Thursday, September 25, 2014

Alas Piring

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tadi petang khamis sedang menyediakan minum petang bersama MiL, tiba-tiba MiL bersuara; 

MiL: 
budak-budak sekarang suka macam ini sahaja kan? 
(sambil pegang cawan minuman semata di tangan)

Cx: 
aah. (beranggapan budak-budak sekarang suka minum menggunakan mug yang besar, 
dipegang oleh MiL)

MiL: 
kalau mak, mak tak biasa, mak letakkan piring, 
mak tak bolehlah, mesti letak piring. Nampak sopan sedikit.

Cx: 
aah kan mak, ada piring lebih beradaplah kan. 
Lagipun adat kita orang melayukan

(sambil monolog dalam hati, ohhh, mak cakap pasal cawan beralas rupanya)

MiL: 
haa, beradap sedikit. 
Mak mesti alas piring kalau buat air untuk abah.

Cx: 
aah mak, orang pun tak reti kalau tak alas piring dekat encik suami 
( nama panggilan manja suami perlu dirahsiakan. Hehe)  . 
Rasa macam tiada adap pula. 

Haa korang macam mana? Kita walaupun sudah beralih ke dunia lebih moden dan serba canggih tetapi usahlah lupa adab dan adat yang ada. Biarlah yang baik itu dikekalkan pengamalannya agar tidak lupus begitu sahaja. Nak diceritakan tentang adat ini, terlalu banyak tetapi cx pasti korang sedia tahu. :) InShaaAllah. 

Yang Baik Jadikan Tauladan
Lahirkanlah Keikhlasan Di Hatimu.

3 comments:

ary_lee said...

Pehhhh.. Penatlah nak faham MIL ni pebenda. Finally faham gak akhirnya XD

ros_reeza said...

kalau cawan memang letak alas piring. tapi kalau mug tu, tak letak pulak...

CT Humairah said...

pakai gelas sebab minum air sejuk :p tapi kalau hidang kat tetamu kena ada piring. kalau dak ikut suka saja nak minum cem mane..