Monday, November 11, 2013

Wanita dan Kisah Silam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Jika entry sebelumnya cx kupas mengenai lelaki dan kelab malam, kali ini tentang wanita dan kisah silam. Kita hidup di dunia ini penuh dengan ceritera masing-masing. Ada yang putih dan ada yang hitam. Namun, semuanya telah berlalu apabila diperkatakan tentang 'kisah silam'.

Mengapa dikatakan wanita begitu sinonim dengan kisah silam? Kerana wanita itu diciptakan punyai harga diri yang sangat tinggi. Maruahnya sangat bernilai dimata lelaki. Mahkotanya. Semua orang inginkan yang terbaik buat hidup mereka namun, kita perlu berfikir daripada sudut yang lain juga. Masih terdapat insan yang bergelar adam itu mampu untuk menerima insan-insan yang punyai kisah silam mereka sendiri. 

creadit: Mr. Google
Pada pendapat cx, maaf jika cx berbicara tidak selari dengan apa yang korang fikirkan. Wanita yang punyai masa silam itu adalah wanita yang diuji Allah dengan ujian sedemikian. Makanya, kita tidak boleh menghukum mereka sewenangnya. Yalahkan, cuba korang fikir semula, jika mereka terbinasa hidup dengan adanya kisah silam tersendiri, Allah uji mereka sedemikian rupa, makanya mereka telah tahu nasib mereka, sedangkan kita yang sedang mencanang kehidupannya pula? Adakah kita ketahui bagaimana bentuk ujian yang Allah ingin turunkan kepada kita? Allahuakhbar! 

Kepada pemberita tidak berbayar diluar sana, cukuplah dalam mencanang aib orang lain, ingatlah, jika kita menjaga aib orang, Allah akan menjaga aib kita. Kepada wanita yang punyai kisah silam tersendiri, usahlah rebah, bangkitlah, dekatkan diri kepada Allah. Usah berserah hidup dibiar terumbang ambing umpama alang-alang dah ada kisah hitam, hendak buat apa lagi berkelakuan baik? Silap! Ambillah langkah bijak.

Cx's Says:
Allah uji kerana Allah sayang. Husnuzon :) In Shaa Allah

Tabahlah duhai hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

berdoalah...

Pha Is said...

tiada orang baik yang tak mempunyai sejarah hitam. tiada orang jahat yg tak punyai masa hadapan...
:)

Muhammad Khairuddin Lim said...

Singgah je..

ary_lee said...

Kisah silam itu akan hanya menjadi suatu kisah silam. Dan pada masa itu, tangan menepuk dahi sendiri memikirkan kebodohan diri. GagagagaXD
Poyo giler ayat.