Monday, September 22, 2014

Cara Menegur

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam sayang untuk semua pembaca tak kira siapa termasuk silent reader. Hari ini cx nak kongsikan bagaimana cara untuk kita menegur. Cara ini adalah pengamatan daripada pengalaman dan keadaan yang terjadi disekeliling kehidupan cx.


1. Lemah lembut
Menegur biarlah lemah lembut, jangan gunakan nada suara yang tinggi tetapi secara sopan dan berhemah supaya teguran dapat diterima sebaiknya.

2. Penggunaan kata yang tepat dan baik
Pilihlah kata-kata yang baik dan tidak tajam kerna ketajaman kata-kata mampu melukakan hati si penerima.

3. Tegurlah bersendirian
Tegurlah seseorang itu secara peribadi iaitu tidak dikhalayak ramai atau di tempat terbuka kerna ianya menjatuhkan maruah. Menegur biarlah hanya antara seorang penegur dan seorang yang ditegur.

4. Pilihlah masa yang tepat
Perlulah pandai memilih masa yang betul untuk menegur, jika menegur tak kira masa, mungkin teguran itu sia-sia belaka.

5. Tegurlah berkasih sayang
Usahlah menegur dengan kekasaran, bangga dan riak. Tegurlah dengan kasih sayang untuk si penerima agar mudah diterima dengan lembut hati.

InShaaAllah mudahan mendapat berkah daripada Allah dengan setiap apa yang kita kerjakan. Semoga Allah sentiasa memegang hati kita agar istiqamah menuju ke JannahNya. Amin. 

Ku tegur kerna sayang
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

6 comments:

ayra said...

betul tu cx.. dari pengamatan ayra sekarang pun ramai yang suka menegur tapi tidak kena pada tempatnya.

terima kasih cx kerana sudi mengingatkan diri ini..

salam kenal sekali lagi daripada saya, ayra

entry terbaru daripada ayra => http://www.mqvitashop.com/2014/09/amalan-ibu-mengandung-petua-mudah-bersalin.html

Amy J said...

yes, no 3 paling tepat sekali.

kita ada adab. jadi jaga adab kita. elok kita yng nak menegur. nnti kita sendiri yang malu.

DeAnnA said...

betul...nk menegur mmg kena da adat nyer...coz aib dia pon patut kita jaga...(^_^)

DeAnnA said...

betul...nk menegur mmg kena da adat nyer...coz aib dia pon patut kita jaga...(^_^)

ros_reeza said...

semua pun kena jaga adab kan.. menegur biar dengan cara berhemah :)

ary_lee said...

Ku tegur kerna kasih sayang