Friday, September 19, 2014

Sangka-sangka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Manusia hari ini suka sangka-sangka:
Ada sangka baik,
Ada sangka buruk,
Orang beribadah disangka riak,
Orang rileks disangka malas,
Orang berpakaian baru disangka menunjuk,
Orang berpakaian buruk disangka hina,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sedikit disangka diet,

Orang yang senyum disangka mengejek,
Orang yang masam disangka merajuk,
Orang berbincang disangka mengumpat,
Orang yang diam disangka menyendiri,
Orang yang menawan disangka menggoda,
Orang yang ceria disangka mengada,
Orang yang bertanya disangka menyibuk..

Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa,
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat,
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah,
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya,
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya,
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya,

Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat,
Jangan suka sangka-sangka,
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa,
Kerap sangka-sangka mengundang celaka,
Jangan terlalu bersangka-sangka 
Jauhi sikap sangka-sangka..

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

Hiasi diri bersihkan hati
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

4 comments:

CT Humairah said...

nice piece.. CT suka. direct and mesejnya sampai. rajin ke masjid berjemaah pun dikutuk.. rajin buat kerja pun dikutuk.. manusia sekarang suka sangat jadi hakim tanpa usul periksa. mengalahkan hakim Maha Mengetahui atas sana nun. tak apa janji kita buat sesuatu kerana Allah dan biarlah Dia saja yang judge kita.

Siti Rohaida Yusof said...

setuju tu..

Zafira Nabilah said...

Kadang2 susah juga nak tahan diri dari berburuk sangka...sedayanya cuba positifkn fikiran :-)

p/s: salam kenal..first time dtg sini dr apps edisi blog :-)

ros_reeza said...

bersangka baik, bersangka baik. sering diingatkan untuk bersangka baik. tapi, kadang-kadang tu terbabas jugak.. Allahuakbar...