Monday, September 30, 2013

Keutamaan Zikir Setelah Solat Subuh

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: fb user
Diriwayatkan oleh Tirmidzi, disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan doa setiap selesai solat Subuh, dan ia masih melipatkan kedua kakinya serta belum berkata-kata yang lain, iaitu doa : 

Laa Ilaaha Illa Allahu Wahdahu Laa Syarikala Lahu, Lahulmulku walahulhamdu, yuhyi wayumitu, wahuwa 'ala kulli syai'in qodiir..

Sebanyak 10 kali, maka Allah tuliskan baginya 10 kebaikan dan menghapus darinya 10 keburukan, mengangkat derajatnya sebanyak 10 darjat, dan pada hari itu ia berada di dalam perlindungan daripada setiap perkara tidak mengenakkan dan dijaga dari syaitan. Tidak ada yang boleh membinasakannya hari itu selain perbuatan syirik kepada Allah.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi (no.3811) kitab ad-Da'awat

jadikan amalan setiap kebaikan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

salam kenal...dah klik $$$

Lieya Von Jay said...

besar nya ganjaran yang diterima TQ share :)