Wednesday, June 11, 2014

Diperbetul dan Memperbetul

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه


''Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik 
walaupun hanya sekadar senyuman"

Kehidupan kita adalah pinjaman Allah. Setiap suatu kurniaan Allah itu adalah sekadar pinjaman buat kita. Terciptanya Adam dan Hawa tidak sesempurnaNya. Kerna itu Allah ciptakan setiap hambaNya itu punyai kekurangan dan kelemahan tersendiri agar kita senantiasa beringat dan tidak mendabik dada. Tidak cukup andai mulut berbicara sekadar biasa namun hati tidak serupa yang diutara. 
''Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
Kerna terlalu agung akan pinjaman yang Allah kurniakan, kita menjadi alpa dan leka.  Tidak dijaga segala yang dikurnia sebaiknya. Terturut kata hati dan nafsu semata. Ya! Benar tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Mengapa kita ungkapkan mutiara kata sebegini dikala kita merasa rendahnya diri kita disamping berbanding sesiapa? Kerna apa? Sekadar selingan iklan yang sementara? Ingatkah kita dulunya kita khilaf dalam bertindak, dan mengapa masih kita melakukan kekhilafan kali kedua? Dalam bentuk yang berbeza? Tidak ingatkah kita akan hukuman yang Allah turunkan? 

Sudah terhantuk baru nak terngadahkah? Disaat orang lain simpan kemas rahasiamu, dimana keperimanusiaanmu dalam menjaga rahasia mereka? Dimana? Adakah kamu lupa akan dosa lampaumu itu sehingga kamu bermaharajalela mencela dan membuka aib orang ke serata dunia? Tanpa sedikit perasaan berdosa? Tiada hati dan perasaankah dirimu? Allahuakhbar!

Mengapa kamu tidak pernah terfikir akan khilafmu yang suka mencanang, membuka cela dan aib orang lain kepada orang lain? Mengapa kamu rasa diri kamu lebih baik dalam menjaga maruah orang lain sedangkan kamu menghebahkan aibnya? Allah! Pernahkah kamu melihat mereka membuka sekelumit aibmu? Pernahkah?!

Allah, Satukan Hati Kami
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

2 comments:

ArELeEz said...

pahala & amal jariah, biar Dia yg tentukn penilainya. & pintu taubat sentiasa t'buka.

ary_lee said...

"Aibmu bukan tersembunyi kerana kau pandai menyembunyikannya dan berahsia.Tapi sebab Allah mengaburkan aibmu dari pandangan mata yang lain. Lalu bersyukurlah kerana kau masih lagi diberi peluang untuk bertaubat."

- Ary Lee