Peranan seorang Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai semua! Alhamdulillah. Masih Allah beri keizinan kepada kita untuk bernafas dan menghirup udara segar. Okay, sebelum ini cx ada update tentang 'Rules' di Rumah Mertua. Tetapi kali ini cx nak kongsikan pula peranan sebagai seorang isteri.

1. Bangun Pagi Hari
Tidak kira ketika itu hari cuti atau kerja shift petang atau malam. Setiap pagi mesti bangun awal sebelum suami bangun. Kenapa? Supaya korang boleh sediakan sarapan untuk suami. Jika suami jenis yang tidak sarapan, at least buat air untuk seteguk dua bagi membasahkan tekak paginya itu. Jangan disebabkan cuti atau shift petang atau malam, korang suka hati tak bangun dan abaikan suami. Ingat ya kawan-kawan, di awal perkahwinan memang kononnya suami tak kisahlah, suami jenis tak sarapan langsunglah, apa-apa lagilah alasan kan. Tidak elok sebenarnya. Jika betul suami jenis tak sarapan tak boleh teguk air dipagi hari sekalipun, korang kena bangun dan hantar suami pergi kerja. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. 

Kenapa cx cakap sebegitu? Haa, lelaki memang tak kisah pada mulanya, tetapi kemudian harinya? Tiga empat tahun akan datang? Korang rasa suami korang kisah lagi tak? Ingat ya kawan-kawan semua, seorang lelaki berkahwin bukan untuk bagi isteri dia membuta terbongkang atas katil semata-mata tanpa hiraukan kebajikan suami. Maaf dengan penggunaan perkataan yang kurang enak didengar. Seorang lelaki berkahwin agar dirinya terjaga, disayangi, dimanjakan. Ingat pesan cx ini ya semua :) 

credit to Mr.Google
2. Di Rumah Saudara-Mara / Kenalan Suami
Haa, ini satu lagi perkara yang cx nak sangat tekankan. Sila jangan batang palas ya kawan-kawan. Tahu tidak apakah itu batang palas? Berikut adalah penyakit M yang sangat tinggi. Tolonglah bila jadi perempuan, jangan malas! Haa.. kan dah terkeluar perkataan itu. hahaha. Jika pergi rumah kenalan suami, tolonglah kalau korang memang batang palas dekat rumah, tolonglah jangan buat dekat rumah orang lain. Tolonglah rajinkan diri. Kalau gila mati batang palasnya itu pun, tolonglah fikir maruah suami. Orang tidak akan salahkan terus suami okay, tetapi orang salahkan ibu bapa yang mendidik anak daranya itu. Tak malu ke bila orang cakap mak bapa tak pandai didik anak dara? Kemain batang palas. *kemain banyak lagi perkataan tolong aku. boleh buat peraduan mengira perkataan tolonglah lepas ini. lalalalala

Contohnya, di rumah kenalan suami, ada tiga famili berkumpul. Terdapat tiga perempuan yang bergelar isteri iaitu A, B dan C. Bayangkan si A pergi dapur buat air or sediakan santapan untuk para tamu dan si B yang pregnant enam bulan pula yang pergi bantu dekat dapur. Sedangkan si C duduk silang panggung. Kalau taknak ikut sakitnya hati negativiti fikiran kita, kalau daripada segi logik, apa pendapat korang? Patut atau tidak? Haa, jadi perempuan biar betul-betul permpuannya ya kawan-kawan semua.

Okaylah, itu sahaja yang cx nak kongsikan. cukuplah dua perkara penting ini. Ini pun dah panjang cx membebel. Cx rasa, kalau cx dah ada anak cucu cicit nanti, mesti cx ini jenis mak atau nenek yang kuat membebel. hahahah #kbai

Jagalah akhlakmu
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

4 Comments

TelingaBulat said…
setuju sgt..sume tuh mmg benar dan benar berlaku ;)
Unknown said…
xpernah lagi la terjumpe perempuan yg dtg umah orang duk silang kaki je harap tuan rumah...kecuali tuan rumah beria x bg die ke dapur...tapi setuju la ngan pendapat awak ni..
kdg2 ade yg xbese dgn surrounding baru. tp, buleh je take time utk adapt. org sekeliling plak jgn just m'hukum. bg tunjuk ajar lebih afdal kan.. ;)
ayuzan said…
cx..ayu ritu 1st time di ruma MIL. memang jaga rules smua. nasib la ayu da biasa masak dan duk uma sendri. xla kekok sgt.