Friday, September 12, 2014

CITRARASA MALAYSIA: Makan Free di Kota Melaka!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
,
hai hai hai lagi dan lagi hai hai hai!! Malam ini ada sedikit masa dan peluang untuk cx update blog berjela dengan entry. Heheh. Makanya mudahan bermanfaat. InShaaAllah. Okay.  Siapa duduk Melaka? Sila angkat tangan!! Moh kita makan free yuk!! Meh sini cx nak jerit dekat semua tentang hal ini. Siapa tak nak makan free kan? Haha! Dah jauh betul niat dan fokus serta objektif utama. Haha.

click banner
Haa, ini sebenarnya. Citrarasa Malaysia! Ianya dibuat sempena tahun melawat Malaysia 2014. Ada macam-macam aktiviti antaranya hidangan lauk-pauk Malaysia seperti asam pedas pari, ada juga kuih-muih traditional Malaysia seperti kuih koci. Haa, menarik tak? Makan-makan ini ada juga jualannya kalau nak 'tapau' ke rumah.  Apa yang best dengan masakan adalah dimasak oleh veteran Melaka. aicewah. Huhu. 

Selain itu, ada juga aktiviti seperti tarian yang berlangsung hari ini pada malam hari.  Ramai pelancong-pelancong datang dari pelbagai pelusuk negara. Tadi Abah mertua cx cerita, ada pelancong China nak beli lauk-pauk tapi cakap dalam bahasa China. Hehe. Tapi biasanya kalau visitors datang macam ini, mesti ada translator dia kan? tak pun mesti cakap english the international language. Jangan lepaskan peluang untuk datang ramai-ramai okay? Citrarasa Malaysia ini berlangsung bermula pada 12/9 sehingga 14/9 ini. Mak mertua cx pun join sekali memasak tau. huhu. Esok (Sabtu) merupakan hari perasmian. Ayuh ke sana! :)

Cuti-Cuti Malaysia!
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu