Monday, October 7, 2013

Seorang Kawan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua, terlalu banyak yang ingin cx kongsikan dengan kalian hari ini.  memandangkan cx teman mak pergi hospital, makanya macam-macam ragam manusia yang cx dapat lihat. almaklum, antara tempat yang paling ramai kelibat manusia adalah di hospital. selain di sekolah dan pusat membeli belah. hihi

situasi yang cx lihat di hospital tengahari kelmarin adalah berkaitan dua anak kecil yang sedang  bermain di taman permainan yang disediakan oleh pihak hospital.  apa yang menarik perhatian cx adalah perbezaan agama dan bangsa mereka.  seorangnya adalah melayu dan seorang lagi india.  mereka bermain berdua daripada jongkang-jongkit kepada gelongsor.

credit: Xperia Miro - nampak tak dua orang budak tu? merekalah watak utama entry cx ni. hihi
di awal pemerhatian cx, mereka nampak seperti anak kecil yang lain namun setelah cx perhati gelagat mereka dengan lebih lama, Subhanallah. sangat mencuit hati. mereka berkomunikasi dalam dua bahasa yang berbeza. mereka tetap faham antara satu sama lain walaupun sebenarnya mereka tidak pernah kenal dan tidak tahu serta tidak faham untuk menggunakan bahasa selain bahasa mereka. tersenyum cx melihat keletah mereka yang bersahaja itu.  cx perhati juga sekeliling mencari ibu bapa mereka, ternyata ibu anak india itu tertawa kecil melihat keletah anaknya itu. 

sedangkan anak kecil boleh faham antara satu sama lain dengan pemahaman bahasa yang berbeza, mengapa tidak kita seorang dewasa yang boleh berkomunikasi dengan bahasa pilihan kita yang boleh difahami kedua-dua belah pihak? :) semoga bermanfaat kepada kita semua. In Shaa Allah.

indahnya tali persaudaraan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

3 comments:

Anne Nurain said...

suci nya pemikiran kanak2 tu..
diorang tak terpikir pun pasal perkauman.. :)

Dhia Dirham said...

seronoknya mereka bermain

Lieya Von Jay said...

kalau lah org dewasa pon bersikap begitu :)