Saturday, August 31, 2013

Vertigo

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

vertigo
Vertigo bukan merupakan sebuah penyakit namun lebih kepada gejala yang mengindikasikan adanya penyakit tertentu. Setidaknya ada sekitar sepuluh penyakit yang ditandai dengan gejal vertigo. Vertigo itu sendiri adalah sensasi gerakan atau rasa gerak dari tubuh atau lingkungan sekitarnya, dapat disertai gejala lain, terutama dari jaringan otonomik akibat gangguan alat keseimbangan tubuh. Vertigo (sering juga disebut pusing berputar, atau pusing tujuh keliling) adalah kondisi di mana seseorang merasa pusing disertai berputar atau lingkungan terasa berputar walaupun badan orang tersebut sedang tidak bergerak.

Penyebab umum dari vertigo, keadaan lingkungan, obat-obatan, kelainan sirkulasi, kelainan di telinga, atau kelainan neurologis. Beberapa faktor yang menyebabkan vertigo antara lain karena serangan migren, radang pada leher, mabuk kenderaan, infeksi bakteri pada alat pendengaran dan kekurangan asupan oksigen ke otak. Penderita merasa seolah-olah dirinya bergerak atau berputar atau penderita merasakan seolah-olah benda di sekitarnya bergerak atau berputar.


Antara makanan yang perlu dicegah oleh pesakit vertigo adalah seperti daging, ikan asin, telur, santan, emping jagung, mertabak dan alkohol. makanya, sila jaga diri sebaiknya ya. :) kawal makanan anda! :)

jagalah kesihatan anda
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"


Friday, August 30, 2013

Cara Minum Air yang Baik

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! mari baca perkongsian cx kali ini. pada hari jumaat yang penuh barakah ini, semoga ianya menjadi manfaat bersama buat kita bersama dan juga semoga menjadi peringatan harian buat cx buat masa masa akan datang. InsyaAllah :)


a. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)
b. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)
c. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)

Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya. Wallahu’alam

Sabda Rasulullah SAW
“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.” [HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi]

sumber: Facebook's User
perbaikilah diri
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, August 29, 2013

Beranikah Blogger Baru? #PendapatCX

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

entry kali ini lebih kepada pendapat cx terhadap entry blogger terkenal kita HASRULHASSAN yang membangkitkan isu BERANIKAH BLOGGER BARU? .. berdasarkan entry beliau, pada mulanya cx nak tinggalkan pendapat cx hanya di kotak komen beliau tetapi secara tiba-tiba komen cx itu menjadi panjang lebar. hihi, makanya tercetuslah idea untuk buat sahaja entry ini :) nak tahu apa yang diperkatakan beliau secara keseluruhannya? sila ke entry beliau :)

bila anda jejakkan diri dalam dunia blog, pertama sekali anda harus tahu apa yang perlu diceritakan dan apa yang tidak perlu dihebahka. manusia ada pelbagai rasa, sikap, pendapat, cara, ragam, tabiat, kesukaan dan kejelekkan. dan manusia-manusia ini akan menjadi pengunjung dan pembaca blog anda - HasrulHassan.Com

buat blog memang ada yang untuk suka-suka, sekadar hobi. tetapi harus ingat, nasib malang bukan memilih orang. ia datang tanpa bau dan rasa. sesiapa pun boleh hadapinya. - HasrulHassan.Com

TEPAT SEKALI. sokong sangat. apa yang penting bg cx, niat awal untuk berblogging mestilah diperbetulkan. jika niat kita betul, insyaAllah tindakan kita turut seiring. :) jangan sekadar ikut trend, nak famous, nak jadi ohsem and etc. blogging ini umpama kita mengumpul site income pahala kita di akhirat kelak. jika betul jalan kita, insyaAllah. 

kita kena ingat bahawa setiap tindakan kita akan dicatit oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir. jika apa yang kita kongsikan tidak betul, pembaca membaca dan segala tokok tambah cerita terjadi melalui entry kita, ianya boleh menimbulkan fitnah. makanya, berhati-hatilah disetiap perkongsian kita semoga sentiasa bermanfaat buat semua pembaca. ingatlah, jika kita mati nanti, apa yang boleh dikira sebagai pembantu kita di alam sana nanti? fikir-fikirkanlah, renungkanlah dan selamat beramal. :)

bercakap perlu ada ilmu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Hello, Mr. Perfect!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hello everyone! hehe. kali ni sengaja nak share sedikit berkaitan kehidupan cx. bukan selalu pun kan. :) okay, cx actually bukan kaki novel but sometimes sahaja cx akan baca. itupun mengambil masa berbulan untuk sebuah novel dihabiskan. itupun kalau habislah. hehe. biasanya tak habis dan diabai begitu sahaja. kan cx dah cakap cx bukan kaki novel. ;p 

but for this time, cx terbeli pula novel. terbelikah? huhu. disebabkan cx pun dah habis belajar, cx pun fikir how nak penuhkan masa lapang, maka dengan itu, cx belilah novel. seumur hidup cx, kali ini baru beli novel sendiri. sekarang ada lima buah rasanya. not sure. huhu


this novel is quite best. sedikit sinopsis dimana seorang lelaki yang terlalu mengejar kesempurnaan dalam kehidupannya, Muhammad Izzul Islam. dikala adiknya Muhammad Arif Fikri dan Ainul mardhiah saling mencitai dan merancang untuk berkahwin, namun disebabkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL (walaupun mereka lelaki) memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. tiada pilihan, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Alya Adriana yang terdesak kerana hutang keluarga dengan along terpaksa menawarkan dirinya apabila RM500,000 dijadikan sebagai cagaran. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dia adalah calon yang terakhir?

okay kawan-kawan, nak tahu kesudahannya, silalah beli. heheh. harga? RM22 untuk Semenanjung dan RM25 untuk Sabah dan Sarawak :) happy reading! :) #kbai

membaca amalan mulia
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, August 28, 2013

#Aug28 WORDLESS WEDNESDAY

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


xiexie nimen!
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Kongsi Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

semenjak cx kembali aktif semula untuk update blog, cx juga mencari masa agar aktiviti biasa yang cx lakukan ketika bloggging dilakukan. alhamdulillah. step by step untuk addict semula dengan blog kesayangan :) korang macam mana? baiklah, dah baca tajuk? haaaa.. cx baca pon cx rasa macam aishlah. boleh juga isteri ada dua suami kan. 


Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

begitu sekali kan? huhu. nasib baik cx ni orang Islam. Agama yang paling cantik dan suci. Allah izinkan sesuatu dan melarang sesuatu dengan bersebab yang kukuh kenapa serta mengapa. Alhamdulillah cx rasa apabila dilahirkan sebagai hamba Allah yang dipilih lahir dalam agama Allah iaitu Islam. 

nak tahu lebih lanjut? sila klik SINI. sumber daripada Ohsenyum.com :) 

Islam itu Indah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Tuesday, August 27, 2013

7 Jenis Orang yang Didoakan Keburukan oleh Malaikat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua! sekejap sahaja dah nak habis bulan lapan ini kan? :) tak lama lagi kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 56.  teringat pula zaman sekolah bila menyambut hari kemerdekaan. kemeriahan dia masih terasa sampai sekarang :) seronok jadi pelajar sekolah. okaylah cx nak kongsi hal lain tapi bercakap hal lain. hihih. berikut adalah tujuh jenis orang yang Malaikat doakan keburukan untuk mereka.


1, Orang yang Kedekut.
"Ya Allah, hancurkan harta orang yang kedekut ini"

2. Anak yang Derhaka

3. Orang yang tidak berpuasa dan meninggal ketika tidak berpuasa

4. Orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w akan didoakan malaikat agar dilaknat Allah

5. Anak yang tidak berbakti kepada mak ayah akan didoakan oelh malaikat agar masuk neraka

6. Isteri yang ingkar kepada suami.  seluruh malaikat dilangit akan melaknat dari malam sehingga subuh jika menolak ajakan suami. Jika ingkar, akan dilaknat sehingga mendapat redha dan keampunan daripada suami.

7. Suami yang menzalimi isteri. suami seperti ini bukan mendapat keampunan melalui haji dan amal tetapi hanya dengan keampunan daripada yang dizalimi itu sendiri. 

sumber:
UstazahNurhafizah

belajarkan memaafkan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, August 26, 2013

Petua Untuk Sentiasa Dara

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye semua! sekian lama cx tidak update blog kesayangan cx ni. :) hari ini ada sedikit kerajinan untuk update. apa khabar semua? cx doakan kalian sihat belaka hendaknya. raya-raya ni, jaga diri ya :) okaylah, cx taknak membebel panjang, kali ini cx nak kongsikan petua untuk sentiasa dara. :) mesti ramai yang nak tahu kan? :)

credit: mr.google
Petua ini sangat istimewa untuk pembaca beragama Islam. petua ini sebenarnya diturunkan oleh Ustazah Dr. Fatimah Az-Zahra untuk kaum wanita menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam surah al-Waqiah. ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

cara-caranya adalah (selepas solat isya')
1. ambil segelas air
2. baca Al-Fatihah sekali
3. baca Ayatul Qursi sekali
4. baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak tujuh kali
5. tiup dalam air dan minum
6. niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga (bagi para isteri)

baiklah kawan-kawan, semoga mendapatlah apa yang dikehendaki dalam hati. yang penting niat okay. tak lupa juga, sebelum nak buat semua dan minta sesuatu kepada Allah, kita mesti patuh arahan Allah. jangan tinggal solat. InsyaAllah #Husnuzon
#abqaro : perawan yang sentiasa menjadi perawan

bersangka baiklah kepada Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click here to join together
due:
30 Ogos 2013
(2330)

begin a new life
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"