Friday, September 13, 2013

Muda-Mudinya Para Blogger :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua. semalam sebelum tidur, cx menjalankan rutin harian sebagai seorang blogger. apalagi kalau bukan blogwalking kan? atau singkatannya BW. :) melalui bw tersebut, apa yang sempat cx perhati adalah berkaitan para blogger sendiri. bukan cx perhati apa pun, cuma usia para blogger kita sekarang ini.

sepanjang cx berblog, pelbagai jenis blogger cx jumpa. pelbagai versi cerita cx baca untuk satu topik yang sama. kita manusia punyai pendapat yang berbeza, makanya olahan jua punyai irama tersendiri. cuma yang menjadi pengamatan terdekat cx kali ini adalah usia mereka. paling muda cx jumpa adalah adik-adik darjah enam. esok nak UPSR tapi sempat update blog malam sebelumnya. fuh! tabik springlah dik! :)

credit: Modern Muslim Plaza
tak terkecuali adik-adik PMR dan SPM. but it's okaylah sebab mereka pun dah semakin mengenali dunia walaupun sekadar dunia IT. cx memang tabik dekat adik-adik yang dah ada blog diawal usia 12 tahun. Allah! tapi tidak pelik sangatlahkan sebab adik-adik ini membesar dalam dunia IT. serba touch and go. acewah. hihi. beruntunglah adik-adik sekalian tetapi ingat, jadikan teknologi sebagai tempat ilmu. 

jika dulu, zaman cx, tiadalah semua ini. cx sendiri ada telefon bimbit ketika usia 17 tahun. itupun setelah habis SPM. itupun duit sendiri tau! :) facebook pun cx kenal masa zaman diploma. yelah, facebook baru keluar. hihi. untuk blog pula, cx mula ceburkan diri seawal usia 21 tahun. jika sekarang dah tiga tahun cx berblog. boleh agak tak usia cx berapa? hihi. okaylah, macam panjang sangat dah entry ini. even ada banyak lagi  yang cx nak celoteh disini tapi yelahkan, entry panjang-panjang orang taknak baca. kih3. #kbai

bijaklah mendidik diri
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

11 comments:

nanakimie said...

setuju sangat ayat dalam gmbr tu:) setuju jugak dengan entry ni,hee...tabik spring dekat adik2 upsr kn^-^eh kira sebaya la kita ni ye:)

Khamsi Abdullah said...

setuju ngan gambar tu.. 2008 2009 masih tak ramai..sampaikan saya pon berenti berblogging kejap. 2012..boom! terkejut dan excited tgk betapa ramainya bloggers kat Malaysia ni..y muda2 pulak tu! syabas

CXopportunities said...

nana: haha yela kot. huhu
khamsi: kan.. ramai sgt. :)

ubai ismail said...

sokong entri nie..huhu..kadang2 best baca entri adik2 yg bru nk UPSR ke PMr ke...

adalak yg bila buka blog tu..ingt dah keja..bila baca profile..laa bru sekolah menengah..

zaman berlalu..kita tk mampu nk sekat kan..huhu

Yumida Huda said...

gdluck buat adik2 yg telah menduduki upsr
aah..ramai di kalangan blogger ni terdiri drpd yg muda
zaman it yg serba canggih
moga mereka x lalai dgn adanya kemajuan ni

Nur Azwa Edora said...

hahaha , paling tak boleh belahhhh adik adik bwah kita followers beriban-riban. mak ai.. haha

CXopportunities said...

nur azwa: ahhaha tu sb diorang rjn join segmen and maybe jns yg leave komen "kite da follow awk, awk follow kite blk ye" hihihih

Nur Azwa Edora said...

mungkin kot dear. hahahaha . alalallalala macam lebih kurang jenis saya jugak ni.. ohh no.. hahahah

Norniwanie Nasarudin said...

Hehe..setuju dengan entri ni..ada juga jumpa bloggers umur 12 tahun..hee...hope pandai bahagi masa sebaiknya..:D

ArELeEz said...

leez mula b'blogging masa umur 24 thn. sekian, utk makluman.. ;)

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Cakap pasal adik adik nie...haa...memula baca tajuk GEMPAk gilerr...tengok profile..laaa..adik nie skolah lagi rupanya...mmg zaman semakin pantas maju...saya baru jer start blogging...

x0x0 ^_^