Wednesday, November 13, 2013

#Nov13 Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click to grow it up :) read from the below

dunia hanya sementara
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Monday, November 11, 2013

Wanita dan Kisah Silam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Jika entry sebelumnya cx kupas mengenai lelaki dan kelab malam, kali ini tentang wanita dan kisah silam. Kita hidup di dunia ini penuh dengan ceritera masing-masing. Ada yang putih dan ada yang hitam. Namun, semuanya telah berlalu apabila diperkatakan tentang 'kisah silam'.

Mengapa dikatakan wanita begitu sinonim dengan kisah silam? Kerana wanita itu diciptakan punyai harga diri yang sangat tinggi. Maruahnya sangat bernilai dimata lelaki. Mahkotanya. Semua orang inginkan yang terbaik buat hidup mereka namun, kita perlu berfikir daripada sudut yang lain juga. Masih terdapat insan yang bergelar adam itu mampu untuk menerima insan-insan yang punyai kisah silam mereka sendiri. 

creadit: Mr. Google
Pada pendapat cx, maaf jika cx berbicara tidak selari dengan apa yang korang fikirkan. Wanita yang punyai masa silam itu adalah wanita yang diuji Allah dengan ujian sedemikian. Makanya, kita tidak boleh menghukum mereka sewenangnya. Yalahkan, cuba korang fikir semula, jika mereka terbinasa hidup dengan adanya kisah silam tersendiri, Allah uji mereka sedemikian rupa, makanya mereka telah tahu nasib mereka, sedangkan kita yang sedang mencanang kehidupannya pula? Adakah kita ketahui bagaimana bentuk ujian yang Allah ingin turunkan kepada kita? Allahuakhbar! 

Kepada pemberita tidak berbayar diluar sana, cukuplah dalam mencanang aib orang lain, ingatlah, jika kita menjaga aib orang, Allah akan menjaga aib kita. Kepada wanita yang punyai kisah silam tersendiri, usahlah rebah, bangkitlah, dekatkan diri kepada Allah. Usah berserah hidup dibiar terumbang ambing umpama alang-alang dah ada kisah hitam, hendak buat apa lagi berkelakuan baik? Silap! Ambillah langkah bijak.

Cx's Says:
Allah uji kerana Allah sayang. Husnuzon :) In Shaa Allah

Tabahlah duhai hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Lelaki dan Kelab Malam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua. entry ringkas untuk pertemuan kali ini. lelaki, merupakan hamba Allah yang diciptakan sempurna, mampu menarik minat kaum hawa melihat dan mendekatinya. dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu .namun, mengapa lelaki itu begitu sinonim dengan kelab malam? 

jika dahulu kala, kita boleh mempercayai mereka apabila di kampung-kampung, tidak perlu kaum hawa ketakutan tatkala berjalan sendirian, dimana sahaja pergi, pasti si lelaki akan mengakui sebagai saudara mara bagi menjaga maruah mereka. namun jika di zaman sekarang? tidak semudah itu kita hendak meletakkan kepercayaan. betul kan? :) 
creadit: Mr. Google
apa yang cuba cx kupaskan di sini, melalui pendapat cx sendiri. setiap lelaki zaman sekarang, tipu jika tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam. namun tidak semua. pada cx, ianya satu langkah yang salah diambil oleh insan bernama lelaki diwaktu usia mereka muda remaja. namun demikian, kita sebagai insan bernama perempuan, tidak semudah itu untuk menjatuhkan hukuman atau meletakkan status mereka sebagai seorang lelaki yang tidak boleh dan tidak mampu untuk menjadi imam kita. 

Sila perbetulkan mindset korang semua. pada cx, semua orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup. kita sebagai orang yang mengenalinya, tiada hak untuk menghukum atau membuka aibnya kepada orang lain. jika dikatakan dulu si polan ini kaki minum, berkepit dengan perempuan seksi, tetapi kini? adakah korang tahu keadaan dia? cukuplah membuka cerita tentang orang lain. apa yang betulnya adalah doakan untuk kebaikkan mereka. mungkin dulu ya dia sebegitu tetapi sekarang? renung-renungkan dan selamat beramal :) 

setiap manusia itu mampu berubah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Wednesday, November 6, 2013

Hidup Beripar :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua! dah lama nampaknya cx meninggalkan blog cx ini :) cx minta maaf sebab tak dapat nak bw balik kalian semua. cx juga tak sempat nak refollow kawan-kawan yang follow cx :) cx sangat sibuk kebelakangan ini. harap cx dimaafkan ya :) 

bulan oktober sehingga disember merupakan bulan yang penuh kesibukkan bagi cx. pada bulan oktober kelmarin, cx menerima kakak ipar!! :) Alhamdulillah. akhirnya cx dapat kakak! seronok okay bila ada kakak. :) almaklumlah, cx ini seorang sahaja anak perempuan dalam famili cx. makanya bila dapat kakak, rasa sangat teruja. cx daripada kecil lagi sudah berilham, jika dapat kakak, cx nak memasak bersama. miahahah! nak tahu siapa kakak cx? no need lah. huhu

credit: Mr. Google
kelmarin kongsi resepi spaghetti, hari ini kongsi resepi popia dan nasi ayam paling mudah hendak dibuat. huhu. sangat happy! Alhamdulillah. cx juga dapat adik perempuan okay. paling menyeronokkan cx adalah, mereka semua jadi rapat dengan cx dan sangat suka memenuhi permintaan cx. muhahahah! hari itu, nak makan sushi, adik perempuan @ girlfriend adik cx belikan. sekarang nak makan popia nestum, kakak cx nak buatkan esok! miahahahah! sangat seronok. seriously! okaylah. itu sahaja nak dikongsikan. be happy okay! :) #kbai

senyum selalu :)
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"