Wednesday, December 11, 2013

'Rules' di Rumah Mertua

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! apa khabar? Sekian lama cx meninggalkan blog cx ini terbengkalai tanpa dijenguk.  Baiklah, kali ini cx kembali dengan isu-isu yang mungkin menjadi perbualan secara tidak sengaja bagi mereka-mereka yang dah berkahwin, baru berkahwin atau hendak berkahwin. Semoga bermanfaat :) InShaAllah. Rules ini untuk para wanita sahaja :) 
credit: Mr.Google
1. Jangan Malas
Ketika zaman muda mudi single mingle, bolehlah jika hendak bermalasan, tetapi apabila sudah berumahtangga, tolonglah rajinkan diri. Contohnya, jika bangun pagi, nampak dalam sinki ada pinggan dan cawan kotor, janganlah bangun terus duduk depan televisyen, teruslah bertindak membersihkan semua yang perlu. Sila ubah perangai. Lebih-lebih lagi di rumah mertua. Sehari dua bolehlahkan, sebulan setahun berikutnya? Korang pun boleh agak apakah respon adik beradik dan kedua ibu bapa pasangan?

2. Adab
Kenapa cx tekankan adab? Baiklah, cx terus bagi contoh. Jika ketika makan beramai-ramai dengan famili, tak kira dengan famili sendiri atau mertua, sekiranya mereka duduk makan di bawah, tolong jangan biadap nak duduk atas kerusi atau tempat yang lebih tinggi berbanding orang tua. Jika nenek cx, dah lama dia cubit peha cx. Kenapa? tindakan tersebut tidak berapa sopan untuk kita yang muda. Jika dah terbiasa dengan keluarga sendiri, tolong jangan buat ketika di tempat orang lain. Itu dipanggil biadap! okay? :)

3. Telefon Bimbit
Ini merupakan satu lagi hal. Jika di rumah mertua, tolonglah jangan ke hulu ke hilir bawa telefon bimbit di tangan. Letak sahaja telefon tersebut dalam bilik. Dah berkahwinkan? Nak mesej siapa lagi? Nak berlaman sosial? Tunggu malam sikit tak bolehkah? Ini tidak, bangun tidur sahaja, sudahlah tidak ringankan tulang kemas rumah basuh baju ke kan, bangun tengok tv siap pegang telefon. Tengah makan pun pegang telefon. Mak Ayah mertua ada di ruang tamu pun pegang telefon lagi. Adab kau letak mana?! Haa.. Marah sangat rasa di hati apabila ada segelintir yang melakukan sedemikian. 

Cx Pesan:
Tolonglah ya, apabila dah berkahwin, buat cara dah berkahwin. Jangan lupa, korang duduk mana dan dengan siapa. Jangan bila depan suami sahaja tunjuk sopan, beradab dan rajin. Apabila suami tiada, tunjuk belang. Berubahlah  ya. Tolong jaga sikit maruah seorang wanita, isteri, ibu dan nenek kerana kita sendiri akan merasai segala title tersebut suatu hari nanti. 

Belajarlah Beradap
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

8 comments:

nur farhana Saad said...

CX! lame tak terjah dan berblogging walking2 dalam blog ang. satu segmen je aku masuk dengan kau. btw. takkan tige jek? hehehe

TeTo YakSa said...

Ni semua pantang2 ibu mertua ni.. ahahaha..

Nurul Faiz said...

saya sokong :)

mizahhazel said...

Yeay akhirnya keluar juga pesanan2 ini. Akan diikuti.Tq.

ary_lee said...

bookmark dulu. Dah kawen,baru baca. GagagagagaXD

ilaasuhailaa said...

setuju dan mmg btol kena beradab bile dgn mentua nie..hehe

Izzul Amir said...

Ahahahaha nice one !

Bonda Qalish said...

Aku dpn suami garang, tp suami xde lg garang. Hahaha.