Friday, September 13, 2013

Andai Ini Takdirku - Kisah Benar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ini cerita tentang rakan baik saya. Isteri dia menghidapi barah payu dara, namun dia sudah mula mencari spare tyre, dapat pula pelajar muda IPTA.  Isteri dia terpaksa membuang sebelah payu daranya, kawan saya sudah geli untuk bersama dengan isterinya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya berkahwin dengan isteri keduanya yang baru berusia 21 tahun.

Masa cuti Thaipusam, kawan saya bawa isteri keduanya tinggal bersama isteri pertamanya dan yang paling kejam, isteri pertamanya dipaksa keluar daripada bilik utama untuk diberi laluan kepada isteri keduanya. Kejam. Sangat Kejam! Pada mulanya saya tidak tahu juga yang kawan saya itu membawa isteri keduanya, tetapi apabila saya terdengar kecoh dari rumah sebelah, saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju isteri pertamanya daripada balkoni rumah sambil berpesan.. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

credit: Suami Isteri Bahagia Rumahtangga Sempurna
Pada 24 Januari 2003, kawan baik saya tiada di Malaysia kerana pergi berbulan madu bersama isteri keduanya di France. Mereka berlepas pada malam harinya di lapangan terbang Changi.  Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya, orang gaji kawan saya menelefon dan mengatakan bahawa isteri pertamanya mengalami sesak nafas, saya kelam kabut ke rumah sebelah untuk bawanya ke hospital. Sebelum dibawa pergi ke hospital continue here . Pada 25 Januari 2003, isteri pertama kawan saya menghembuskan nafas terakhirnya dikala suaminya pula berbulan madu bersama isteri keduanya. 
P/S : Kisah benar ini untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna".
belajarlah menghargai
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

8 comments:

Nour Adieb said...

haishhh, bikin geram pulak husband dia tu. nauzubillah

CXopportunities said...

nour: semoga mnjdi iktibar brsama. :)

Shark Kay said...

Sedihnyer..
Ada smbungan untk thn 2013?
Tensen gak kalu laki wat cmni.
Rosak kaum je.

mieza said...

sedihnye cte ni,,
mntak dijauhkan laa

Lieya Von Jay said...

kenapa lah tergamak suami dia buat mcm tu kat arwah... sedih sgt bila baca kisah ni

ArELeEz said...

jgn b'cinta hanya kerana nafsu semata2.

AyueJean AJ said...

Akak dah baca ni dah....
Sedih sangat.....
Kesian isteri pertama tu...

Norhazlina Mohd. Zaki said...

buat geram jerr...suami arwah ni pandai buat bini, pandai buat anak...bila isteri sakit...dah jadi tak berharga...apa ni?...

Emo plak...adeyy...Al fatihah untuk arwah...