Monday, October 14, 2013

Atherosclerosis

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Atherosclerosis ini kalau korang semua nak tahu, ianya merupakan radang yang terjadi dalam pembuluh darah kita. Dia terjadi disebabkan penempelan atau kita panggil pembentukkan plak/lemak yang disebut ateromatus. Hal ini menyebabkan dinding arteri kita menjadi lebih tebal dan kurang lentur.  penyakit ini boleh terjadi kepada arteri otak, ginjal, jantung dan jaringan arteri lainnya serta lengan. 

credit: Mr.Google
Apabila penyakit ini terjadi kepada jaringan menuju otak, maka ianya boleh menyebabkan penyakit stroke yang berbahaya, sedangkan jika terjadi pada jaringan yang menuju jantung akan menyebabkan penyakit jantung atau serangan jantung. Penyebab penyakit ini adalah berkaitan dengan pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi kolestrol. Kolestrol bermanfaat bagi tubuh kita namun biarlah berpatutan dengan jumlah yang badan kita perlukan. Cx nak korang semua tahu bahawa jumlah kolestrol yang diperlukan dalam badan kita tidak boleh melebihi 200 mg per 100 ml darah.  Oleh itu, kurangkan makan makanan berlemak ya kawan-kawan semua! semoga sentiasa sihat walafiat hendaknya :) #InShaaAllah

sumber: Macam-Macam Penyakit

sayangilah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

3 comments:

Lieya Von Jay said...

bahaya yer pykit ni..

Dhia Dirham said...

alamak lemak di perut tak boleh nak sembunyikan :(

Pha Is said...

yup.. bahaya bila dah tersumbat...