Tuesday, October 8, 2013

"Cian Orang Tu Akit"

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kelmarin disaat cx teman emak buat sedikit pemeriksaan dalaman di hospital, seperti biasa, cx suka perhati gelagat orang sekeliling daripada usia seawal bayi sehinggalah selanjutnya usia. Hidup ini terlalu meluas, pelbagai ragam dan keletah kita boleh jumpa, tidak perlu mengkaji sifat manusia jauh-jauh, cukup sekiranya di Malaysia sendiri, terlalu banyak ragam manusia yang bisa terlihat tanpa dipinta.

credit: Mr. Google
apa yang menjadi perhatian cx adalah keletah anak-anak seusia setahun ke tujuh tahun.  ternyata anak-anak kecil ini terlalu mulia hati mereka.  sedang cx merayau sementara menanti emak cx jumpa pakar, cx terserempak dengan seorang ibu dan anak perempuannya dalam lingkungan usia tiga ke empat tahun. apa yang menariknya adalah, disaat anak kecil itu melintas jalan yang kebetulan disitu terdapat seorang pakcik yang tidak sedarkan diri terlantar baring di katil pesakit.

"tengok orang tu akit" sambil menuding jari ke arah pakcik yang terlantar, hampir benar dengan katil pesakit saat berdirinya si anak tadi.  Saat cx terpandangkannya dan mendengar keletahnya, cx tersenyum sendiri.  Selang dua tiga tapak ke hadapan, anak kecil tadi selisih di sebelah cx dan sekali lagi dia berkata kepada ibunya; 

"cian orang tu akit" sambil cuba menoleh kembali ke arah pakcik yang terlantar itu.  Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Sungguh mulia hati anak kecil itu.  Walaupun mereka masih kecil dan tidak mengerti masalah yang menimpa golongan dewasa, namun jauh di lubuh hati mereka, merintih sayu melihatkan keadaan disekelilingnya.  Semoga anak kecil itu menjadi pemangkin negara yang berjaya dan kekal dalam keprihatinannya serta semoga kita si dewasa, masih mampu untuk punyai sifat seperti anak kecil ini. #InShaaAllah

sucinya hatimu anak
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 comments:

Dhia Dirham said...

hati mereka bersih. mak cx sakit apa? moga cepat sihat ye :)

Shark Kay said...

Kanak2 mmg cepat blajar.
Tahu apa itu sakit.
Tahu apa itu sdih.
Harap2 knak2 dpt bimbingan terbaek dr ibubapa.
jgn jd sperti remaja skang:-(

Suria Lekatlekitgurl said...

anak kecil hatinya tulus bersih & suci.. semoga tercorak sampai besar keprihatinan dia terhadap nasib org lain

Kathy Rbain said...

alahai...tulus ikhlas kata2 yg lahir dari seorang kanak2..