Saturday, October 5, 2013

Kenapa Mesti Follow Instagram dan Twitter?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Entry kali ini agak sensitif bagi sesetengah pihak. Oleh itu, cx dahulukan dengan kata maaf dengan kalian semua. Ini sekadar pendapat cx sahaja. Tidak semua orang sama sebab different people, different acceptance and different thinking. Makanya, mungkin boleh jadi entry ini diterima atau dikritik. Sekian.

Sepanjang tempoh cx berblog, cx suka juga untuk sokong segmen rakan blogger yang anjurkan segmen, bloglist, giveaways atau sebarang jenis tajuk yang berkaitan. Lagipun, segmen ini salah satu medium yang sangat membantu blogger baru seperti cx.  Apa yang cx nak tekankan di sini adalah berkaitan dengan syarat-syarat wajib segmen yang dianjurkan. Jika dulu, seringkas boleh blogger nak bagi syarat, tetapi zaman sekarang macam syarat yang tak sepatutnya dijadikan wajib. Mungkin pada pandangan cx sahaja. Maaf sekali lagi.
credit: iOS App Icon Cookies
1. Wajib Follow Twitter
Cx tidak faham kenapa orang beriya sangat nak suruh follow twitter mereka. Mungkin masing-masing ingin menjadi famous dalam sekelip mata. Padahal di twitter, kita tidak akan sedar pun akan kewujudan followers kita punya status sebab twitter kan bukan jenis macam Facebook yang semua orang kesah sangat dengan kehidupan kita. Silap sikit, heboh satu dunia. Makanya, apakah motif suruh follow Twitter? Anyone?

2. Wajib Follow Instagram
Ini satu hal. Lagi cx tidak faham kenapa dan mengapa perlu wajibkan follow instagram? Cx minta maaflah ya kawan-kawan, ini sekadar pendapat cx. Instagram memang memaparkan gambar korang tetapi korang tidak takut ke jika orang nak khianat korang dengan gambar yang korang upload di Insta? Sedangkan sudah pun menjadi kes santau dengan menggunakan gambar. Korang tak takut ke? Beware dear. 

Cx mohon maaf sekali lagi. Setiap sesuatu ada baik dan buruknya.  Positifnya disini adalah mungkin nak dapat lebih ramai kenalan dan mungkin para blogger boleh menjadi lebih rapat dengan menggunakan medium tersebut. Semoga terlaksana ukhuwah Fisabilillah.  In Shaa Allah.  Pada cx, blogging is just for sharing information or anything that can benefit others and us, not more than that, meaning here is cx tidak libatkan peribadi cx kepada umum. Di awal cx nak ceburi dunia blog ini, cx dah tetapkan matlamat, blog cx biar dikenali dengan penulisan. Bukan apa, pada cx, yang penting ilmu itu sendiri. 

Cx's FootNotes: 
Jika kita terlalu show off hal peribadi kita seperti gambar, location kita berada, apa kita buat dan sebagainya kepada umum, ianya boleh mendatangkan fitnah dan keburukan kepada kita. Ingatlah, dunia ini berbagai ragam manusia ada, jika sejuta orang menyukai kita, kita perlu sedar, akan ada terselitnya seorang yang tidak suka akan kita. Berhati-hatilah. Sekadar peringatan bersama. Maaf sekali lagi. 

Mohon Maaf Semua
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

5 comments:

Kin Naz said...

betul tu cx, saya setuju dengan cx. ^_^

nur hannis mohamad said...

yup betul 2 hannis pun pkr mcm cx pkr bukan semua org suka kita kan ? apepun pandai2 la kan... dunia skang ni macam2.....

Kathy Rbain said...

kathy tak ada akaun insta..twitter pun tak aktif...

Teena Tna said...

Saya takde akaun twitter mahupun insta...hehe

Dhia Dirham said...

apa pun yang kita lakukan biar la besederhana