Wednesday, October 16, 2013

#Okt16 Wordless Wednesday I

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Xperia Miro
disiplin diri perlu ada
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, October 14, 2013

Kesan Negatif Akibat Malas Minum Air Putih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit: Mr. Google

1. Kekurangan air dalam tubuh badan akan menyebabkan dehidrasi.  Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, kemasukan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak menjadi kurang.  Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang, bahkan boleh mengecut.

2. Keadaan otak sendiri terdiri daripada cairan, dan ketika otak tidak mendapat kemasukan air yang cukup, akan terjadi gangguan fungsi kognitif (kepandaian) di otak.  Otak tidak boleh menjalakan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuatkan seseorang menjadi lemah, cepat lupa dan tidak fokus.

3. Dehidrasi boleh menyebakan lelah, haus, tekak kering, badan panas, sakit kepala, air kecing pekat, denyut nadi menjadi lebih laju, halusinasi dan juga kematian.

4. Kulit jadi kusam membuatkan aliran kapilari di kulit juga tidak maksimum

5. Kekurangan air putih boleh menganggu fungsi ginjal kerana air mencegah batu karang

jagalah kesihatan diri
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Atherosclerosis

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Atherosclerosis ini kalau korang semua nak tahu, ianya merupakan radang yang terjadi dalam pembuluh darah kita. Dia terjadi disebabkan penempelan atau kita panggil pembentukkan plak/lemak yang disebut ateromatus. Hal ini menyebabkan dinding arteri kita menjadi lebih tebal dan kurang lentur.  penyakit ini boleh terjadi kepada arteri otak, ginjal, jantung dan jaringan arteri lainnya serta lengan. 

credit: Mr.Google
Apabila penyakit ini terjadi kepada jaringan menuju otak, maka ianya boleh menyebabkan penyakit stroke yang berbahaya, sedangkan jika terjadi pada jaringan yang menuju jantung akan menyebabkan penyakit jantung atau serangan jantung. Penyebab penyakit ini adalah berkaitan dengan pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi kolestrol. Kolestrol bermanfaat bagi tubuh kita namun biarlah berpatutan dengan jumlah yang badan kita perlukan. Cx nak korang semua tahu bahawa jumlah kolestrol yang diperlukan dalam badan kita tidak boleh melebihi 200 mg per 100 ml darah.  Oleh itu, kurangkan makan makanan berlemak ya kawan-kawan semua! semoga sentiasa sihat walafiat hendaknya :) #InShaaAllah

sumber: Macam-Macam Penyakit

sayangilah dirimu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Sunday, October 13, 2013

Candy Crush Empat Satu Sembilan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hit to grow it up
Selamat hari minggu kawan-kawan! :) seperti biasa hari minggu bukan waktu yang sesuai untuk update blog. Hal ini disebabkan oleh ramai blogger yang pergi menyambut holiday dengan kawan-kawan, keluarga dan mungkin juga teman istimewa. :) maka dengan itu, cx kemaskini blog hari ini dengan entry candy crush saga. yeah!! #ehh.

Seperti biasalahkan, cx memang pemain tegar Candy Crush Saga ini. Namun, cx telah terkandas selama sebulan di level ini!!! Geram geram geram. Susah sangat nak lepas tau. Jika tengok gambar di atas, lagi berapa sahaja lagi nak lepas. Geram betul. Tapi tidak mengapalah, usaha tangga kejayaan kan? In Shaa Allah. Chaiyok Cx! acewah :) hihih #kbai.

Cx's Said:
hai readers, esok bersamaan Isnin 14 Oktober merupakan hari Arafah, maka dengan itu, ayuh kita berpuasa sempena hari Arafah. Besar ganjarannya. Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim) In Shaa Allah. 

Selamat Hari Minggu
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Saturday, October 12, 2013

GA October by Emas Putih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi



sokong dan cuba nasib
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hit banner

due date/time: 
18/10/2013 
2200

salam kenal
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Segmen Up-kan Follower dan Menang Hadiah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SEGMEN UP-KAN FOLLOWER DAN MENANG HADIAH


*KLIK BANNER*

Syarat-syarat penyertaan:
1. Copy paste coding dan letakkan kedalam entri anda.
2. Klik iklan untuk fiqa. [KLIK]
    *satu je pun. tak banyak. :3
3. Ikut syarat sponser:

  • Follow blog Farah
  • Like dan Share page Syafra Store di FB.
  • 4. DONE! cukup la tu kan syarat nya. so simple meh. KLIK SINI UNTUK KE SEGMEN!
    SELAMAT MENYERTAI SEGMEN DAN MENAMBAHKAN FOLLOWER!

    Due Date Segment:
    a week, from 11/10/2013 to 16/10/2013 (any changes will be inform later)

    semoga berjaya
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Segmen Topup 24 Jam Aku Jejari Comel

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    hit banner

    Segmen ini akan berlangsung selama 24 jam sahaja mulai pada jam ini. 
    So besok pada pukul 2.40 PAGI ( 24 jam ) bertarikh 13 OKTOBER 2013 akan TAMAT.

    semoga ada rezeki
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Friday, October 11, 2013

    10 Rahsia Kekal Muda

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    apa khabar semua pembaca? minggu lepas cx jarang kemaskini blog, kerana banyak hal yang perlu cx uruskan sehingga tiada masa yang sesuai untuk mengadap blog. idea banyak tetapi tak sempat nak kemaskini.  semua idea yang terlintas di fikiran cx pada bila-bila masa, cx akan update di notes telefon terlebih dahulu. Alhamdulillah. tak membazir idea orang kata kan :) entry hari ini biarlah cx kongsikan rahsia kekal muda. semoga bermanfaat In Shaa Allah. 

    credit: Mr.Google
    1. Menjaga Solat dan membaca Al-Quran 
    2. Berzikir
    3. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'
    4. Ikhlas melakukan kebaikan Lillahi Taala
    5. Hadapi tekanan dengan istighfar dan ketenangan
    6. Jauhi zina, umpatan dan fitnah
    7. Makan makanan yang halal dan tidak mudharat
    8. Menjaga pandangan mata
    9. Cukup tidur
    10. Jauhi dendam

    amalkan amalan yang sihat
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Ayat Amalan Elak Sihir dan Jin

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    salam jumaat kawan-kawan semua! :) kali ini cx nak kongsikan ayat-ayat yang menjadi amalan bagi mengelakkan sihir dan jin.  perkongsian ini cx dapat daripada rakan facebook cx sendiri yang mendapatkan ayat ini ketika menonton Al-Kuliyyah yang mengupas tajuk tentan sihir dan jin. semoga bermanfaat.

    credit: Mr. Google

    1. Surah Al-Fatihah
    2. Ayat Kursi
    3. Surah Al-Furqan ayat 23
    4. Banyakkan Solat Tahajjud 
    - In Shaa Allah gangguan sihir dan jin tidak akan pernah datang kepada kita

    mencegah itu lebih baik daripada merawat
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Thursday, October 10, 2013

    MERAWAT HATI YANG SAKIT

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    credit: Mr. Google
    1. Jaga solat lima waktu dan perbanyakkan solat sunat.
    2. Lakukan solat taubat setiap hari dan istighfar minimum 70 kali sehari
    3. Baca Al-Quran dan hayati maknanya setiap hari
    4. Bersangka baik dan maafkan semua orang sebelum tidur
    5. Menangis  insaf akan dosa-dosa yang lalu
    6. Berbuat baik kepada ibubapa dan mohon doa daripada ibubapa
    7. Berpuasa sekerap mungkin
    8. Berdamping dgn orang-orang soleh dan alim ulama'
    9. Jauhi orang-orang yang sakit hati atau busuk hati agar terhindar aura negatif
    10. Doa sungguh-sungguh untuk murnikan hati, terutama semasa Qiamullail
    11. Ziarah orang miskin, anak yatim, rumah orang tua atau rumah ahli keluarga
    12. Masuk majlis ilmu di masjid atau surau atau kelas agama
    13. Zikrullah dan banyakkan berselawat atas Nabi SAW
    14. Sedekah kepada golongan yang miskin
    15. Sentiasa ingat tentang kematian-- mana tahu kita mati hari ini!
    16. Pastikan kita makan benda yg benar-benar halal dan baik
    17. Lakukan usha dakwah setakat kemampuan

    sumber: DHMFK

    Moga Allah rawat hati kita 
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Wednesday, October 9, 2013

    #Okt09 Wordless Wednesday II

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


    Didik Diri
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    CX Dapat Hadiah!

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    terima kasih daun keladi
    Alhamdulillah. Selama cx berblogging, cx jarang dapat hadiah. Orang kata belum rezeki. :) Ini kali pertama cx dapat hadiah untuk segmen yang cx join. Alhamdulillah. Selalunya tak pernah nak lekat kalau sertai apa-apa pun dekat dunia blog ni. hahaha. I am not a lucky person. Maybe :)

    Cx nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur Segmen Follow Me by Salamah Ishak. Mungkin kali ini rezeki untuk cx. Alhamdulillah. Anyway, cx suka sangat gelang kaki tu. favourite color cx. hihi. Thanks a lot dear for this! :) 

    Alhamdulillah
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    #Okt09 Wordless Wednesday I

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


    senyumlah selalu
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Tuesday, October 8, 2013

    my first GA - fsr

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    hit banner
    hadiah GA :
    -- ball pen and keychain (from korea)
    -- pen (from korea)
    -- magnetic memo holder (from korea)
    -- perfume (from saudi)
    -- topup rm5

    due: 31/10/2013

    semoga ada rezeki
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    1st Giveaway by Miss Fluffy

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    hit banner

    Senarai Hadiah:
    1 x Set Wangian Mini Pack Scarf Perfume bernilai RM37
    1 x Pallazo Pant
    2 x Pashmina
    1 x Set Pencuci Muka & Mask Daiso Japan
    3 x 5 keping Shiseido Mask setiap seorang
    2 x Topup RM5 setiap seorang

    due: 27/10/2013

    semoga ada rezeki
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    "Cian Orang Tu Akit"

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    kelmarin disaat cx teman emak buat sedikit pemeriksaan dalaman di hospital, seperti biasa, cx suka perhati gelagat orang sekeliling daripada usia seawal bayi sehinggalah selanjutnya usia. Hidup ini terlalu meluas, pelbagai ragam dan keletah kita boleh jumpa, tidak perlu mengkaji sifat manusia jauh-jauh, cukup sekiranya di Malaysia sendiri, terlalu banyak ragam manusia yang bisa terlihat tanpa dipinta.

    credit: Mr. Google
    apa yang menjadi perhatian cx adalah keletah anak-anak seusia setahun ke tujuh tahun.  ternyata anak-anak kecil ini terlalu mulia hati mereka.  sedang cx merayau sementara menanti emak cx jumpa pakar, cx terserempak dengan seorang ibu dan anak perempuannya dalam lingkungan usia tiga ke empat tahun. apa yang menariknya adalah, disaat anak kecil itu melintas jalan yang kebetulan disitu terdapat seorang pakcik yang tidak sedarkan diri terlantar baring di katil pesakit.

    "tengok orang tu akit" sambil menuding jari ke arah pakcik yang terlantar, hampir benar dengan katil pesakit saat berdirinya si anak tadi.  Saat cx terpandangkannya dan mendengar keletahnya, cx tersenyum sendiri.  Selang dua tiga tapak ke hadapan, anak kecil tadi selisih di sebelah cx dan sekali lagi dia berkata kepada ibunya; 

    "cian orang tu akit" sambil cuba menoleh kembali ke arah pakcik yang terlantar itu.  Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Sungguh mulia hati anak kecil itu.  Walaupun mereka masih kecil dan tidak mengerti masalah yang menimpa golongan dewasa, namun jauh di lubuh hati mereka, merintih sayu melihatkan keadaan disekelilingnya.  Semoga anak kecil itu menjadi pemangkin negara yang berjaya dan kekal dalam keprihatinannya serta semoga kita si dewasa, masih mampu untuk punyai sifat seperti anak kecil ini. #InShaaAllah

    sucinya hatimu anak
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Enam Jenis Mata yang Dibenci Allah

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Salam sejahtera kawan-kawan sekalian. semoga sihat hendaknya ya :) walau dimana jua kita berada, jangan lupa sentiasa memohon perlindungan daripada Allah. baiklah, entry kali ini cx nak kongsikan enam jenis mata yang dibenci oleh Allah. makanya, semoga kita dapat pelihara setiap anugerah yang Allah berikan kepada kita. In Shaa Allah

    credit: Mr. Google

    1. Mata yang suka melihat hal-hal yang haram
    2. mata yang senantiasa suka melihat kesalahan orang lain
    3. mata yang tidak pandai mengambil pelajaran atas apa yang dilihatnya
    4. Mata yang dimiliki oleh golongan yang suka hasad (dengki) kepada orang lain.
    5. Mata yang selalu mencari-cari kesempatan untuk melihat hal-hal yang tidak  baik
    6. mata yang membesarkan (menyombong) dirinya daripada kekuasaan Allah.

    Cx's pray:
    Ya Allah, Sekirannya kami termasuk daripada yang sedemikian, maka ampunilah dosa-dosa kami. Rahmatilah kami dengan kasih sayangMu Ya Rabb. Dan jauhkanlah kami daripada golongan yang sedemikian. Amin. #InShaaAllah

    ampuni kami Ya Allah
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Monday, October 7, 2013

    Seorang Kawan

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    hai semua, terlalu banyak yang ingin cx kongsikan dengan kalian hari ini.  memandangkan cx teman mak pergi hospital, makanya macam-macam ragam manusia yang cx dapat lihat. almaklum, antara tempat yang paling ramai kelibat manusia adalah di hospital. selain di sekolah dan pusat membeli belah. hihi

    situasi yang cx lihat di hospital tengahari kelmarin adalah berkaitan dua anak kecil yang sedang  bermain di taman permainan yang disediakan oleh pihak hospital.  apa yang menarik perhatian cx adalah perbezaan agama dan bangsa mereka.  seorangnya adalah melayu dan seorang lagi india.  mereka bermain berdua daripada jongkang-jongkit kepada gelongsor.

    credit: Xperia Miro - nampak tak dua orang budak tu? merekalah watak utama entry cx ni. hihi
    di awal pemerhatian cx, mereka nampak seperti anak kecil yang lain namun setelah cx perhati gelagat mereka dengan lebih lama, Subhanallah. sangat mencuit hati. mereka berkomunikasi dalam dua bahasa yang berbeza. mereka tetap faham antara satu sama lain walaupun sebenarnya mereka tidak pernah kenal dan tidak tahu serta tidak faham untuk menggunakan bahasa selain bahasa mereka. tersenyum cx melihat keletah mereka yang bersahaja itu.  cx perhati juga sekeliling mencari ibu bapa mereka, ternyata ibu anak india itu tertawa kecil melihat keletah anaknya itu. 

    sedangkan anak kecil boleh faham antara satu sama lain dengan pemahaman bahasa yang berbeza, mengapa tidak kita seorang dewasa yang boleh berkomunikasi dengan bahasa pilihan kita yang boleh difahami kedua-dua belah pihak? :) semoga bermanfaat kepada kita semua. In Shaa Allah.

    indahnya tali persaudaraan
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Segmen 'Kami Kembar Kami Geng'

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    hit banner
    [ 4 February ]

    semoga ada rezeki
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Hati-hati dengan Pemberi Risalah

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    entry kali ini cx nak korang semua tahu dan sedar agar sentiasa berhati-hati di dunia zaman kini.  Terdapat pelbagai jenayah yang dilakukan tetapi kita tidak sedar akannya. Kali ini adalah jenayah yang melibatkan seorang pemberi risalah kepada orang ramai.  Memang kebiasaankan kita menerima sebarang jenis risalah. Sila berhati-hati! Namun, tidak semua pemberi risalah itu adalah penjenayah. Jangan nak typical malay sangat. Maaf ya. 

    perhatikan bulatan merah. 
    Jika korang perhatikan gambar di atas, dalam bulatan merah itu adalah telefon bimbit yang dibiarkan di atas meja.  Korang mesti selalu abaikan telefon di atas mejakan? Jangan tipu! Selepas ini, sila berhati-hati okay. Jenayah sekarang ini macam-macam, penjenayah sekarang semakin licik. 

    perhatikan bulatan merah
    Korang nampak tidak telefon bimbit perempuan itu telah tiada di atas meja? Nampak tidak telefon tersebut ada ditangan lelaki terbabit? Baiklah, jika ingin tengok dengan lebih jelas, cx lampirkan video kejadian ini. sila klik SINI. Jangan risau, cx tak gunakan tepu helah klik untuk dapatkan duit tidak halal. Maaf. 

    sila berhati-hati
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Sunday, October 6, 2013

    Jangan Sesekali Tolong Pegang Botol Air Orang lain di Airport!

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    hai semua! selamat sejahtera. Cx nak kongsikan perkara ini supaya semua orang sedar akannya. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya dan mungkin juga langsung tidak ketahuinya. Maka itu, sila ambil perhatian! Mengapa dan Kenapa. Walaupun di Malaysia tidak membenarkan bawa masuk air, mungkin tidak di negara lain. Sila sebarkan kepada semua. Terima Kasih. 

    botol minuman harian
    Botol di atas nampak seperti biasa namun, menurut seorang pegawai yang berkhidmat di Airport, beliau menasihatkan kepada orang ramai agar berhati-hati. Tidak kira apa pun keadaan untuk botol itu berada di tangan anda samaada beli sendiri atau diberi orang atau disuruh pegang sekejap. Tidak kira jua keadaan orang yang memberikannya kepada anda, samaada orang lanjut usia atau perempuan mengandung sekalipun, anda boleh ditangkap atas tuduhan membawa atau memiliki kokain atau dadah bersama anda!

    dadah yang diletakkan dalam botol yang telah diubahsuai.
    Jika korang nak tengok video yang dilampirkan, korang boleh klik di SINI. *link ini bukan link haram suruh klik buka iklan nak dapatkan duit okay. Sekian. Sumber: Kastam Amerika Syarikat

    berwaspadalah semua
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Saturday, October 5, 2013

    Kenapa Mesti Follow Instagram dan Twitter?

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Hai semua. Entry kali ini agak sensitif bagi sesetengah pihak. Oleh itu, cx dahulukan dengan kata maaf dengan kalian semua. Ini sekadar pendapat cx sahaja. Tidak semua orang sama sebab different people, different acceptance and different thinking. Makanya, mungkin boleh jadi entry ini diterima atau dikritik. Sekian.

    Sepanjang tempoh cx berblog, cx suka juga untuk sokong segmen rakan blogger yang anjurkan segmen, bloglist, giveaways atau sebarang jenis tajuk yang berkaitan. Lagipun, segmen ini salah satu medium yang sangat membantu blogger baru seperti cx.  Apa yang cx nak tekankan di sini adalah berkaitan dengan syarat-syarat wajib segmen yang dianjurkan. Jika dulu, seringkas boleh blogger nak bagi syarat, tetapi zaman sekarang macam syarat yang tak sepatutnya dijadikan wajib. Mungkin pada pandangan cx sahaja. Maaf sekali lagi.
    credit: iOS App Icon Cookies
    1. Wajib Follow Twitter
    Cx tidak faham kenapa orang beriya sangat nak suruh follow twitter mereka. Mungkin masing-masing ingin menjadi famous dalam sekelip mata. Padahal di twitter, kita tidak akan sedar pun akan kewujudan followers kita punya status sebab twitter kan bukan jenis macam Facebook yang semua orang kesah sangat dengan kehidupan kita. Silap sikit, heboh satu dunia. Makanya, apakah motif suruh follow Twitter? Anyone?

    2. Wajib Follow Instagram
    Ini satu hal. Lagi cx tidak faham kenapa dan mengapa perlu wajibkan follow instagram? Cx minta maaflah ya kawan-kawan, ini sekadar pendapat cx. Instagram memang memaparkan gambar korang tetapi korang tidak takut ke jika orang nak khianat korang dengan gambar yang korang upload di Insta? Sedangkan sudah pun menjadi kes santau dengan menggunakan gambar. Korang tak takut ke? Beware dear. 

    Cx mohon maaf sekali lagi. Setiap sesuatu ada baik dan buruknya.  Positifnya disini adalah mungkin nak dapat lebih ramai kenalan dan mungkin para blogger boleh menjadi lebih rapat dengan menggunakan medium tersebut. Semoga terlaksana ukhuwah Fisabilillah.  In Shaa Allah.  Pada cx, blogging is just for sharing information or anything that can benefit others and us, not more than that, meaning here is cx tidak libatkan peribadi cx kepada umum. Di awal cx nak ceburi dunia blog ini, cx dah tetapkan matlamat, blog cx biar dikenali dengan penulisan. Bukan apa, pada cx, yang penting ilmu itu sendiri. 

    Cx's FootNotes: 
    Jika kita terlalu show off hal peribadi kita seperti gambar, location kita berada, apa kita buat dan sebagainya kepada umum, ianya boleh mendatangkan fitnah dan keburukan kepada kita. Ingatlah, dunia ini berbagai ragam manusia ada, jika sejuta orang menyukai kita, kita perlu sedar, akan ada terselitnya seorang yang tidak suka akan kita. Berhati-hatilah. Sekadar peringatan bersama. Maaf sekali lagi. 

    Mohon Maaf Semua
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    MIni Giveaway by Wada

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


    Mini Giveaway By Wada
    Bermula pada 1 Oktober 2013 - 7 Oktober 2013
    sila klik banner untuk join :)

    *tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu*
    *untung sabut timbul, untung batu tenggelam*

    selamat bersegmen
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Wednesday, October 2, 2013

    limbă

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    credit: Mr.Google
    limbă atau dalam erti kata Malaysianya adalah bahasa, limbă merupakan bahasa Romanian. Seperti yang kita ketahui, bahasa itu melambangkan bangsa, maka perlulah kita menitikberatkannya. agama Islam kita pun tidak mengajar kita untuk berbahasa seperti ini. sedangkan Nabi saw juga menggunakan bahasa yang lebih halus dan sedap didengar tidak kira apa jua keadaan.

    Hey Perempuan! Mana kau pergi?!
    Hey B**i! C*l**a kau! 

    daripada ayat di atas, apa yang boleh kalian simpulkan? haa, kawan-kawan, bahasa yang digunakan oleh kita melambangkan siapa diri kita yang sebenar, bagaimana perilaku kita.  memang betul don't judge a book by it's cover tetapi ini lebih kepada 'first impression' yang kita tunjukkan atau tanda perkenalan kita kepada orang sekeliling kita. 

    maka dengan itu, berhati-hatilah jika kalian gemar mencarut, cubalah ubah.  lebih-lebih lagi perempuan. tidak elok jika perempuan mencarut dan mengeluarkan bahasa kesat.  sebagai perempuan, kita umpama guru di Musollah, jika kita telah menunjukkan perilaku yang kurang baik, bagaimana pula dengan anak didik di Musollah tersebut?  renung-renungkan dan selamat beramal #InShaaAllah

    Mak Temah's Says:
    entry ini tiada kaitan antara yang hidup mahupun mereka yang telah pergi menghadap Ilahi. Sekian.

    indah bahasa itu pekerti
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    click banner
    mengisi masa lapang
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

    Minions Mini Segmen

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    click banner
    TARIKH PENTING
    1 Okt - Segmen Bermula 
    5 Okt - Segmen Tamat [ 2.00 P.M. ]
    5 Okt - Pemenang Diumumkan [ 5.00 P.M. ]
    5 Okt hingga 10 Okt - Tarikh Claim Hadiah

    semoga ada rezeki :)
    "lahirkanlah keikhlasan dihatimu"