Monday, June 9, 2014

Ikhlas, Redha Ketentuan Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah akhirnya cx dapat kembali memanjakan jari jemari menaip papan keyboard ini. terima kasih cx ucapkan kepada semua pembaca yang masih sudi meluangkan masa membaca coretan cx yang tidak seberapa ini. maaf jika cx tidak berkesempatan blogwalking kembali. cx sangat menghargai kalian semua. ikhlas daripada hati. :)

credit to Mr.Google
cx tidak mempunyai masa untuk blog cx sebab cx sedang dalam proses pemulihan diri. cx mengharapkan kalian semua mendoakan cx semoga cepat sembuh. cx baru lima hari melepasi hari pembedahan tempoh hari. cx percaya setiap sesuatu yang diturunkan Allah adalah ketentuan yang paling baik untuk kita. :) cx yakin dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan. 

ohya, pada 8 Jun 2014 iaitu semalam merupakan hari ulang tahun blog cx yang ketiga tahun. Alhamdulillah. bukan mudah untuk menjadi seorang blogger kerana apa yang kita tulis dan kongsikan kepada pembaca adalah merupakan tanggungjawab kita sepenuhnya dunia dan akhirat. Ingat ya kawan-kawan, Allah akan hitung setiap perkongsian kita. Jika baik, Alhamdulillah. Jika sebaliknya? Allahuakhbar! okaylah kawan-kawan, jaga diri baik-baik ya. :)

jumpa lagi!
lahirkanlah keikhlasann dihatimu

No comments: