Wednesday, September 11, 2013

Cara Mencerahkan Bibir Gelap

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Mr.Google

1. Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali dan mengembalikan kelembutan bibir. 

2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. 

3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah. 

4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sehingga bibir cerah kembali. 

5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap. 

6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh. 

7. Sebelum membeli gincu, anda boleh buat 'patch test' dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Paling penting adalah jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh. 

8. Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Ini kerana pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. 

9. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya. 

sumber: Yahoo.com

serlahkan kewanitaanmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

10 comments:

nanakimie said...

nak cubala yang madu tu:)

Ahmad Zarif said...

ok gak petua ni. hehe..

mirza syazwina said...

hai,yang pasal lipstick diherbs tu memang boleh hilangkan hitam dekat bibir even atas faktor keturunan pun.try la taw! memang sangat cantik.saya bibir pun tak berapa nak merah bila pakai cantik sangat3.pakai selalu benda ni pastu baru bibir nampak lagi cantik sangat.kadang-kadang nak tidur pun pakai sebab lipstick ni untuk merawat bibir jugak :)

Nour Adieb said...

nice entry :)

LYAfrina said...

as salam dik...
cuba la guna lipstik kolagen tu. insyallah.. sb bibir akak slum ni sgt2 teruk, kesan luka lps keluar icu smpai jd berparut hitam kat bibir tu + iir tlalu kring.. n smpai sekarang dah nak msuk 2 thn kot.. akak still gnakan lipstik kolagen ni. mmg ketara sgt perubahan. bibir jd merah semulajadi dah.. kesan hitam makin pudar dari hari ke hari. cuma lipstik ni sensitif skit, klo nk pakai jgn buka pnjng2, buka takat kt nak guna. maybe sbb dia dari kolagen, lipstik ni lembut sikit. klo adik tgk pic akak y terkini pon, smuanya hasil pakai lipstik kolagen..mmg xpakai lgsung lipstik lain.

Kathy Rbain said...

terbaiklah...

Nurul Hasanah Rusdi said...

Salam boleh tahu x macam mana lipstik diherbs tu? Kalau ada gambar ke n boleh tahu x boleh beli kat mana? Thankyou :)

Nurul Hasanah Rusdi said...

Salam, boleh tahu x mcm mna lipstik diherbs tu? Beli dkt mna ya?

Nurul Hasanah Rusdi said...

Salam akak, boleh tahu x macam mana rupa lipstik collagen tu? Akak beli kat mana?? N kalau ada gambar pon ok jgk :)

Anonymous said...

Nurul hasanah lipstik dherbs collagen treatment. Kotak warna silver. Pergi je mana2 kedai jamu cakap nak lipstik collagen dherbs nanti dorang tunjuk.