yang mereka akan bayar pada Allah nanti. if nak tegur, it's ok tapi biar beradap. tapi, kalau bab-bab artis, jangan terlalu sombong menyatakan mereka berada dijalan yang salah.


tak perlu nak tuding jari pada kesalahan orang lain, apa yang tidak elok, pandang,dengar dan jadikan contoh supaya kita tidak terjerumus ke kencah yang sama. ini tidak, korunk sedap mulut je mengata tak sedar diri bagai, kenapa tak fikir .. kenapa tak ikut cara pemikiran agama.. tapi korunk sedar tak? ujian Allah itu sentiasa berputar untuk kita tau. hari mereka diuji, kita mengata.. esok lusa? kita diuji dan orang lain juga akan mengata seperti mana yang korunk buat pada orang lain.

cx bukan nak kata mereka yang buat salah itu tak perlu ditegur, tapi ntahlah. korunk dah besar, fikirlah sendiri. sebelum nak tegur orang lain, tanya diri sendiri, sempurnakah dirimu? 

Mak Temah's:
mungkin ada antara kita yang positif dalam menerima teguran, dan mungkin ada yang sebaliknya. tiada siapa yang perlu dipersalahkan atas apa pun tindakan yang diambil, kerna kita sendiri yang mencorak kehidupan kita kerna akhirat nanti, bahagian yang berat itulah jawapannya.. . wallahu'alam

hindarkanlah kemungkaran
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, September 3, 2012

Comment + Word Verification = LECEH!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua. dah baca tajuk kan? haa. dulu cx pun pakai juga word verification ni. dulu cx tak kisah sangat bila orang lain pun guna. tapi sekarang, cx rasa ianya amat merumitkan sebab bila cx isi tempat kosong tu dengan word yang dia bagi.. sampai 10 kali pun tak berjaya lagi. camno? ianya membuatkan cx fed-up dan terus blah tanpa meninggalkan komen. hahahah *kejam! okay kawan-kawan sila guna pop-up window, its much better dan jangan lupa apply comment moderation untuk security :)

credit : BudakSnickers
setting step for POPUP WINDOW
1. Dashboard
2. Settings
3. Cari Bahagian 'Comment'
4. Cari 'Comment Location'... boleh pilih POPUP WINDOW dekat kotak yang ada arrow tu

setting step for COMMENT MODERATION
1. dah buat POPUP WINDOW kan?
2. Nampak tak COMMENT MODERATION?
3. silalah click dekat ALWAYS tu 

dah sudah? SAVE sahaja ya kawan-kawan. it's much better for bloggers :) good luck! 

sharing is caring
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, September 2, 2012

Hukum Bonggol Atas Kepala Bertudung

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit : google
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)

takutlah azab Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

I'm Yours

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: signature
there is no word that can describe my feeling towards you. I really Love You more than everything because Allah created me from yours. and now, HE send me to give you back for what you've been lost before.

love you forever
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, September 1, 2012

It's Hurting Again

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

:: I never say yes for your request but you always assume that was me for what you've done with your last.
it's hurt me a lot! ::


:: It's hurt when you keep remind me about that. I forgive but never forget *I'm sorry ::

never say goodbye cuz i love you
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Hukum Duduk Atas Kubur

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Soalan:
Apakah hukum duduk di atas kubur?

Jawapan:
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu yang bermaksud: "Seseorang itu lebih baik baginya duduk di atas bara api sehingga terbakar kainnya dan kulitnya daripada duduk di atas kubur, yang mana zahir hadis ini melarang keras perbuatan duduk di atas kubur.

credit : google
Dengan merujuk kepada al-fiqh ‘ala mazhab ar-Ba’ah juzu’ 1 halaman 94 ada disebutkan bahawa maksud dengan duduk di atas kubur yang menjadi larangan di dalam hadis itu ialah duduk di atasnya dengan menjadikannya tempat untuk menghabiskan masa, menghilangkan kepenatan, berbual-bual bersukaria dan seumpamanya seperti yang dilakukan di kelab-kelab tempat perhimpunan orang-orang Bandar, suatu keadaan yang berlainan dengan maksud menziarahi kubur iaitu untuk mendapat iktibar dan takut pada Allah disamping ianya tidak melakukan perbuatan menghina kubur



Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah

sumber : UstazNaim

hormatilah jenazah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"