Monday, February 24, 2014

Symptom Mommy-to-be

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

holla everyone! dah lama cx tidak update blog cx kan. Almaklum sibuk dengan komitmen kehidupan. Acewah. Kali ini kedatangan cx adalah untuk berkongsi dengan korang semua tentang symptom mommy-to-be. hehe macam seronok sahaja kan? terutama kepada para isteri dan suami yang baru berkahwin. Korang yang belum kahwin pun masih boleh baca. Tiada masalah. Jadikan ianya sebagai ilmu baru. :) 

credit: Mr.Google
1. Suhu Badan Naik
Tidak semena-mena, suhu badan naik. Lebih-lebih lagi apabila bangun tidur dan di waktu malam. Hanya encik suami yang boleh memastikannya. Bagi para ibu, sudah tentu dapat merasakan suhu badan naik. Tetapi ada juga yang tidak perasan. So, para ibu bolehlah mula amalkan merekod suhu badan kalian setiap hari bagi yang merancang untuk mendapat zuriatlah ya :)

2. Demam
Sangat ketara bagi setiap bakal ibu. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba demam. Demam yang boleh ambil masa sehingga empat ke tujuh hari. Bergantung kepada badan masing-masing.. Kenapa demam? Sebab badan yang ada baby, akan wujudnya hormon berlebihan yang menyebabkan suhu badan si ibu mendadak naik tanpa amaran. Makanya, be prepared! :)

3. Mual & Loya
Ini terjadi kepada majority para ibu. Kalau tak teruk pun, sekali sekala mesti ada rasa mual dan loya. Walaupaun sesaat datangnya loya tu :) Tetapi ada juga yang sepanjang sembilan bulan itu mengadap. Bahagian masing-masing. Tapi jangan risau, doktor cakap, kalau para ibu mual dan loya, itu tandanya baby sihat. Alhamdulillah :)

4. Lapar
Haa, lapar ini bukan dibuat-buat. Lapar memang tahap gelojoh punya. Hahaha. Pantang nampak makanan, terus nak makan. Walaupun makanan still atas periuk yang baru hendak ditumis. Haha. Bau sahaja dah mendatangkan kelaparan yang membuak-buak. :) Korang bayangkan eh, bau nasi yang tengah menggelegak nak masak dalam periuk nasi pun dah terliur. Kecur.. huhu. Okay tapi ada juga yang jenis tiada selera makan. Makanya, jangan lupa ambil supplement dan ubat-ubatan yang doktor bagi ya. Much better minum susu. Baik untuk ibu dan anak :)

5. Lenguh / Kejang
Bergantung kepada badan masing-masing juga. Lenguh yang betul-betul lenguh okay. Korang bayangkan tiba-tiba nak bangun, lutut lenguh macam orang tua. Haa.. mampu kau nak berdiri cepat-cepat? fuhh. Memang lenguh. Sebegitu rupa agaknya para ibu kita yang dah berusia rasakan ya? :) hurm. Hargailah mereka. Kejang ini terjadi apabila tidur malam. Tiba-tiba sahaja tengah syok tidur, kaki kejang. Kejang yang macam apabila hari hujan yang sejuk kematu gitu. Sakitkan? Para ibu sahaja yang merasa nak oii. huhu

Okaylah. itu sahaja perkongsian cx kepada kalian semua yang merancang untuk menjadi ibu dan bapa. :) Korang sudah boleh mula perhati diri 24/7 untuk ketahui perubahan-perubahan yang ada pada badan korang. :) Ini symptom cx kah? Korang rasa? Haa, dah ada jawapan? Makanya, itulah jawapannya. lalalalala. #kbai

Jaga diri lebih sikit ya mommy :)
lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

No comments: