Thursday, September 12, 2013

Perkara yang Menjejaskan Kecantikan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Mr.Google
Kulit Berkilat
Terik mentari atau ruang panas dan hangat boleh membuat kulit wajah kita mengeluarkan minyak berlebihan. Agar muka tidak terlihat licin dan berkilat, korang boleh cuba lakukan kaedah ini. Sapukan pelembap yang bebas minyak pada wajah. Kemudian sapu rata bedak jenis serbuk. Bagi menambah solekan yang sudah semakin luntur, pastikan korang membuang lebihan minyak dengan menggunakan kertas minyak di wajah. Tekan kertas minyak ke atas permukaan kulit agar tidak merosakkan solekan yang sedia ada.

Lingkaran Putih Kelopak Mata
Kurang tidur boleh menyebabkan timbulnya lingkaran hitam di sekitar mata atau lebam di bawah mata. Bagi mengatasi masalah tersebut, korang boleh menggunakan concealer. Namun, pastikan korang memilih warna concealer yang sesuai dan tidak berlebihan. Jika tidak , ianya akan menyebabkan timbulnya lingkaran putih di sekeliling mata. Pastikan juga concealer tidak lebih daripada satu warna atau lebih terang daripada bedak asas atau warna kulit.

Mata Terlalu Gelap
Solekan untuk mata dengan gaya smoky eye memang menjadi pilihan mereka yang ingin kelihatan lebih seksi.  Tapi solekan mata terlalu gelap atau berat boleh menyebabkan mata nampak kecil atau sepet. Sebenarnya hitam bukanlah satu-satunya warna yang boleh dipilih untuk mengaplikasikan gaya ini.  Korang boleh gunakan warna kelabu terutamanya yang berkilat dan boleh menciptakan kesan yang sama seksinya tanpa membuat mata yang kecil.

Gigi Berlipstik
Ketika memakai lipstick korang tidak perasan ada sedikit lipstik yang terlekat pada gigi. Pastikan korang tidak merosakkan senyuman korang yang menawan dengan masalah tersebut.  Bagi mengatasinya, korang boleh sapukan lipstik pada bibir terlebih dahulu. Kemudian buang lebihan lipstik dengan menggunakan kertas minyak. Ambil tisu dan sapukan ke permukaan gigi untuk menghilang bekas lipstick yang mungkin melekat pada gigi korang. Oleskan pengilap bibir untuk menampakkan bibir korang lebih menyerlah dan bersinar.

sumber: Mingguan Wanita

hargailah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

5 comments:

Cik Anis said...

=) Bw sini^^

oligo said...

Tepi hidung dan bawah dagu sy ade blackhead...teruk jugak..mcm mane nk hilangkan???

Kin Naz said...

nice2 ^_^

CXopportunities said...

cik anis: tq dear
oligo: pakai putih telur shj dear
kin naz: tq dear

ArELeEz said...

sharing is caring. tq..