Tuesday, February 19, 2013

Tips Melupakan Seseorang yang Istimewa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

thanks to Mr.Google
- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.

- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.

- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.

- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.

- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.

- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.

- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.

motivasi:
 Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

bersama menanti kekasih halal
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

8 comments:

AyueJean AJ said...

Yang berlalu biarkan berlalu...
Jangan dikenang perkara yang dah lepas kan... =D

CXopportunities said...

betul tu :) 'dimana ada kemahuan, disitu ada jalan' .. insyaAllah :)

pinky_liscious said...

nice info ;)

CXopportunities said...

thanks for reading my dear

ary_lee said...

Maka dengan ini, saya ingin melontarkan pendapat saya bahawasanya saya tidak bersetuju dengan point 1,2,8 & 10. Fuh! Number fevret tu. 2810.

Kenapa?

1 - Bila buang, membazir. Jangan buang, tapi sedekah pada orang lain. Supaya dapat dioptimakan pahala. Membazir itu amalan syaitan. Tapi kalau surat cinta tu, jangan pula bagi orang lain. Cari nahas namanya. #Sambil berfikir, mana nak campak surat cinta yang penuh sensitiviti.

2 - Orang kata, Budi dibawa mati. Macam tak kenang budi je bila kenang kejahatan lebih dari kebaikan. Mentang-mentang lah orang tu tolak kita jauh dari hidup dia, kita pula dengan otomatiknya tukar label untuk dia dari lelaki budiman menjadi lelaki keji. Ish3.

8 - Adakah nak buat tak kenal bila bertentang mata? Woot woot. Mampu ke?

10 - Orang kata lagi, yang jauh dikenang. Orang lah kata. Saya tak kata apa-apa. Tak payah lah sampai nak lenyapkan terus. Takut nanti terputus konsep hamblumminannas. *Tetiba

Kesimpulan: 1000 cara pun, andai hati tak merelakan, tak akan mampu melepaskan. Eccheeeh!

CXopportunities said...

dear ary,

thanks for ur comment. this entry is just sharing from motivasi oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ..

it's not mine. totally from him.
"yang baik diambil, yg kurang baik, fikir"

sekian, terima kasih

noorazman mat zaini said...

Salam..
Nak melupakan tak jd Hal..
Tp effect tu yg mkn dalam..
Jahanam di buek nyo.. :)
Tq,nice entry for sharing..

CXopportunities said...

wslm. btl tu, but till when kite nk hadap kekecewaan kan. just try and pray, insyaallah. niat kena ikhlas dlm meredhakan semua. :)