Monday, July 21, 2014

Rentetan Peristiwa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Selamat pagi semua! Nampaknya sudah beberapa hari cx tidak bersua muka dengan blog ini. Alhamdulillah pageview masih positif. Terima kasih pembaca cx sekalian :). Komitmen yang ada perlu di kendong sebaiknya agar tanggungjawab tidak di persoal di akhirat kelak. InShaaAllah. Seperti yang kita semua ketahui, terlalu banyak perkara yang berlaku terhadap bumi kita. Adakah kita peka atau sekadar meleka? Peka itu tidak perlu dengan 'show off' kemata dunia, cukup sekadar jika terdetik akan rasa di hati yang kita tidak alpa.

Pertama sekali cx ucapkan takziah kepada keluarga MH17 yang meletup di sempadan Rusia.  Innalillah. Semoga waris mangsa tabah dan mangsa seagama ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di bulan yang mulia ini. InShaaAllah. Mari sama-sama kita doakan agar dalang kepada perkara ini dapat kita ketahui secepat mungkin.  Cx cuma ada sedikit pesanan, sebagai manusia biasa, tidak usahlah kita memandai-mandai dalam meneka itu dan ini. Biarlah yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin. Usah menjadi pakar bidan terjun tatkala adanya musibah yang menimpa, ianya hanya memburukkan lagi keadaan. 


Alkisah kedua berkaitan saudara mara seislam kita di bumi Gaza. Allahuakhbar! Terlalu banyak kemusnahan dan kematian yang dicipta oleh pihak Yahudi. Terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung! Dalam Al-Quran pun dah sebutkan? Yahudi laknatullah! Ayuh kita berdoa supaya Allah selamatkan bumi Gaza, Allah turunkan kekuatan kepada tentera Al-Qasam untuk menentang musuh laknatullah. InShaaAllah kemenangan milik Gaza kerna kita yakin, Allah akan memberi kemanangan kepada Gaza seperti yang termaktub di dalam Kalam Allah. Kita saudara seislam usahlah leka dan alpa, ayuh tadah tangan dan berdoa agar Allah percepatkan kemenangan Gaza kerna terlalu ramai anak-anak kecil menjadi mangsa Yahudi laknatullah. Allahuakhbar!

CDM25, siapa yang tidak mengetahui akan kisah yang secara tiba-tiba menjadi hits di media sosial kita yang melibatkan seluruh dunia mengecam individu tersebut.  Pada cx, benar wanita itu salah namun kita janganlah menghukum dia terlampau-lampau.  Siapa kita untuk menjatuhkan hukuman? Uncle Sim pun telah memaafkan diakan? Cuma cx terkilan, kenapa mesti pemuat naik video tersebut tergamak kongsikan hal sedemikian ke mata dunia sedangkan itu maruah bangsa mereka sendiri. Islam tidak pernah mengajar uuntuk mengaibkan orang lain tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun.  Benar mereka salah tetapi siapa punca keadaan semakin menjadi teruk sehingga mengaibkan mangsa? Fikirlah. 

Baiklah kawan-kawan, mari sama-sama kita berdoa untuk kebaikan bersama. Usah suka sangat jadi hakim tak bertauliah di media sosial. Jangan terlalu mudah mengecam orang lain umpamanya kita tidak pernah berbuat dosa.  Ingat ya kawan-kawan, apa yang kita buat pada orang, kifarah itu ada. Berhentilah agar keturunan kita tidak menjadi mangsa akan perbuatan kita. 

Salam Sayang
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

2 comments:

Dyan The Quickers said...

betul tu, kebanyakan kita bnyak yang mengecam tapi tidak memperbetulkan,

ArELeEz said...

hanya Allah yg tau ape sebenarnye yg t'jd & bakal t'jd. semoga allah berikn umat islam kekuatan, ketabahan & ketenangan.. amin..