Tuesday, July 1, 2014

Arahan Dwi Bahasa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai uols! :) Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua! :)  Selamat berpuasa! Selamat petang. :) Sebenarnya dah beberapa hari berlalu untuk cx update entry ini tetapi asyik tergendala disebabkan komitmen yang lebih penting. Terbiar sehingga ke hari ini. Akhirnya tercipta juga entry ini. Ehh!

Bahasa Inggeris
Kalau korang, lebih prefer arahan dalam bahasa mana? Bahasa English atau Bahasa Melayu? Pada cx, bergantunglah kepada jenis arahan yang hendak diberikan dan jenis penerima arahan.  Contoh, jika penerima arahan adalah warga emas yang sekolah pun ada yang habis dan ada yang tidak, adakah patut untuk kita gunakan bahasa yang mereka kurang faham? Haa. jelaskan? :)

Jika menggunakan bahasa english, ianya lebih ringkas, mudah, padat dan terus terang.  Kadang-kala orang guna bahasa english sebab ianya kedengaran lebih sopan. Tidak mengecilkan hati si penerima.  Jika menggunakan bahasa melayu, kita perlu menggunakan aksara yang betul. ehh, aksara? haha okay, bahasa melayu kita melambangkan negara kita, budaya dan agama, makanya, jika nak bagi arahan, gunakan kata-kata yang paling sopan agar penerima tidak berkecil hati atau arahan tersebut menjadi kurang enak untuk didengari. 

Bahasa Melayu
Okay, sekarang korang cuba perhatikan gambar yang cx upload.  Apa yang cuba cx sampaikan adalah, pemberi arahan perlu bijak dalam menggunakan perkataan agar arahan tersebut lebih manis, sopan dan lemak berkrim untuk sampai ke pendengaran si penerima.  Contoh, perkataan 'rogol' adalah tidak sesuai dan lebih enak jika menggunakan perkataan lain seperti 'perkosa'.  Setuju? *cx selalu perhati penggunaan perkataan ini di salah sebuah slot berita Malaysia. Sangat tidak enak didengar. Sungguh ya pun kan. Okaylah, korang bagaimana? Cx harap, apa yang cuba cx sampaikan ini, sampailah seeloknya dan harap juga tiada salah faham. :)

Ahlan Wasahlan
lahirkanalah keikhlasan dihatimu

5 comments:

MaMa MuRsYiD said...

betul jugak kannn

ArELeEz said...

english vs bm. hmm.. dua2 pun bollehh..!

Mime MF said...

haha..err betul gak kan..perlu pandai guna perkataan..kalau tak kedengaran kasar @ lucu plak..

Mimi Azirah said...

kan...kdg kdg nak gelak tgk penggunaan bhsa yg tak.kena pd.tpt

Mimi Azirah said...

kan...kdg kdg nak gelak tgk penggunaan bhsa yg tak.kena pd.tpt