Monday, November 11, 2013

Lelaki dan Kelab Malam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua. entry ringkas untuk pertemuan kali ini. lelaki, merupakan hamba Allah yang diciptakan sempurna, mampu menarik minat kaum hawa melihat dan mendekatinya. dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu .namun, mengapa lelaki itu begitu sinonim dengan kelab malam? 

jika dahulu kala, kita boleh mempercayai mereka apabila di kampung-kampung, tidak perlu kaum hawa ketakutan tatkala berjalan sendirian, dimana sahaja pergi, pasti si lelaki akan mengakui sebagai saudara mara bagi menjaga maruah mereka. namun jika di zaman sekarang? tidak semudah itu kita hendak meletakkan kepercayaan. betul kan? :) 
creadit: Mr. Google
apa yang cuba cx kupaskan di sini, melalui pendapat cx sendiri. setiap lelaki zaman sekarang, tipu jika tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam. namun tidak semua. pada cx, ianya satu langkah yang salah diambil oleh insan bernama lelaki diwaktu usia mereka muda remaja. namun demikian, kita sebagai insan bernama perempuan, tidak semudah itu untuk menjatuhkan hukuman atau meletakkan status mereka sebagai seorang lelaki yang tidak boleh dan tidak mampu untuk menjadi imam kita. 

Sila perbetulkan mindset korang semua. pada cx, semua orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup. kita sebagai orang yang mengenalinya, tiada hak untuk menghukum atau membuka aibnya kepada orang lain. jika dikatakan dulu si polan ini kaki minum, berkepit dengan perempuan seksi, tetapi kini? adakah korang tahu keadaan dia? cukuplah membuka cerita tentang orang lain. apa yang betulnya adalah doakan untuk kebaikkan mereka. mungkin dulu ya dia sebegitu tetapi sekarang? renung-renungkan dan selamat beramal :) 

setiap manusia itu mampu berubah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

3 comments:

Lieya Von Jay said...

ada betol nya kata cx tu. tapi ada gak lelaki yang memang baik dan xpernah pergi tmpat mcm tu.. :)

Pha Is said...

stuju.. raai kawan lelaki saya kat sekolah dulu perangai teruk2, tapi skrg yg dh berubah jadi huffaz pun ada...

kemey said...

btul tu..org yg nampak baek pon blom tentu baek punya