Friday, June 28, 2013

Sampaikan Salam Cintaku

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! tiba-tiba rajin pula nak update blog time-time sebegini. sebenarnya tidaklah penting pun dengan entry ini tetapi sengaja cx nak kongsikan apa yang cx suka. semenjak dua menjak ini, cx macam semakin malas nak layan twitter. tetapi semakin rajin layan facebook. dan aplikasi lain yang tidak perlu kalian ketahui. hehe dan juga minggu ini, cx rajin untuk upload gambar di facebook. amboi kemain. 


okaylah, cx buat entry ini sebab lagu sampaikan salam cintaku yang asalnya dinyanyikan oleh kumpulan allycats tapi semenjak ianya dinyanyikan semula oleh adira AF, ianya semakin menjadi igauan malam cx. hahaha. pada mulanya cx dengar cover ini melalui suria.fm. kemudian cx cari video dia dan yes! cx jatuh cinta. nak tahu sebab apa? hahah sebab watak dia adalah pasangan suami isteri yang sangat cx admire. haha *okay cukup cx! kalau kalian masih belum dengar dan tengok video sampaikan salam cintaku ini, sangat dipersilakan dan dialu-alukan. cx suka dengan jalan cerita video dia. okaylah. tata! 

sampaikan salam cintaku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Solat Lima Waktu #Zohor

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

#Zohor: 13:16 waktu di Bandar Melaka

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

sumber:
JalanAkhirat

Subhanallah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Rahsia Solat Lima Waktu #Subuh

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

#Subuh : 5:43 pagi mengikut waktu solat Bandar Melaka.

Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

sumber:
JalanAkhirat
Allahuakhbar!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, June 27, 2013

Tiga Tanda Doa yang Makbul

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa khabar sahabat sekalian? semakin kurang rajin jemari cx untuk kemaskini blog ini. maaf jika menyepi. sudah lama juga cx tidak blogwalking. cx harap kalian semua sihat walafiat hendaknya. amin. okaylah, di sini cx ingin kongsikan diantara tanda doa yang makbul oleh Datuk Haji Mohd Fadillah Khamsah. InsyaAllah semoga doa kita semua dimakbulkan Allah. amin

credit : Mr.Google
1. Terasa gerun atau seram setiap kali menyebut nama Allah dan terasa diri amat kerdil serta banyak menzalimi diri kerana ingkar perintah Allah

2. Menangis ketika berdoa kerana insaf dan terlalu berharap kepada Allah.

3. Benar-benar khusyuk tatkala berdoa dan terasa tiada jurang antara diri dengan Allah serta yakin Allah perkenankan doa.

Alhamdulillah. semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Amin InsyaAllah. Sentiasalah berdoa kerna doa merupakan senjata mukmin dan Allah sangat menyukai hambaNya meminta-minta. :) 

Allah Tuhanku
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, June 26, 2013

wordless wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


kebijaksanaan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

wordless wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Indahnya Perancangan Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, June 25, 2013

Petua Rawatan Penyakit KAYAP

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai kawan-kawan, jika entry sebelumnya cx kongsikan apakah itu kayap dan pantang larangnya. kali ini cx kongsikan petua rawatan penyakit kayap. semoga yang sakit itu dapat diubati dengan izinNya. InsyaAllah. 

credit: Mr.Google
Pilihan 1: Anda ambil 10 duri pokok kekabu. Asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu itu pada bahagian kayap di anggota badan anda. Amalkan petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.

Pilihan 2: Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Pada keesokan harinya anda sudah boleh mengopek kayap itu seperti mengoyak plastik.

Pilihan 3: Asah buah delima yang tua dengan sedikit air pada bahagian belakang pasu. Sapukan airnya pada kayap

Pilihan 4: Asah putik cempedak yang masih muda di atas belakang lesung batu. Ambil airnya dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu di sekitar kayap. Amalkan selalu.

Pilihan 5: Ambil sebiji kelapa, perah santannya dan masak bersama beberapa keeping gambir. Kacau di atas api yang sederhana. Sapulah di tempat kayap sebelum tidur.

Pilihan 6: Ambil daun cili dan kapur makan dan tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Kemudian sapukan di bahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Pilihan 7: Daun delima ditumbuk halus dan campurkan dengan bedak sejuk / calamine lotion. sapukan pada bahagian yang kena kayap setiap hari. selain itu kena pantang makan. Insyaallah. kayap akan berkurangan.

sumber:
Open Minda
jagalah kebersihan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Penyakit KAYAP

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kali ini cx nak kongsikan tentang kayap. semoga entry kali ini bermanfaat buat semua. mencegah itu lebih baik daripada mengubati. InsyaAllah. sila jaga kebersihan ya kawan-kawan semua! :)

Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masalah penyakit kanser. 

Kajian membuktikan sebanyak 55% kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, 20% di bahagian muka, 15% di bahagian bawah pusat ke bawah manakala 5% berlaku di bahagian sulit dan punggung. antara petua merawat kayap adalah;

credit : Mr.Google
Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap:

1) Cepat-cepat berjumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan. Boleh juga jumpa pakar rawatan tradisional.

2) Elakkan memakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.

3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas (contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)

4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah

5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal-gatal, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal-gatal.

6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.

7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan-rakan dikhuatiri mereka akan dijngkiti pula.

8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal-gatal. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal-gatal dan goreng-goreng cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.

9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai, timun, labu)

10) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

sumber:
anihamiza
baca-blogspot
setiap penyakit ada ubatnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, June 10, 2013

Ini 'Pou' CX!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


hye semua! sebelum ini sibuk dengan candy candy crush. selain itu, cx pun layan menatang haiwan teknologi ni. senang sahaja nak jaga dia ini kan ..kalian mesti ada bela juga kan? jangan tipu! haha okaylah, cx bosan actually, so jadilah entry ntah apa-apa ini. #kbai

hidup biar senyum selalu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, June 8, 2013

Selamat Ulang Tahun ke-2 CX!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


credit to Mr.Google
hye everbody! okay, ini merupakan simple entry daripada cx.  sengaja dikemaskini supaya blog tidak merajuk. yalah kan, hari ini merupakan ulang tahun kelahiran cxopportunities. Allahuakhbar! sekejap sahaja sudah menjangkau umur dua tahun. Alhamdulillah. :) cx ingin ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi tinggal jejak di blog cx. cx minta maaf sebab semakin kurang aktif dalam mengemaskini maklumat. InsyaAllah jika ada kelapangan dan izin, cx akan update. :) okaylah. selamat malam! :) 

terima kasih Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu" 

Wednesday, June 5, 2013

Candy Crush Satu Empat Kosong

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

holla! da lama tak update entry dengan rasminya. cx sekarang dah jarang nak blogging sebab banyak benda yang perlu dilakukan. makanya, masa yang ada perlu dimanfaat sebaiknya. okaylah, kalian main game candy crush tak? siapa yang main mesti tahu tahap cabarannya. cx ni baru sahaja menjinak dengan game ni. memandangkan ada yang suruh cx main. senang nak minta ticket katenya. huhu. 


memang seronok main game ini tetapi ianya amat mengecewakan apbila berlakunya seperti yang diatas. huwaaa.. boleh sedih sepanjang ingin mencapai apa yang dipinta. fuh~ kalian yang main mesti tahu apakah perasaan yang cx rasakan. huhu okaylah, selamat berjaya kepada cx yang tak lepas-lepas lagi level satu empat kosong ini! huhu #kbai

semoga berjaya!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"