Thursday, August 29, 2013

Beranikah Blogger Baru? #PendapatCX

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

entry kali ini lebih kepada pendapat cx terhadap entry blogger terkenal kita HASRULHASSAN yang membangkitkan isu BERANIKAH BLOGGER BARU? .. berdasarkan entry beliau, pada mulanya cx nak tinggalkan pendapat cx hanya di kotak komen beliau tetapi secara tiba-tiba komen cx itu menjadi panjang lebar. hihi, makanya tercetuslah idea untuk buat sahaja entry ini :) nak tahu apa yang diperkatakan beliau secara keseluruhannya? sila ke entry beliau :)

bila anda jejakkan diri dalam dunia blog, pertama sekali anda harus tahu apa yang perlu diceritakan dan apa yang tidak perlu dihebahka. manusia ada pelbagai rasa, sikap, pendapat, cara, ragam, tabiat, kesukaan dan kejelekkan. dan manusia-manusia ini akan menjadi pengunjung dan pembaca blog anda - HasrulHassan.Com

buat blog memang ada yang untuk suka-suka, sekadar hobi. tetapi harus ingat, nasib malang bukan memilih orang. ia datang tanpa bau dan rasa. sesiapa pun boleh hadapinya. - HasrulHassan.Com

TEPAT SEKALI. sokong sangat. apa yang penting bg cx, niat awal untuk berblogging mestilah diperbetulkan. jika niat kita betul, insyaAllah tindakan kita turut seiring. :) jangan sekadar ikut trend, nak famous, nak jadi ohsem and etc. blogging ini umpama kita mengumpul site income pahala kita di akhirat kelak. jika betul jalan kita, insyaAllah. 

kita kena ingat bahawa setiap tindakan kita akan dicatit oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir. jika apa yang kita kongsikan tidak betul, pembaca membaca dan segala tokok tambah cerita terjadi melalui entry kita, ianya boleh menimbulkan fitnah. makanya, berhati-hatilah disetiap perkongsian kita semoga sentiasa bermanfaat buat semua pembaca. ingatlah, jika kita mati nanti, apa yang boleh dikira sebagai pembantu kita di alam sana nanti? fikir-fikirkanlah, renungkanlah dan selamat beramal. :)

bercakap perlu ada ilmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

akmaL said...

sgt setuju entry ni..ramai kurg perasan blog ni boleh buat jadi side income pahala kita selagi bnda yang kita share tu bermanfaatkan kepada org lain kan :)

CXopportunities said...

tq akmal :) alhamdulillah