Friday, November 16, 2012

Nota Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


‎:: mereka tidak akan faham apa yang kita rasa selagi mereka tidak berada di tempat kita *segalanya terbatas kerna terlalu banyak hati yang perlu dijaga ::

please forgive me
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, November 14, 2012

#ww

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


only you in my heart
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, November 12, 2012

3 Ahli Sembahyang Yang Masuk Neraka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

3 golongan orang yang solat yang masuk neraka.

Lalai 
Orang yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita untuk mendapat kekusyukan dalam solat, tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba berusaha untuk mendapat kusyuk dalam solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. Ibn kathir mengemukakan pandangan yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas, Masruq dan Abud Dhuha bahawa lalai yang ditekankan ini melibatkan tiga bentuk :-

i) Melaksanakan solat lewat daripada waktu yang sebenarnya, atau menundakannya hingga ke akhir waktu
ii) Lalai daripada melaksanakannya mengikut ketetapan rukun dan syarat.
iii) Lalai daripada menghayati kandungan solat. Dalam penggunaan lain ia merujuk kepada ketiadaan khusyuk.
Riak
Orang yang solat bukan kerana Allah tetapi kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila orang melihatnya dia merasa senang tetapi bila dia keseorangan dia merasa malas.

Bakhil
Orang yang solat tetapi dalam masa yang sama dia tidak mengeluarkan zakat. Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut untuk bersedekah kepada yang memerlukan.

-sumber-

segerakanlah solatmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, November 11, 2012

Anak Hodoh, Suami Cerai & Saman Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! selamat hari minggu :) kebiasaannya hari minggu ramai blogger yang tak menatap lappy dan biarkan bagi blog bercuti. majoritinyalah kan :) sebab tu cx jarang update weekend and just join contest yang menarik perhatian cx. hehe.

credit to google
okay, kali ni cx nak share, hari ni baca surat khabar, sangat memeranjatkan apabila seorang suami sanggup menceraikan dan menyaman isteri dia sebab melahirkan anak hodoh. hahaha memang kelakar bila kita dengar dan first assumption korunk mesti cakap lelaki ni jahat kan? huhu sabar~ sila baca habis-habis dulu

hal ini terjadi di Beijing, encik suami ini menceraikan dan menyaman isteri dia sebab didapati isteri dia membuat pembedahan plastik sebelum berkahwin gara-gara nak cantik. ianya telah diakui oleh isteri encik suami itu sendiri. huhu. dan kalau korunk nak tahu, encik suami ni menang okay untuk perbicaraan saman di mahkamah. dengan jumlah RM370,000 .. kayolah pakcik hoii~


selidiklah terlebih dahulu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Umur TINGGI . Akal PENDEK

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

public diary:
cuba muhasabah diri dan tanya kepada diri sendiri, mengapa orang cuba menjauhkan diri daripada dirimu. duduklah seorang diri dan fikir. nilai mana baik buruknya diri sendiri sebelum nak tuduh orang lain buat itu dan ini terhadap diri sendiri. nak tahu kenapa kami menjauhkan diri?


sebab, kami tahu perangai awak tu, cakap tak serupa bikin. dimulut cakap lain tapi dalam hati lain. awak cakap awak dah redha atas semua yang terjadi tapi dalam masa yang sama awak masih lagi stalk dan mencari perkara yang boleh awak jadikan modal untuk membahan, menyalahkan dan letakkan beban kesalahan itu terhadap kami. sedangkan awak sedar tak bahawa awak yang membusukkan hati sendiri? awak sebarkan cerita dan aib orang lain. awak buka pekung orang lain dan hebahkan sehingga awak berpuas hati. awak tahu tak itu semua dosa? dosa yang mana bukan Allah yang boleh memaafkan awak tetapi manusia yang awak aniaya itu. awak faham tak? 

cuba fikir kenapa orang cuba menjauhkan diri. kami buat semua ini sebab kami tahu perangai awak tu. kami taknak awak hidup lebih jauh dengan dosa yang sengaja awak cipta. sudah-sudahlah tu, umur pun dah menjangkau kepada tahap kedewasaan yang matang tapi? janganlah jadi anak kecil yang perlu ditegur sentiasa dan bagi sebab kenapa dan mengapa. sedarlah wahai saudara seislamku.

p/s:
suatu hari nanti jika awak dah sedar kesalahan yang awak lakukan dan awak nak minta maaf dengan kami, datanglah .. kami tunggu tapi jika salah seorang daripada kami telah kembali kepada Allah.. pandai-pandailah awak.

belajarlah terima kenyataan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, November 10, 2012

Reminder!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


:: barang siapa menutup aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya [HRMuslim] ::

waspadalah tindakanmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen Sabtu : Jom Cari Follower Bersama AH

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here
Due:
10.11.12
(23:50)

*bisikan: lagu dekat blog aisyah humaira ni best. hehe 
[merah band ft maria - biar sampai akhir]

eratkan ukhuwah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here
Current Followers: 
1067 peeps

TAMAT: 
30/11/2012

eratkanlah silaturrahim
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, November 9, 2012

Typing Maniac

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hye korunk! haa. nampak tak print screen game di atas? siapa pernah main? huhu, cx dah lama tak main.. last main last year kot.. then bila last month tiba-tiba ketagih.. cx on balik.. tup-tup member cx in first rank. tercabar woo~ hahah

so as conclusion, cx pon main balik .. asah bakatlah kononnya. huhu. nak juga kalahkan member .. tiap masa mengadap tapi benda alah ni tak boleh main if kita tak tenang dan bersabar.. confirm kalah. hahaha. fact ok! ;p so it takes time actually. at last.. cx berjaya mendahului dan memecahkan rekod kawan cx. hehe  even pencapaian cx tidaklah sehebat world friends, at least cx berpuas hati dapat pecahkan rekod kawan cx. hehe. cx respect orang yang dah sampai level 36 if i'm not mistaken .. accuracy dia sangat tinggi. thumbs up la kat mereka yang gila kentang menaip.

which one is me? haha anyway, entry ni bukan entry membangga diri ok? lempang laju-laju nak? haha. #kbai

bersaing benda baik adalah bagus
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, November 8, 2012

'Muka Buku' Berwajah Baru

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! yeah. seperti tajuk yang telah cx tulis diatas.  muka buku berwajah baru.. atau cx yang ketinggalan? hahaha apa-apa pun, cuma Muka Buku sahaja yang lambat untuk apply application seperti ini. heheh. yelah kan, Twitter already apply this application design. an an an ;p but, it's look simple but good for us. why? sebab tiada lagi semak samun orang-orang yang connect people tu. haha. ok merapu

MukaBuku
Twitter
both cx da ada account tapi korunk tahu tak tentang account 1Malaysia.com? huhu. cx dah register. korunk?  okaylah, nothing special pun dekat situ .. just it's looks like facebook application .. :) tengok bawah ni :)

1Malaysia.com
okaylah kawan-kawan, entry kali ni macam promotion pula. heheh okaylah, semoga berjaya! *eh? haha #kbai semua!

connecting people to people
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Perkosaan Visual

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :


LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin dua arah ! 

Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

sumber -

sayangilah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, November 7, 2012

#ww

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


i warn you
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Pramugari Angkuh vs Ulama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.  Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.  Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: 
(dengan suara tinggi dan dikeraskan..) 
Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu! Sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: 
(dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) 
Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: 
(dengan sifat angkuh…) 
Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: 
(dengan sifat bersahaja….) 
Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

p/s:
Sekadar renungan bersama. Walaupun agak kasar tetapi ambil sedikit pengajaran daripadanya.

sumber : MindaFahmi.com

yang baik kita ambil
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, November 6, 2012

Tangan Kanan Memberi, Tangan Kiri Tak Tahu


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! rajin sangatlah update blog.. padahal kerja sekolah tak sentuh lagi. ada sepuluh minggu lagi cx, peperiksaan menjelma. amboi! sakan dengan blog dia naaa ;) okaylah, kali ni cx nak share opinion sahaja. minta ampun minta maaf tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. 

cx suka observe orang sekeliling tau, apa yang baik, cx ambil .. yang kurang baik, cx renungkan menjadi contoh tauladan untuk cx perbaiki diri cx sendiri.  lately, cx terperasan sesuatu kepada generasi-X .. tahu atau tidak generasi X itu siapa? if tidak tahu, pergi google .. terima kasih :p .. okaylah, apa yang cx perasan adalah mereka ini suka bersedekah tetapi dalam masa yang sama, mereka taknak ketinggalan untuk bagitahu bahawa itu adalah pemberian mereka .. contohnya :

credit : google
X : husband aku bagi RM5 sahaja untuk bagi pada kenduri kahwin .. 
aku tambahkan duit aku lagi RM5 .. segan pula aku bila orang tahu aku bagi RM5 .. 

Y : tak payahlah tulis nama dekat sampul berisi duit itu.. 
tidaklah mereka tahu .. kita bagi ikut ikhlas kita sahaja, takkanlah mereka nak cakap 'RM5 je bagi?' 
*nada menyuntik tapi beralas

X : aku dah tulis nama dekat sampul ni.. ada nama husband aku .. 
takkan aku nak bagi RM5 sahaja? malulah ..

daripada dialog diatas, apa yang korunk boleh simpulkan? nampak tak apa yang cuba cx sampaikan? marilah sama-sama kita bedoa agar kita tidak tergolong dalam golongan sebegini. insyaAllah amin.

ikhlaskanlah pemberian kerna Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, November 5, 2012

Pengorbanan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen daripada poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. “Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. 

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”  Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. 

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, ”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” “Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak. “Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu .. lalu berkata .. bersambung

hargailah pengorbanan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, November 4, 2012

Sayangku

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sayangku,

Hadirmu Tanpa Ku Duga
Tidak Ku Tahu Akan RencanaNya
Tidak Ku Sangka Pertemuan Kita Besar Ertinya

Saat Pertama Kali Bertentangan Mata
Hatiku Mula Berbisik Bercerita
Bukan Tentang Mereka Atau Sesiapa
Tetapi Dirimu Yang Mula Hatiku Puja


Sayangku,

Walau Jauh Cuba Ku Berlari
Tetap Jua Engkau Kembali
Walau Dekad Silih Berganti
Allah Satukan Jua Empunya Hati

Tanpa Aku Menyedari
Hadirmu, Perlahan Menyinari
Di Setiap Hening Dan Pagi Dinihari

Sayangku,

Kini Aku Sedar Daripada Mimpi
Allah Kirim Engkau Menjejaki
Setiap Langkah Kaki Aku Meniti
Kini Dirimu Bertakhta Dihati

Sayangku,

Usah Kau Ragu Akan Rasa Ini
Kerna Allah Izinkan Ianya Terjadi
Antara Kita Berdua Bersatu Hati
Menyemai Cinta Ilahi Nan Abadi

InsyaAllah

Cintaku Hanya Untukmu Ns
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, November 3, 2012

Blog Review : Is It Yours?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here to meet her
blogger kali ni pun cx suka dengan header dia. betullah cakap orang kan.. your personality is first impression .. huhu, so cx sangat suka header beliau .. maybe muka fatin ni manis :) then cuba tengok motto blog beliau.. Look Exclusive, Work Effective .. memang terbaik! :) 

Mak Temah's:
lately ni, cx suka sangat blogwalking.  fokus kepada blogger yang update blog everyday .. terima kasih kepada blogger yang sudi menjadi mangsa terjahan cx. hehe. :) 

indahnya ciptaan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Menduga dan Diduga

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


dalam kita hendak menduga.. kita tak sedar sebenarnya kita yang diduga.. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.  namun, tidak semudah itu untuk meletakkan bahawa segalanya suratan takdir kerna bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.. lagi pula, Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..

dalam kehidupan yang kita inginkan selari dengan ajaran agama, kita perlu tahu tindakan apa yang perlu kita ambil supaya kita sentiasa dilandasan yang benar.  jangan biarkan malam terus kelam tanpa kehadiran sinaran lampu jalanan .. dan jangan biarkan siang terus berhujan tanpa kehadiran tempat berteduh ...

MAK TEMAH's:
jadilah umpama jarum yang sakit menyuntik tetapi didalam punyai penawar yang mengubati

sedarlah realiti sebenar
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, November 2, 2012

Blog Review : Is It Yours? :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


cx tidak mahu cakap apa-apa. cx hanya nak cakap cx suka header beliau. simple but nice. nak tahu siapakah gerangan? klik dekat header beliau yang menarik perhatian cx tu . #kbai


MAK TEMAH's:
semua orang cantik tapi kecantikan itu tak semua orang nampak kerna citarasa kita semua berbeza.. mungkin cantik dimata kita tetapi tidak mata orang lain :) *justrespect 


dimulakan dengan Bismillah
"lahirkanlah keikhlasan dihtimu"

To : My Future Imam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

creadit to google
Dear,
My Future Imam

Be my Imam for my Prayers
Be my Qari and read the Quran for me
Be the one who leads me to Allah
That's all I'm asking for

Me,
Your Future Makmum

Thank You Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Dirimu yang Tulus Mencintai

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


mengapa terus menanti yang tak sudi? 
mengapa biarkan hati terus dilukai?
mengapa berharap pada yang tak pasti?

terima saja yang ikhlas memperisteri 
yang dirimu dia peduli
malah hatinya tulus mencintai

yang kerna cintanya pada Ilahi 
melayakkan dia digelar suami

ya, 
walau dia tidak seperti putera yang diimpi

bimbinglah makmum mu ke syurgaNya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"