Sunday, February 24, 2013

Tugas Suami dan Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kaunselor : 
Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : 
Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : 
Halimah pula?

Encik Zainal : 
Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : 
Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : 
Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : 
Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : 
Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : 
Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : 
Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : 

Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : 
Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : 
Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : 
Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : 
Apa Halimah buat?

Encik Zainal : 
Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira

sumber:
Keharmonian Rumahtangga dan Keluarga Islam

bercintalah hingga ke akhir hayat
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, February 21, 2013

Antara Orang yang Didoakan Malaikat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

thanks to Mr.Google
1.Menziarahi Orang Sakit
70 ribu malaikat datang melindungi kita

2. Doakan Orang Lain Tanpa Pengetahuan
Malaikat akan aminkan doa, dan berdoa untuk kita

3. Orang yang Berwuduk Sebelum Tidur
Malaikat akan menjaga, mencatat amalan, dan malaikat extra datang mendoakan kita

4.  Orang yang Kekal Ditempat Solatnya Selepas Solat

5. Orang yang Duduk Dalam Majlis Ilmu

sumber:
Tanyalah Ustazah TV9
#Ustazah Nurhafizah

usahlah malu bertanya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, February 20, 2013

keyboard lappy rosak. bagaimana berblogging?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan, semenjak menamatkan zaman persekolahan di UiTM Kampus Bandar Melaka, macam-macam yang cx lakukan dirumah. *tak perlulah tahu ya. hehe. walaupun ramai kawan yang menyatakan mereka sudah bosan duduk dirumah sebab tiada apa yang nak dibuat, tetapi tidak cx. cx tak menang tangan kaki badan duduk rumah. macam-macam benda nak dilakukan :) insyaAllah berfaedah. 

on-screen keyboard

okaylah, kali ni nak cakap, keyboard lappy cx rosak. huhu. pada mulanya, 'space bar' rosak, tidak boleh ditekan. kemudian, apabila tekan 'b' .. keluar sekali 'n' .. apabila tekan 'z' ..keluar sekali 'x' .. then, pernah sekali 'backspace' tidak berfungsi. semua itu telah berlalu apabila cx restart lappy. tetapi kini? segala kecacatan adalah kekal! huwaaaa~ bukan kecacatan seperti diatas tetapi sebaliknya pula yang terjadi.

sekarang ni, huruf 'z' , 'v' , 'b' dan inverted comma terus menjadi cacat kekal. tidak berfungsi langsung apabila ditekan. lecehlah hai dunia pada seorang blogger macam cx ni hoii. dah restart pun masih dalam keadaan yang sama. alahai patahlah hati. apa yang cx lakukan? alternatifnya adalah, cx terpaksa guna on-screen keyboard buat sementara waktu. tiada duit nak bawak lappy pergi klinik. heehehe ..agak susah jugalah kan. dah biasa sepuluh jari menaip, tetiba ada jari yang cacat. begitulah keadaannya. kesian hidup hoii~ huhu kalian bagaimana? #kbai
cx:
kalau on-screen keyboard ni boleh jadi touch screen, kan bagus. 
huhu #berangan

setiap ujian itu ada hikmahnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, February 19, 2013

Tips Melupakan Seseorang yang Istimewa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

thanks to Mr.Google
- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.

- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.

- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.

- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.

- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.

- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.

- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.

motivasi:
 Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

bersama menanti kekasih halal
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, February 8, 2013

Moist Choc Cake, CX jual ke?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam belia. eh? haha. okay kawan-kawan, kali ni cx update simple sahaja, pada 4 Februari 2013 yang lalu, cx ada update pasal birthday kek Moist Chocolate Cake Vanilla Ice Cream .. ada yang bertanya, cx jual ke kek ni? haha. terima kasih kepada anda yang bertanya. ini jawapan cx. alhamdulillah, cx actually memang jual kek ni tapi bukan seperti itu. huhu. cuba tengok gambar dibawah.

moist choc cake
cx jual seperti ini. hehe. harga? murah sajo. ini cup kecil. if beli banyak untuk business, cx kira harga lain. :) cx bisnes kecil-kecilan sahaja. setakat tambah-tambah duit poket even duit poket memang da kering. haha. berminat ke dengan kek ni? cx tak berani nak promote beriya sebab takut tak dapat penuhi permintaan. amboi berangan. haha. cx jual setakat area melaka tengah sahaja :) okaylah, cx update entry ni pun untuk jawab persoalan pembaca. terima kasih! :)

Janji Allah itu pasti
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, February 7, 2013

Seronoknya !

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan! alhamdulillah hari ini cx sangat seronok.  tadi pagi hantar adik pergi kerja then terus singgah ke UiTM untuk ambil baucer buku RM250 ..dapat sahaja baucer didalam genggaman tangan, kepala berlegar mencari tempat untuk disinggah.  even sekadar baucer tapi ianya sangat bermanfaat.  niat dihati nak beli satu buku yang selama ini cx inginkan iaitu "memoir of Tun Dr.Mahathir Mohamad" tapi.. lain pula jadinya ..hahah. nak tahu apa yang cx beli? ini dia~

ehsan BR1M #TerimaKasih
alhamdulillah. itulah antara buku yang cx beli. tiba-tiba terbeli novel pula. hihi. padahal cx kalau baca novel, memang sangat lambat nak habis, bukan menghayati tetapi ntahlah. jika tidak lambat dalam menghabiskan pembacaan, cx akan diamkan sahaja pembacaaan itu. sebenarnya malas nak baca ..hahaha. lama sangat kisahnya pun. tapi ntah kenapa cx beli dua buah novel. layan sajo. sinopsis dia macam menarik. hehe. antara buku yang cx beli adalah:

1. Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie (RM70)
2. Keajaiban dan Keunikan Alam Jin (RM12)
3. Ketika Rohku Hanya Dapat Memandang Orang yang Dikasihi (RM18)
4. Bekalan Pengantin (RM35)
5. Yes Boss! (RM19)
6. Bini Aku Tomboy Ke? (RM19)

okaylah, even tak dapat duit belia BR1M tu, tapi cx dapat baucer buku. cx habiskan RM150 untuk kesemua buku diatas.  selalunya baucer ni cx gunakan untuk beli buku belajar tetapi memandangkan cx ni dah habis belajar, pelajar semester akhir, makanya kita manfaatkan kepada yang lain. :) lepas ni tunggu rebat RM200 pula! hehe. ohya. baucer ni ada lagi RM100. huhu. next planning la pula kan. kbai!

membaca amalan mulia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, February 6, 2013

Freshie & Pengalaman Bekerja

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! kali ini entry zomba zombi. erk. apakah itu? okay sila abaikan. hari ini cx pergi temuduga di sebuah syarikat swasta terkemuka di Melaka ni. sebelum ni dipanggil temuduga juga tetapi mereka seakan tidak jujur dengan panggilan itu. sebab apa? sebab mereka buat event untuk attract people to join them in doing business of insurance. macam itulah lebih kurang. *takyah nak tahu details sangatlah. huhu.


kali ini temuduga sesi kedua. apa yang cx cuba sampaikan adalah, setiap syarikat memerlukan seseorang yang berpengalaman untuk diambil bekerja disyarikat mereka. ya memang benar pengalaman itu penting untuk sesebuah syarikat menjadi lebih maju tetapi kenapa mereka menolak mentah-mentah kepada lepasan graduasi.  adakah itu adil? huhu. #emosi dah bercampur ni. haha.

okaylah, memang pengalaman itu penting, namun apabila semua pihak menutup peluang kepada lepasan graduasi untuk menimba ilmu dan pengalaman, how come kita nak ada pengalaman. betul? siapa yang bertanggungjawab untuk memberi kita pengalaman kalau bukan syarikat yang sedia ada. betul tak? huhu

*entry kali ini dinoktahkan dengan ayat tergantung. haha. fikir sendirilah ya.  different people, different understanding. kbai

rezeki itu janji Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, February 5, 2013

Kursus Kahwin Negeri Melaka 2012 vs 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! simple entry for my readers! a lot of people keep asking me about kursus kahwin negeri melaka for 2013. cx rasa cx dah update. tapi masih ramai yang mungkin terlepas pandang. it's okaylah, kita kadang-kadang tak perasan. okay kawan-kawan. cx tinggalkan kalian dengan link kursus yang kalian acapkali tanya pada cx. so, selamat berkursus!


membaca itu jambatan ilmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, February 4, 2013

Moist Chocolate Cake Vanilla Ice Cream

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَناارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه


holla guys. it looks delicious ha? huhu okay, today is my birthday. i've decided to make my own birthday cake .huhu so, this is my cake .. moist chocolate cake vanilla ice cream .alhamdulillah. thank you Allah for my life. 


okay guys. take care. tata~

Alhamdulillah thank you Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, February 3, 2013

Al-kisah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.


Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau... Ini bukanlah berita buruk OK. Ada lagi... Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini... Ampunilah aku ya Allah... Makbulkan hajatku ini... Jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman... Tolong ya Allah! Aminnn..."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.  Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. 

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit... HARIMAU tersebut pun berdoa,
"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!"

sumber:
Bercinta Selepas Nikah

tadahlah tangan tatkala susah dan senang
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Syurga Seorang Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hye peeps! Update kali ini merujuk kepada cerekarama tv3 tadi. siapa tengok, dia akan tahu apa yang bermain difikiran cx. Banyak pengajaran yang kita dapat daripada cerita arahan pengarah yang bernama Heykal ini.  Baiklah, antara yang cuba disampaikan nasihatnya adalah:

1. Hutang
"jika kita ada harta tapi hutang tidak dibayar, roh mereka tidak akan diangkat kelangit"

2. Suami
"memang benar syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami, tetapi suami sepatutnya menjadi seorang insan, dan bukannya syaitan"

3.Pemberian
"kita sedar pemberian kita dan bangga akannya namun kita tidak sedar dan alpa semuanya adalah pemberian dariNya" 

Mak Temah's says:
kita hidup berlandaskan ilmu dunia dan akhirat, makanya gunakan ilmu yang ada sebaiknya. jangan 'bijak' sangat kalau jadi perempuan. Islam pun perjuangkan hak seorang perempuan. renungkan~

hidup biar berpatutan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Friday, February 1, 2013

MENYUSUKAN ANAK LEBIH DARIPADA 2 TAHUN

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

♥ Soalan:

APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?

Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

credit to google
♥ Jawapan:

Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Sumber : 
Ruangan Soal Jawab Agama, Utusan Melayu (M) Bhd

setiap rencaNya pasti ada hikmah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"