Saturday, July 5, 2014

Golongan yang Dirindui Syurga

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! Alhamdulillah sudah tujuh Ramadhan kita lalui. Syukur ke hadrat Allah.  Sudah adakah kawan-kawan yang telah diberikan cuti oleh Allah? hikhikhik. Makan sorok-sorok okay ;p Baiklah, di pagi hari yang mulia ini, sedang Melaka disirami hujan yang mencurah sejak semalam, cx ingin kongsikan tazkirah yang cx dengar semasa teraweh Ramadhan ketiga.  Sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda, syurga amat merindukan tiga golongan iaitu;

credit to Mr.Google
1. Pembaca Al-Quran
Ianya bukan sekadar amalan di bulan Ramadhan tetapi berterusan.  Pemberian rahmat Allah adalah tidak terbilang, seperti yang kita sedia ketahui nikmatNya iaitu, nikmat mata, makan, minum, berjalan dan seterusnya.  Allah bersabda, Wahai orang beriman, difardukan kuasa atas kamu, sesungguhnya mudahan kamu bertaqwa akan nikmat yang aku berikan. Aku berikan masa yang berpanjangan agar kamu boleh beribadah. 

2. Penjaga Lidah
Diajarkan Nabi Muhammad saw, berzikirlah kamu walaupun zikirmu pendek, tetapi ianya lengkap supaya kita persembahkan ke hadapan Allah.

3. Pemberi Makan Orang yang Lapar

4. Orang yang berpuasa di Bulan Ramadhan

Sabda Nabi Muhammad saw;
Tiap-tiap sesuatu itu ada pintunya, makan pintu ibadat adalah kuasanya, maka perbanyakkan solat sunat.  Menunaikan solat sunat seumpama menunaikan satu fardu jika dalam bulan Ramadhan.

Okay kawan-kawan, semoga bermanfaat kepada kita semua. Semoga kita istiqamah dalam beribadat dan semoga kita menjadi di antara golongan yang dirindukan oleh Syurga. InShaaAllah :)

Islam itu Indah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

4 comments:

Yumida Huda said...

moga kita kategori org dirinui ahli syurga..insha allah

Khalid Kyle said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Nice entry, Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)

Mimi Azirah said...

moga kita tergolong di antara yg terpilih

ArELeEz said...

sama2lah kite b'hijrah ke arah yg lebih baik. in shaa allah..