Wednesday, October 31, 2012

#ww

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

thanks to nipic.com

Subhanallah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

I Want You To Be The Half of My Deen, Not My Maid

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

gambar hiasan
A muslim man proposed to a muslim woman

Muslimah: 
me? If I do not know how to sew, 
or cook, or iron.. How am I going to marry you?

Man: 
Do you know how to pray? 
Do you worship Allah Subhana wa ta'ala 
without associating with anyone? 
Do you wear hijab? 
Are you afraid of Allah?.

Muslimah: 
Yes, I pray every day, 
I wear hijab, 
I love Allah and no one else, 
I give charity whenever I can 
and the one I fear is Allah Subhana wa taa'ala.

Man: 
*smiling* 
That's enough for me, 
I want you to be the half of my Deen, 
not my maid :) ♥

baiknya isterimu adalah langsungan kebaikanmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, October 30, 2012

Abah, Salam Rindu.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Abah,

kehadapan abah yang kurindui. andai bisa rintihan ini melewatimu, ku mengharapkan agar hadirlah mengubati rindu anakmu ini. disaat ku melihat setiap inci raut wajahmu yang tenang tika hayatmu, semakin tersedu ku merindu. tidak ku sedar linangan seiring kerinduan hati ini.

biar masa berlalu pergi, tidak pernah sedikit pun rindu dihati ini berubah. semakin bertambah ku merinduimu abah. masih terngiang diingatanku suaramu, amarahmu, tawamu, pesananmu.. tidak pernah ku lupa kerna aku terlalu merinduimu. engkaulah segalanya buatku. kini akanku bawa bekal yang engkau tinggalkan kepadaku agar tenang dan damai dirimu disana. *Al-Fatihah

Merindukanmu,
Anakmu 


kaulah nyawaku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, October 29, 2012

Teruna Dara

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Si Teruna : 
Saya bimbanglah. 

Si Dara : 
Kenapa?

Si Teruna : 
Rambut awak cantik sangat. Tak lama lagi kita akan berkahwin. 
Saya risau awak tak taat saya sebagai seorang suami.

gambar hiasan
Si Dara : 
Kenapa?

Si Teruna : 
Sedangkan perintah ALLAH awak boleh ketepikan, inikan perintah saya sebagai seorang suami 
yang cuma hamba Yang Maha Pencipta kan?

Si Dara : Errrr.

pesanan ringkas:
Indah mahkota itu terpelihara dari debu dan mata-mata yang liar. Sejuk hati dan mata suami kerana mahkota itu hanya tatapan matanya. Tegur biar berhikmah, walau bagaikan suntikan jarum, namun ada ubat yang mengalir dalam salurannya.

indahnya islam
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Please Forgive Me [AkuKauDia]

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
Dan melupakan semua tentangku 

Selamat tinggal kekasih 
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You`re always in my heart

Ternyata ku harus meninggalkan 
Semua kenangan bersamamu
Maafkan ku memilih dirinya
Kerna ku tak mampu menolaknya

distance for us
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, October 26, 2012

distance

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

The sun is filling up the room, and I can hear you dreaming. 
Do you feel the way I do? Right now. 
I wish we would just give up, 'cause the best part is falling. 
Call it anything but love. 

And I will make sure to keep my distance. 
Say I love you when you're not listening. 
And how long can we keep this up, up, up? 

Please don't stand so close to me; I'm having trouble breathing. 
I'm afraid of what you'll see right now. 


I give you everything I am, all my broken heartbeats, until I know you'll understand. 
And I will make sure to keep my distance. 
Say I love you when you're not listening. 
And how long can we keep this up, up, up? 

And I keep waiting for you to take me. 
You keep waiting to save what we have. 

So I'll make sure to keep my distance. 
Say I love you when you're not listening. 
And how long can we keep this up, up, up? 

Make sure to keep my distance. 
Say I love you when you're not listening. 
How long 'till we call this love, love, love?

please don't keep your promise
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, October 24, 2012

#ww

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Allahuakhbar!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

#ww

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to Google

hanya Allah yang mampu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, October 23, 2012

KEHEBATAN DOA

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai
Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;


"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi)

berdoalah kepadaNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, October 22, 2012

Cara Mudah Memohon Maaf

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps. kita semua merupakan manusia biasa yang tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan dalam kehidupan kita. namun kadang kita ego untuk memohon keampunan. cuba turunkan sedikit ego tu. mungkin juga ada yang malu tapi mahu. so, antara cara yang mampu membantu adalah: *lain orang lain cara.

1. Face-to-face
cara ini merupakan cara yang paling berkesan sebab kita akan berhadapan antara satu sama lain.  kita akan berterus terang dan secara tak langsung bila kita tengok muka orang yang kita dah buat salah, automatically kita rasa sangat rendah hati dan wujudnya belas kasihan atas apa yang telah kita lakukan kepadanya. *tidak sesuai bagi orang yang mempunyai ego tinggi . boleh jadi gaduh .

2. Kad dan Bunga / Hadiah
method ini juga boleh digunakan.  mungkin kita seorang yang pemalu untuk berterus terang secara berdepan.  so, kita mohonlah kemaafan dengan memberikan sesuatu kepada orang yang kita nk minta maaf tu, jangan lupa tulis nota "aku minta maaf , harap kau sudi maafkan aku, aku tahu aku salah" :).  at-laeast terubat sikit hati untuk mereka memaafkan kita. 


3. Telefon
mungkin secara berdepan kita gugup dan malu.  mungkin juga secara bagi kad dan bunga kita masih rasa tak seronok sebab tak dapat jawapan.  jadi, mungkin korunk boleh call directly.  kita tak nampak muka, mungkin dapat kurangkan rasa gugup dan malu.  melalui telefon, kita boleh take time untuk sampaikan mesej kita kepada dia.

4. Mesej / SMS
okay. ini last choice. jika semua yang diatas tak dapat korunk nak apply, korunk bolehlah sms sahaja.  mungkin ada antara kita fikir ianya tak manis dan mungkin kurang sopan tapi at least, kita minta maaf dan sms membnatu kita untuk lebih bercakap ikhlas dari hati ke hati dan ianya juga boleh membantu kita muhasabah diri kita. InsyaAllah :)

didiklah hatimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, October 19, 2012

Kelebihan Sujud

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.  Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.


11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.

15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

mohonlah kepadaNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kerja Kosong (bulan 10, 11, 12, 2012)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! how are you? dah lama tak update blog. sangat sibuk. biasalah kan, pelajar semester akhir. lebih-lebih lagi dah nak mid-term, lagilah berlambak kerja sekolah yang kita perlu siapkan. hehe tapi, dalam masa sibuk-sibuk ni, cx dah mula mengisi kekosongan jawatan yang ada di Malaysia *okay tipu. Melaka je cx pilih. hahah. nak juga duduk bawah ketiak mak kan? huhu. okaylah, antara kekosongan yang ada:

PERBADANAN PERPUSTAAKAN AWAM (PERPUSTAM) - due 23 Oct 2012
1. Pustakawan S44


THE MALAYSIAN COHORT - due 27 Oct 2012
1. Setiausaha N27 

MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR - due 30 Oct 2012
1. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
2. Pembantu Kesihatan Awam
3. Pembantu Penguatkuasa
4. Pekerja Awam

SINAR JERNIH SDN. BHD - due 30 Nov 2012
1. Pegawai Operasi Hospital Jasin

JOHOR BHARU - due 25 Dec 2012
1. Pegawai Sumber Manusia

*sila tekan pada tarikh 'due' untuk maklumat lanjut

semoga berjaya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, October 15, 2012

Manfaat Minum Air Suam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pencernaan:
memberikan proses pencernaan yang baik apabila anda ambil segelas air suam diwaktu pagi dan malam. air suam membantu mengusir toksin dalam badan dan membersihkan sistem.

Menyembuhkan Sembelit
apabila anda minum air suam diawal pagi, ianya membantu pergerakan dalam usus anda dan ianya dapat mengelakkan anda daripada sembelit yang menyakitkan. kalau anda nak tahu, air suam ni membantu kita untuk memecahkan zarah makanan dan menghantar mereka keluar melalui usus kita.

Aids Berat Badan
air dah tentunya baik untuk kesihatan kita. apabila kita amalkan air suam dengan campuran madu atau limau, ianya membantu dalam mengurangkan berat badan. sebab apa? sebab apabila anda buat begini, air suam mampu memecahkan deposit lemak dalam badan dan ianya membantu dalam menurukan berat badan. 

Baik untuk Selsema dan Batuk
air suam faedahnya dapat mengurangkan sakit tekak, liquifies batuk tebal dan membantu ia keluar dengan mudah.

Bertambah Peluh
apabila anda mengamalkan pengambilan air suam, anda akan berpeluh dengan banyak sebab suhu badan naik dan air cuba untuk menyejukkan suhu melalui perpeluhan. apabila kita berpeluh, ianya membantu membersihkan sel-sel kulit dengan mengeluarkan air berlebihan dan garam daripada sel-sel badan.

Mengurangkan Sakit
Minum segelas air panas atau suam adalah satu ubat yang paling berkesan untuk menyembuhkan senggugut. jika anda sakit perut, sakit kepala atau sakit badan, anda boleh minum segelas air suam untuk mendapatkan bantuan segera. insyaAllah.

yang baik itu jadikan amalan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, October 12, 2012

Sahabat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hidup ini terlalu sukar untuk kite tempuhi jika kita tiada kekuatan untuk mengharunginya. 
belum cukup sempurna jika kehidupan kita tidak dilengkapi dengan sahabat dan teman. 
sahabat.. hadirmu umpama cahaya yang menerangi malapku.
tiap yang berliku itu, kau pimpin tanganku meniti hari-hari yang mendatang
terlalu lama perkenalan kita. suka duka kita lalui tanpa kita sedari akannya

namun sahabat, langkahku terhenti tatkala hati mengetuai iman dan fikiran
tidak ku mengerti mengapa tindakanku seakan menusuk dan membunuhmu
sahabatku, sehingga kini tidak ku ketahu mengapa aku lakukannya terhadapmu
sungguh aku tidak tahu dan 
sungguh akalku mati tatkala aku mula memikirkan kesilapanku itu
sahabatku, maafkanlah aku


setiap yang berlaku ada hikmahnya
aku kehilangan seorang sahabat yang sangat tinggi budi pekerti
sentiasa ada dalam meniti hari-hari yang tidak pernah ku duga
hanya kau sahabatku. ya.. hanya dirimu yang aku ertikan disini

setiap hari tidak terhenti detik hatiku memohon kemaafanmu
sahabat, sejak detik itu.. diriku mula muhasabah
sedalamnya rasa penyesalan ku terhadapmu
sejak itu.. aku mengerti apa itu maknanya sahabat

aku tidak ingin mengulangi kesilapanku yang dulu
kini aku cuba untuk menjadi seorang sahabat yang berkualiti
tidak ku harap balasan atau pujian
apa yang aku mahu, moga dengan cara ini.. terbuka hatimu memaafkan aku

aku sayang kamu sahabatku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Penaku Terhenti

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


abadinya cinta terkubur rasa
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, October 10, 2012

#WW

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


kini kau ku lepaskan pergi
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

#WW

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


niat tak menghalalkan cara
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, October 5, 2012

Apa Terjadi Di Dalam Kubur?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

cx sering tertanya-tanya, bagaimanalah agaknya keadaan kita dalam kubur kelak. adakah keadaannya sama sepertimana kita hidup sekarang? adakah keadaan ini juga akan kita rasai dalam kubur kelak? seorang manusia yang bernyawa dan berjasad yang ditimbus kedalam liang yang sempit dan gelap? Ya Allah. 


Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Allahuakhbar.

ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ

Ertinya : 
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur.

Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : 
"Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"

Nabi saw menjawab: 
Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Doaku:
Ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosaku selama kehidupanku.  Allahuakhbar. Sesungguhnya, aku hanya insan yang lemah dan aku takut akan azabMu Ya Allah. ampunkanlah dosaku. *sumber

berilahku peluang
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, October 4, 2012

Kelebihan Berzikir

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Zikir itu banyak jenis, tiap-tiap satu mempunyai kelebihan atas yang lain, tidak sama kelebihannya antara satu sama lain ataupun pahalanya lebih banyak dari yang lain di samping adanya berbagai-bagai faedah dan manfaat yang banyak:


1. Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilahaillallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Zikir yang palin utama ialah "La-ilahaillallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".

2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Perbaharuilah Iman kamu !!!. Para sahabat bertanay bagaimana caranya memperbaharui Iman kami? Jawab Baginda, perbanyakkanlah ucapan "La-ilahaillallah".

3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ucapan Subhanallah itu memenuhi setengah mizan (timbangan) dan ucapan Al-Hamdulillah memenuhinya dan "La-ilahaillallah" tiada dinding antaranya dengan Allah s.w.t.

4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa mengucapkan "La-ilahaillallah" tujuh puluh ribu kali, maka sesungguhnya ia telah menebuskan dirinya daripada Allah s.w.t."

5. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang mengucapkan "Subhanallahi Wabihamdihi" sekali, akan ditanamkan baginya satu pohon di syurga. jika mengucapkannya seratus kali dicatatkan baginya seribu kebajikan dan digugurkan daripadanya seribu kali kejahatan."


perbanyakkanlah berzikir
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, October 3, 2012

#WW

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


jauh disudut hatiku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Ganjaran Ucapan Laillahaillallah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.


Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.


mudahnya mendapatkan pahala
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, October 1, 2012

Aku Kurus. Tunang Aku Gemuk.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

nukilan daripada Bercinta Selepas Nikah ...

Member: "Bab, aku kadang-kadang sedihlah."

Syabab: "Kenapa?"

Member: "Tunang aku gemuk. Aku lagi kurus dari dia. Lepas nikah nanti sure double gemuk. Tambah-tambah lepas dapat baby."

Syabab: "Small matter. Tak payah sedih."

Member: "Ko kata small lah. Aku ni ha yang kena angkat dia."

Syabab: "Ish. Tak elok cakap macam tu. Kan dia sayang ko, ko pun sayang dia. Dah tunang nak nikah minggu depan dah pun. Syukur dan redha je."

Member: "Tapi..."


Syabab: "Ko beruntung sebenarnya. Sebab kecantikan dia hanya ko yang nampak."

Member: "Ha? Gemuk camtu cantik?"

Syabab: "Ya. Cuba kau bayangkan apa jadi bila dia kurus slim nanti? Mesti lagi cantik dari kecantikan yang dah cantik sekarang. Cuba kau fikir, Dafi dulu gemuk bila kurus jadi hensem. Ugly Betty gemuk, bila kurus jadi cantik. Yang bestnya, dia tak kurus sebelum kahwin dengan kau. Kau bayangkan kalau dia kurus sebelum kahwin, alamat dia pun tak hingin nak kawin dengan kau. Sure dia nak pilih yang kacak bergaya sepadan dengan dia. Tapi bila dia kurus after kahwin dengan kau, dia adalah isteri kau yang sah dan dia wajib setia pada kau je. Berdosa bila dia curang cari yang lain. Faham? So kau anggap je dia adalah permata yang tersembunyi dalam tiram. Cantik dan berharga. Untuk kau je."

Member terdiam. Entah mengiyakan atau tidak statementku itu.

Telah Allah Ciptakan Buatmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"