Friday, May 17, 2013

Nikmat Hidup

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dunia.
Hidup ini umpama roda. 
Semua orang pun ketahui akan realitinya. 
Namun, disetiap perhentian waktu itu, terdapat perbedaan ceriteranya. 
Terkadang nyata dan terkadang tidak akan setiap detik yang terleka. 
Kehidupan amat memerlukan percaturan yang bijak dalam membentuk ceritera yang ceria. 
Namun apakan daya, takdir Tuhan yang Maha Esa terlebih dahulu tercalit setiap noktahnya.
Pusingan.
Ternyata Tuhan itu Maha Adil.
Tidak disebelah kanan, tidak juga dikirikan.
Setiap perjalanan itu diatur seindah mungkin.
Cuma kita manusia yang alpa akan kebijaksanaanNya.
Dibiar berlalu dalam leka setiap yang kita lalui seusia hidupan kita.
Lumrah.
Tidak terlepas dalam kita mempunyai cela
Terkadang nyata sedarnya, ada pula tidak nyata akannya.
Manusia.
Tanggungjawab mereka dalam membentuk keadaan sekitarnya.
Ditegur yang alpa, dibimbing pula yang terleka.
Tatkala tidak nyata, manusia jua yang memperbaikinya.
Itulah asam garam dunia yang tiada tolok bandingya.
Cx's:
:: kadang kala kita tak sedar kesilapan yang kita lakukan. dengan itu, insan disekeliling kitalah bertanggungjawab memperbetulkannya. tegurlah, dengan kasih sayang yang ada dalam dirimu, agar mesej yang ingin disampaikan dapat diterima, difahami dan diperbaiki. bukan dengan kemarahan dan herdik serta mengeji ::

tegurlah melalui hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"